November 26, 2020

Hadiah contest | Backpack Diaper Bag

Beg diaper baby online
Hadiah contest sudah dapat, pat pat siku lipat, hahaha apa punya pantun daaa
Hadiah backpack diaper bag
Tengok nama kita dia mention, dia punya rasa gembira macam menang anugerah hahaha

 

Alhamdulillah menang jugak akhirnya..

 

Setelah kecewa dengan insiden sebelum ini, insiden acah-acah nak bagi hadiah contest, akhirnya saya menang jugak yeayyyy!! Berkat sabar dan menanti dengan penuh pengharapan, akhirnya lekat juga kemenangan ini. Tak payah nak beli barang, tak perlu bayar kos pos, tiada caj tersembunyi, syaratnya mudah, dan hadiah pula sangat berbaloi-baloi. Seronoknya!!! Malam tu kiranya saya tidur sambil tersenyum bila nama diumumkan sebagai pemenang bertuah.

 

Mana taknya result contest tu pulak diumumkan jam 9:20 malam, mestilah tidur tersenyum kan. Elokla tidur senyum, kalau mengilai mau pengsan suami kat sebelah. Tak sangka pulak boleh menang sebab tau peluang tu tipis sebab ramai yang join. Inilah yang dinamakan rezeki kan. Rezeki baby Ammar sebab beg yang kami duk pakai ke sana sini untuk berjalan tu pun akhirnya bergantilah juga. Cantik begnya uols!!

Model beg baby
Tembam pipi ko Jemah, lantakla janji gambar cantik okey
Beg baby
Eh eh nampak kurus pulak, lenkali posing cenggini la Jemah

Bunga-bunga warna warni gitteww. Anak dara 2 orang tu dah berkenan nak buat beg sekolah, hishh berebut kan, so untuk adil dan saksama sorang pun tak dapat. Ibu nak guna untuk beg adik-adik kamu ni, mintak mahapla semua ya. Ibu dahulukan keperluan adik-adik dulu. Lagipun, ini beg diapers. Untuk letak barang-barang keperluan baby okeh, bukan buku sekolah sebab tu namanya backpack diapers bag muahahahaha!! Biasalah kalau berjalan dengan anak kecik, wajib bawak sekali diapers, baju seluar extra, tuala, toiletries dan air masak.

Dzar ni kalau berjalan jenis dia adalah takkan mintak susu, tak bawa susu pun takpe, beli je air susu atau milo kotak, dia ok sangat. Fuh lega tak payah angkut air panas, botol dan bekas susu, banyak pulak nak bawak nanti kan. Dengan beg make up ibu, hp, handbag, hmm bergendong kiri kanan bahu. Diapers tu wajib ada kalau korang nak ke mana-mana, sebab diorang ni bukan boleh nak bagitau bila nak terberak. Tau-tau je dah melepas. Naya kalau tak bawa diapers extra.

Beg baby online
Bahagian dalam beg diaper ni

Ehem kita posingla sikit dengan beg baru ni. Kalau nak tahu anak dara kita yang ajar macamana nak posing. Aahahahha ibunya pemalu, nasib baik ada anak-anak yang sporting, layankan kehendak ibu. Tahu apa yang ibu mahukan untuk diabadikan dalam blog kakakakaka. Bagus inilah pewaris blog ibu nanti muahahha. Banyak boleh letak dalam beg ni ya. Zip banyak sangat, nampak macam-macam boleh letak celah-celah bedah ni. Kalau korang pun nak dapatkan beg diaper ni, mehla jenguk facebook diorang cuci mata, macam-macam ada.

Facebook : https://www.facebook.com/dearsnag/

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

13 thoughts on “Hadiah contest | Backpack Diaper Bag

  1. Cantik beg tu. Bertuah tu dalam ramai-ramai yang join terpilih sebagai yang bertuah. Bukan senang tu nk tersenarai. Tahniah ye. Rezeki baby n maknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: