Terima kasihlah kat korang yang wish birthday saya 5/8/2017 yang lepas. Tiada hadiah yang lebih bermakna selain melihat emak yang semakin hari semakin sihat selepas di serang minor strok. Untuk pengetahuan korang mak saya masih warded di Hospital Ampang dan mengikut kata kakak saya kemungkinan akan discaj besok Insha Allah. Buat masa ni, mak masih lagi meneruskan dengan cecair antibiotik yang dimasukkan dari tangan tuanya, yang setiap masa mengadu sakitnya bila cecair tu masuk ke badan. Ya mak, sakit ya, mak sikit lagi mak, lepas ni mak dah boleh keluar, itulah ayat saya setiap kali nak pujuk mak.

Terima kasih buat doa. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berterusan. Alhamdulillah.
Terbayang waktu kecik-kecik mak lahirkan budak gemuk ni. Mak beranakkan saya di hospital, mak kata saya waktu lahir dulu gemuk. Antara adik beradik yang lain, sayalah paling besar, Ya Allah mesti susahnya mak nak lahirkan aku ke dunia ni. Sakit yang paling sakit antara semua sakit yang pernah saya rasa. Syukur pada Allah saya lahir sihat dan normal. Terima kasih mak sebab beri pendidikan dan jagaan terbaik buat aju. Memang tak terbalas jasa mak. Apalah sangat menjaga mak di hospital, temankan ke bilik air, mandikan mak, kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan emak dan arwah ayah menjaga kami dari kecik sampaila besar, memang tak terbalasla.
Ingat dulu masa first duduk hostel masa tingkatan 4. Pertama kali berjauhan dengan mak dan arwah ayah, Ya Allah tuhan aje tahu betapa sedihnya waktu tu. Tak pernah-pernah berenggang dengan diorang, menangislah waktu Maghrib tu rasa macam nak balik rumah. Homesick!!! Sekolah tu pulak jauh dari rumah. 4 jam perjalanan macam tu, mak dan ayah datang 2 kali je, waktu daftar saya ke sekolah dan waktu saya habis tingkatan 5, nak ambil barang semua. Betapa saya rindukan diorang, nak pula berjumpa pun 2/3 kali je sebulan. Itupun kalau saya balik kampung. Itulah saat saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh dan bantu mak ayah selepas diorang berkorban untuk besarkan saya.
Cita-cita nak jadi doktor, tapi end up jadi pegawai kredit je, itupun syukur sangat-sangat sebab jadi doctor busy giler. Duduk hospital sehari tu pun penat tengok rutin harian diorang. Betapa sibuknya diorang menguruskan patient dan betapa bersyukurnya saya dengan kerja saya sekarang yang sangat menepati shariah dan tanggungjawab saya terhadap keluarga. Alhamdulillah.
Tahun ni saya terima hadiah paling bermakna, kesihatan tubuh badan, mak pun dah semakin pulih, walaupun tiada kek menyambut ulangtahun kelahiran. Apapun kegembiraan orang tersayang di sekeliling saya adalah hadiah paling bermakna dan semoga ianya akan berterusan sampai bila-bila.
Happy belated birthday Aju…semoga allah merahmati dengan kesihatan yang baik dan kebahagian yang berpanjangan….doa untuk mak Aju
Happy belated birthday puan Aku Mohit.. semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Semoga jadi anak yang solehah.. dan semoga kesihatan emak puan Aju semakin pulih..
Semoga Allah swt murahkan rezeki sis aju mohit
Rupanya mak meertua di horpital ampang ya
Maznee pun baru balik dari sana
Ayah masuk wad sebulan kat hospital ampang
Semoga mak cepat sembuh ya
Amin
mugo ibu cikKak cepat semboh., aminn
Happy belated birthday Aju, semoga dilimpahi rahmat dan barokah dalam kehidupan
Mama ucapkan selamat hari lahir pada aju mohit
semoga semakin bertambah usia semakin Allah sayang