Ada yang tanya, kenapa saya ada blog? Jawab saya simple, sebab saya suka menulis aktiviti harian untuk kenangan masa depan. Kalau dulu saya tulis blog, saya sendiri yang baca hihi tapi sekarang anak-anak pulak duk godek blog ibunya sebab nak baca cerita diorang masa kecik. Nanti mesti diorang akan cakap, eh eh gemuknya Najwa masa ni, alololo comelnya najiha, eh Adam takde gigi!! Memasing seronok baca cerita diorang masa kecik-kecik, eh korang pun nak baca juga ke? Betul ni? Boleh aje klik tag “Anak” kat menu tu ya. Itulah kenangan terindah untuk saya kenang dengan suami dan anak-anak.ย Ada juga ketika saya menulis blog dapat jana side income, tapi itu sampingan, yang utamanya minat menulis tu.
Sekarang ni memang masa sangat mencemburui untuk saya menulis. Idea banyak mencurah bak air terjun tapi kekangannya adalah masa tu masa!! Sangat-sangat menghalang jari untuk menaipnya. Selalunya saya akan menulis sewaktu saya berseorangan. Update pun guna phone je dan jangan haraplah nak pegang handphone bila Dzar budak umur 2 tahun tu ada berkeliaran. Nampak je kita pegang phone terus dia kata nak iponnnn!!! Saya pulak terus klik “Lock” dan teruslah dia mengamuk sebab tak dapat buka password phone ibu ;). Dan lepas tu pujuklah tengok Didi and Friends kat TV.
Itu Dzar, belum cerita pulak anak ke 5 saya, si bayi Ammar yang dah pandai menyengih bila kita agah. Senyum comel tau mamat kecik tu. Kita pun rasa happy dapat tengok muka anak yang innocent dan terus hilang semua masalah dan gundah gulana. Ammar dah pandai meniarap dan angkat bontotfd , sekarang ni baringkan je terus nak pusing sebab nak tunjuk dia hebat!! Hahaha. Teringat masa memula dia nak meniarap dulu, susahnya sebab dihalang dek tangannya tu. Datang kak long tolak skali je, bedepub dah meniarap budak tu. Hmm comel, geram tengok!!!! Jadi dengan adanya 2 orang bobiboy ni, ibunya takde masa nak mengarang ayat untuk blog. Tak menyesal, cuma wajib meluangkan masa dengan si kecil agar tak terlepas moment indah bersama mereka. Ececehhh, walau anak 5 masih tak puas memegang bayi.
Bila korang tanya, mesti riuh umah kan? Menipulah kalau saya kata rumah saya sunyi, aman dan tenteram seperti tiada sesiapa di rumah… Hahaha riuh korang!! Boleh tercabut bumbung umah kami ni kalau depa ni bergomol, bergaduh!!, rasa nak cubit sensorang kalau diorang ni bercakar. Maknya pun dah jadi tarjan, eh tarzan. Silap taip malas nak betulkan hahaha. Merapu terlebih sudah hari ni ;).
Lagi satu bila dah anak ni, saya dan suami selalu congak umur kami kalau diorang dah membesar. Contohnya, Si bayi Ammar 10 tahun akan datang, saya berumur 46, suami pulak 49. Muda lagi boleh lagi nak anak tu, tolonglah wei kawan opis ni asyik menyindir saya aje ye, muahhahahah suka ya tengok saya beranak ramai. Hahahaha saya tak kecik ati malahan seronok beranak ramai ni. Rezeki Allah jangan ditolak dehh!!!
Ada orang tanya macamana boleh maintain badan walau anak 5. Hahahaha malunya rasa macam nak menyorok bawah meja dan merangkak keluar dari situ. Hahaha tak kurus pun korang, ada je lelemak degil ni, tapi saya kan menyusukan Ammar, tu yang pembakaran kalori berlaku secara aktif ;). Diet tu adalah sikit, tapi kalau orang offer makanan or ajak pergi makan saya memang tak menolak, malah terima dengan hati gembira kakakaka.
Terima kasih sebab korang sudi baca blog saya, ada yang emel saya secara personal, komen kat blog, rupanya kawan yang bertahun-tahun tak jumpa, kenal di tempat kerja lama, dan baca blog saya. Ada juga kawan opis husband di tempat kerjanya yang lama, tq korang sebab sudi baca. Kita terharu, kita tulis untuk suka-suka untuk kenangan masa depan, dan sememangnya ia kenangan manis untuk dikenang, Alhamdulillah ;).
Samalah kita.. menulis blog untuk kepuasan.. tapi kalau dapat rezeki lebih.. Alhamdulillah..
Semoga terus menyumbagkan ide idea bernas dalam penulisan ya ajumohit
Kalau tak ada passion memang tak lama boleh tulis blog ni
Pejam celik saya pun ada naik turun juga menulis
betul tu,menulis tu satu kepuasan,tiada pun kata menulis tu membosankan,moga terus dimurahkan rezeki selalu..insyallah..kalau dah minat,tak boleh nak dihalang
Memang puas hati menulis blog.. macam2 boleh cerita dan kongsi..
Mama mula menulis ni salah satunya sebab nak rekodkan perjalanan hidup
Lepas 2 3 tahun mesti ada benda yang kita lupa
Nak kata diari tu tak de lah
Tapi secara tak langsung memang ke arah situ juga
Menulis blog jugak boleh release stress, suarakan pandangan kita, selain daripada bercerita tentang pengalaman hidup ๐
Sangat setuju dengan pandangan akak tentang penuisan blog ni. Semoga suksess selalu..
akak pula semaki hari semakin xder idea. kdg2 terabai berminggu, kdg2 beebulan, ๐๐
hapelah salahnya kalau ada anak yang ke enam.
best hape.
hehe
Betul… Blog ibarat diary gittew. Cuma kekangan masa dan tandus idea yang jadi masalah.
Lagi puas hati kalau entri yang kita tulis tu berjaya bantu manusia di luar sana
mana tahu kan
Mama baca header blog aju ni pun dah tersengih sengih
Blog suka suka untuk kepuasan memang best
2 tahun lagi boleh tambah anak keenam pulak Aju.