
Antibiotik masuk ke badan mak sebab doktor bagitau ada jangkitan kuman. Kami monitor sehingga ubat tu habis dan off drip tu supaya darah tak masuk dalam tiub.
Pertama kali mak minor strok | Jumaat lepas jam 6:45 pagi, dapat panggilan telefon dari adik, waktu tu saya sudah bersiap nak keluar rumah ke tempat kerja. Wahh pepagi dah call ni mesti adik nak bersalin dah ni sebab adik ni tunggu hari nak bersalin anak ke 4.
Mak demam panas
Rupanya tidak!! Adik bagitau yang mak saya demam panas, tangan menggigil dan dah tak boleh bercakap. Waktu tu mak terbaring kat lantai beralaskan karpet. Memang tak boleh nak bergerak.
Kesnya pagi tu adik nak kejutkan mak untuk solat subuh, mula-mula tu dia tengok mak terbaring di karpet, sambil panggil
“mak, bangun solat subuh”.
Mak jawab “uh, uhh”.
Kali kedua jenguk dalam bilik masih kedudukan yang sama juga, ingatkan mak tengah baring macam biasa.
Bila adik rasa badannya, rupanya demam yang teramat panas. Panggil nama mak, mak menggigil sambil jawab “uh” uhh”..Dan tak boleh nak bangun langsung. Terus adik panik, terus telefon kakak dan kakak suruh telefon ambulan cepat-cepat!!!
Adik terus call Ambulan
Adik call nombor kecemasan 999, dan bagitau semua details yang diorang minta. Dan bila operator sambungkan dengan Hospital Ampang, adik saya confirmkan butiran dan ambulan akan tiba dalam 15 minit. Dan memang diorang sampai dalam masa yang diberitahu.
Waktu tu 2 orang MA datang ke rumah dan tengok mak. Ambil bacaan gula dan tekanan darah mak.
Bacaan gula dan tekanan darah mak tinggi sangat, dan terus mak diangkat naik ke stretcher.
Terus dibawa masuk ke dalam ambulan ke Hospital Ampang.
Syukurlah mak ada di rumah adik sebab nak temankan adik yang due nya 26/8/17 yang biasanya akan bersalin awal 2 minggu. Kalau mak sensorang kat kampung macamanalah agaknya.
Mak terus ke zon kuning, Hospital Ampang
Sampai je kat hospital, mak terus di masukkan ke Zon Kuning dan diberikan rawatan dan terus di xray. Mak dipantau dalam 2/3 jam di wad pemerhatian sebelum diputuskan oleh doktor untuk dihantar ke wad biasa.
Waktu saya tengok mak di Zon Kuning jam 8:40 pagi, saya lihat mulut mak senget dari biasa. Ya Allah perasaan sayu waktu tu Allah saja yang tahu. Saya tahan airmata supaya mak tak nampak saya sedih.
Kalau korang nak tahu, saya ni anak cengeng (kuat nangis dan sensitif). Tapi sejak dah mula kerja dan banyak pengalaman hidup ni, saya dah kuat dah mak!! Dah tak cengeng macam dulu. Saya berjaya tahan airmata dari keluar.
Normallah kita akan sedih bila tengok mak dalam keadaan tak sihat. Kasihan mak dengan oksigen di hidung, jarum di tangan dan tiub untuk buang air kecil. Kami tahu mak tak suka semua ni, tapi ini untuk kebaikan mak.
Kami nak tengok mak cepat sihat. Bila mak sedar, mak tanya kat mana ni? Bila jawab mak kat hospital ni. Mak pun terkejut dan tak sedar langsung dia jatuh, diangkat masuk ambulan dan ditolak ke zon kuning.
Tapi bila mak dah mula bercakap tu, terus rasa lega sangat-sangat!! Syukur mak dah nampak ok sikit dari tadi.
Alhamdulillah mak makin sihat
Alhamdulillah dalam pukul 2:30 petang mak dah boleh dihantar ke wad biasa. Tapi mak masih demam panas, kami adik beradik semua ada di sisi mak, basahkan kain dan lap badan mak. Ini pengalaman kedua saya lihat orang tersayang dalam keadaan macam ni.
Pertama dulu arwah ayah. Ya allah memang taknak tengok keadaan mereka macam ni. Moga mak sihat cepat!!!. Inilah pertama kali mak diserang minor strok.
Tapi sepanjang saya tengok mak terlantar tu, mak sentiasa berborak macam sihat je tapi suara mak lemah. Kejap-kejap matanya tertutup dan kejap-kejap tarik nafas. Rehatla mak, kasihan mak.
memang tak best sungguh kalau kena strok nih.
huhu..
semoga maknya cepat sembuh.
Allahumma antassalam
Semoga Allah swt berikan kesembuhan pada ibu sis ajumohit
Insyaallah setiap penyakit ada ubatnya
Saya doakan semoga emak Aju Mohit lekas sembuh…. Amin..
semoga mak AM cepat sembuh. ayah saya pun strok, tapi lama dah. pertama yang penting kena elakkan strok berulang. pastu kedua adalah kena rajin buat fisio. blh cek kat blog saya info ttg strok
Semoga mak Aju dikurniakan kesihatan yang baik selepas ini, insyaAllah
Ya allah….Nasib mak ada kat umah adik Aju…harap mak cepat sembuh..SA apa2 yang melibatkan mak..tak kisah mak sendiri atau mak orang lain..memang trauma..memang risau…