
Resepi kek batik yang simple dan sedap. Mudah sangat untuk membuatnya dalam masa 10 MINIT!!
Ok nak kongsi resepi boleh? Boleh ke tak ni? Eh blog ko, ko punya sukalah nak kongsi apapun ye dak?? Muahahahha jangan marah..Ko rasa saya ada masa nak buat kek? Emm faham jela bila ada baby semua nak cepat je kan? Untuk itu sementara baby tengah mood ok, marilah kita sepantas kilat buat kerja. So saya setakat ni memang masak resepi yang cepat, mudah, ringkas dan paling penting tersedap di abad ini dan akan datang. Jadi saya dengan berbesar hati nak share dengan korang resepi kek batik simple dan sedap yang siap dalam 10 minit ni. Janji cukup bahan, semua benda pasti menjadi. Nak cukupkan bahan je amik masa seminggu hahahaha almaklumlah umur macam ni selalu sangat lupa. Nak google kat kedai runcit masa tengah beli barang, handphone pulak lupa bawak!!! Eii sindrom sangat kau kan Jemah. Hahaha apa-apa jelah bedah. Dahla membebel tu, mana bahannya??
Ini bahan-bahannya
Biskut Marie
Sebuku Butter
1 cawan milo/ Vico
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
Cara-caranya
1. Panaskan periuk dan masukkan butter. Pastikan butter cair kesemuanya dan masukkan pula serbuk milo, serbuk koko dan susu pekat.
2. Kacau sehingga sebati dan sekata tau, make sure milo dan serbuk koko tak berketul-ketul. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatah 2, atau patahla 3 hatta patah 4 sekali pun.
3. Kacau sehingga biskut marie sekata dan pindahkan adunan tu ke dalam bekas lain, kemudian tekan-tekan sehingga rata. Taraaa!!! Dah siap!!!!
Biskut ni crunchy bila dimakan, tapi kalau korang nak lembut sikit, sebelum masuk dalam adunan tadi korang biarkan biskut marie tu di luar untuk beberapa ketika. Macam lemau macam tu la kan, tapi bukanlah lemau sangat. Hmm tu lagi sedap rasa dia.
Anak-anak saya memang suka kek batik ni, weekend tu memang wajib buat satu pemanis mulut untuk diorang. Kalau diorang suka makan, lagi bersemangat kita nak masak kan. Oklah selamat mencuba uols!!!
Kek paling mudah.. Lama xwat
Maznee kalau buat kek batik memang nak yang lembap lembap. Lepas siap letak dalam peti ais makan masa sejuk sejuk
Memang sedap
Minum dengan air panas
Hehe
Nak sikit aju
sedap kek batik ni terutamanya kalau kurang manis sebab kalau manis sangat pun cepat muak. salah satu favourite ni hehe.
Sedapnya. Dah lama tak buat kek batik.
Anak anak ibu suka makan kek batik
Mana budak budak tak suka coklat kan
Senang pula nak buat
my son’s fav ni
teringat pula pertama kali buat kek batik memang tak jadi..keras sangat..jadi kek batu pula..ahahhahaha.. nanti ada masa nak buat semula dengan cara artikel ni..terima kasih …
Kek ini memang kegemaran saya lah sekali makan tak boleh berhenti
Pernah juga dua kali buat kek batik ni..kek yang paling senang nak buat.
Kalau kek paling mudah kek beli lah kan
sebab tinggal tunjuk dan makan
hehe
Rupanya senang je nak buat kek batik ni. Hehehe. Peminat No 1 Kek batik n sy nak try buat endiri pla lepas ni
TQ sebab share resepi kek batik ye
Dah lama juga tak buat, kalau buat ni memang cepat habis dengan anak-anak
Ini kek memang senang dibuat. Saya suka yang rasa coklatnya lebih, kalau lebih rasa butter/marjerin tu…