Resepi Resepi kek batik simple dan sedap August 20, 2017

Spread the love

Resepi kek batik mudah
Resepi kek batik yang simple dan sedap. Mudah sangat untuk membuatnya dalam masa 10 MINIT!!

Ok nak kongsi resepi boleh? Boleh ke tak ni? Eh blog ko, ko punya sukalah nak kongsi apapun ye dak?? Muahahahha jangan marah..Ko rasa saya ada masa nak buat kek? Emm faham jela bila ada baby semua nak cepat je kan? Untuk itu sementara baby tengah mood ok, marilah kita sepantas kilat buat kerja. So saya setakat ni memang masak resepi yang cepat, mudah, ringkas dan paling penting tersedap di abad ini dan akan datang. Jadi saya dengan berbesar hati nak share dengan korang resepi kek batik simple dan sedap yang siap dalam 10 minit ni. Janji cukup bahan, semua benda pasti menjadi. Nak cukupkan bahan je amik masa seminggu hahahaha almaklumlah umur macam ni selalu sangat lupa. Nak google kat kedai runcit masa tengah beli barang, handphone pulak lupa bawak!!! Eii sindrom sangat kau kan Jemah. Hahaha apa-apa jelah bedah. Dahla membebel tu, mana bahannya??

Bahan untuk buat kek batik
Bahan yang digunakan sangat mudah. 4 jenis bahan je deq non!!

Ini bahan-bahannya

Biskut Marie
Sebuku Butter
1 cawan milo/ Vico
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-caranya

1. Panaskan periuk dan masukkan butter. Pastikan butter cair kesemuanya dan masukkan pula serbuk milo, serbuk koko dan susu pekat.
2. Kacau sehingga sebati dan sekata tau, make sure milo dan serbuk koko tak berketul-ketul. Kemudian masukkan biskut marie yang dipatah 2, atau patahla 3 hatta patah 4 sekali pun.
3. Kacau sehingga biskut marie sekata dan pindahkan adunan tu ke dalam bekas lain, kemudian tekan-tekan sehingga rata. Taraaa!!! Dah siap!!!!

Biskut ni crunchy bila dimakan, tapi kalau korang nak lembut sikit, sebelum masuk dalam adunan tadi korang biarkan biskut marie tu di luar untuk beberapa ketika. Macam lemau macam tu la kan, tapi bukanlah lemau sangat. Hmm tu lagi sedap rasa dia.

Anak-anak saya memang suka kek batik ni, weekend tu memang wajib buat satu pemanis mulut untuk diorang. Kalau diorang suka makan, lagi bersemangat kita nak masak kan. Oklah selamat mencuba uols!!!


Spread the love

Tags : , , , , , ,

14 Comments

  • mamatisya posted on August 21, 2017 at 9:34 am

    Kek paling mudah.. Lama xwat
    mamatisya recently posted..Sneak peek | 11 years Anniversary Honeymoon 🙂My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on August 21, 2017 at 2:47 pm

    Maznee kalau buat kek batik memang nak yang lembap lembap. Lepas siap letak dalam peti ais makan masa sejuk sejuk

    Memang sedap

    Minum dengan air panas

    Hehe

    Nak sikit aju
    Mazni Azmi recently posted..Vivix Shaklee untuk buah pinggang! Khasiat untuk pesakitMy Profile

    Reply
  • ira posted on August 21, 2017 at 4:59 pm

    sedap kek batik ni terutamanya kalau kurang manis sebab kalau manis sangat pun cepat muak. salah satu favourite ni hehe.
    ira recently posted..omegaMy Profile

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on August 22, 2017 at 9:24 am

    Sedapnya. Dah lama tak buat kek batik.
    Afizah Abd Rahman recently posted..Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama PokkaMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on August 23, 2017 at 9:49 am

    Anak anak ibu suka makan kek batik

    Mana budak budak tak suka coklat kan

    Senang pula nak buat
    Ibu Zaid recently posted..15 Cara Kurang alahan mengandung supaya ibu & bayi cukup zat!My Profile

    Reply
  • mz posted on August 23, 2017 at 11:40 am

    my son’s fav ni
    mz recently posted..Mula-mula nak beli | Tiba-tiba tak jadi beliMy Profile

    Reply
  • musadun posted on August 23, 2017 at 2:29 pm

    teringat pula pertama kali buat kek batik memang tak jadi..keras sangat..jadi kek batu pula..ahahhahaha.. nanti ada masa nak buat semula dengan cara artikel ni..terima kasih …
    musadun recently posted..Tempat tempat menarik di SabahMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on August 23, 2017 at 8:32 pm

    Kek ini memang kegemaran saya lah sekali makan tak boleh berhenti
    Khairul Zamri recently posted..Traveloka Official Online Travel Partner KL2017My Profile

    Reply
  • ema posted on August 24, 2017 at 6:38 pm

    Pernah juga dua kali buat kek batik ni..kek yang paling senang nak buat.
    ema recently posted..Jom ke Booth Traveloka di KL2017My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on August 25, 2017 at 11:15 am

    Kalau kek paling mudah kek beli lah kan

    sebab tinggal tunjuk dan makan

    hehe
    Mama Hakim recently posted..Kontraktor bina rumah di Klang? Cara memilih kontraktor yang bagusMy Profile

    Reply
  • semakkini posted on August 30, 2017 at 10:06 pm

    Rupanya senang je nak buat kek batik ni. Hehehe. Peminat No 1 Kek batik n sy nak try buat endiri pla lepas ni

    Reply
  • musadun posted on August 30, 2017 at 10:08 pm

    TQ sebab share resepi kek batik ye
    musadun recently posted..Semakan Permohonan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2017My Profile

    Reply
  • Noriza Rahman posted on September 25, 2017 at 8:15 am

    Dah lama juga tak buat, kalau buat ni memang cepat habis dengan anak-anak
    Noriza Rahman recently posted..Kenapa Kita Perlukan Probiotik dan Prebiotik?My Profile

    Reply
  • Kerja Sendiri posted on December 13, 2019 at 9:35 pm

    Ini kek memang senang dibuat. Saya suka yang rasa coklatnya lebih, kalau lebih rasa butter/marjerin tu…
    Kerja Sendiri recently posted..Perniagaan dan Pemasaran sebelum Tanda Kiamat Besar yang PertamaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel Reply

    CommentLuv badge