
Butik online Lanafira
Minggu depan ada kenduri kahwin jiran belakang rumah, hujung bulan pulak kenduri aqiqah anak sedara, seminggu lepas tu pulak kenduri cucu sedara kahwin, banyaknya jemputan nak dipenuhi ;). Ada orang yang jenis setiap kali ada kenduri atau majlis rasmi mesti nak kene pakai baju baru, ada orang suka pakai je apa baju yang ada, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, kuasa membeli di tangan masing-masing, kan?? Ada orang suka beli kat butik, ada pula yang suka shopping online, korang pulak pilih cara yang mana satu? Shopping online memang cara yang paling mudah masa kini sebab tak perlu bersesak dan menjimatkan masa, jadi meh saya perkenalkan Butik online Lanafira, pilihan busana muslimah masakini.
Butik Lanafira menyediakan pelbagai pilihan busana muslimah yang trendy dengan harga berpatutan sesuai dengan gaya harian kita. Saya suka sangat kalau dah beli kat satu butik, kalau boleh nak beli semuanya di satu kedai je. Nak pula beli online ni, pelanggan kene tanggung poslaju kan, jadi kalau beli tudung, blouse, palazzo, baju kurung hatta baju peplum dalam satu kedai yang sama, bolehla jimat kos penghantaran. Nak lagi jimat share lah dengan kawan-kawan, lagi berbaloi gitteww!! Tapi nak habaq kat korang, yang butik ni menawarkan FREE POSTAGE!! Wahh dah jimat kos pos kan, terus tak payah fikir nak kongsi-kongsi ;).
Tengoklah design baju peplum ni, cair iman melihatnya, cantik betul ;). Sweet aje bila tengok model pakai, lagi sweet kalau kita yang memakainya. Ia menggunakan material Japanese High Quality Cotton, yang pastinya selesa dan sesuai dengan cuaca di negara kita.

Mellisa Long Dress

RM140 Free Postage
Ini pula Mellisa long dress yang menggunakan material Italy heavy moss crepe. Ianya selesa, tidak panas, mesra wudhuk (hidden zip), nursing friendly dengan round neck. Ianya sangat sesuai untuk dipakai semasa menghadiri event dan casual. Efek bahagian hujung dress ini menampakkan alunan yang flowy apabila anda mengenakannya. Gaya muslimah yang sangat sopan dan patuh shariah. Pilihan saiz pula bermula dari saiz S sehinggalah saiz XL dan korang boleh rujuk chart size sama ada di facebook atau pun laman web mereka.

Pssttt sweet kan? Teaser koleksi terbaru Lanafira
Perkara pertama terlintas di fikiran, adakah semua pilihan pakaian di Butik Lanafira ini sesuai dengan saya yang menyusukan bayi. Dan yes!! Semua pakaian di sini sememangnya nursing dan wuduk friendly. Bestnya, tak susahlah nak selak-selak kalau si bayi tiba-tiba teriak nak susu ataupun nak tarik lengan baju bila nak ambil wuduk. Nampak kan, sememangnya butik ini memenuhi citarasa dan keinginan wanita muslimah masakini. Well done butik Lanafira. Jom cuci mata, sambil tu bolehla beli untuk majlis kenduri nanti ;).
Akhir sis ajumohit update blog. Hehe
Lama cuti tu
Mesti puas pergi jalan jalan
Lawa lawa lah baju butik ni
Kalau belum gaji jangan lah ajak saya
nanti bajet lari
Baju budak budak baru nak up ni. Hehe
warna terang terang semua
lawa2 pulak design baju semua ๐
lawa la pulak long dress tu huhuuu
memang lawa.
tapi bahaya kalau bini tahu nih.
haha..
Design di lanafira memang cantik cantik
Cantik2 jugak bajua dari lanafira butik nih.