Salam nasi minyak semua!! Fuhhhh lap peluh kat muka dan ketiak kejap, bukannya penat buat kerja kenduri tapi penat melayan si kecik ni yang dikendong ke sana ke mari. Biasalah orang beranak kecik memang tak boleh harap pun nak tolong buat kerja, sekadar jadi mandor jela ke hulu ke hilir dengan mengilik si kecik. Nak makan pun tak tenteram sebab baru je suap dan nak habiskan suapan yang ke 10 dah nangis pulak si Ammar nak susu. Tak sempat ibu nak habiskan makanan. Tang suapan tu saya bantai je, tak kira pun berapa kali suapan makanan masuk ke mulut hahaha.

Pengantin berarak dari singgahsana nak ke meja santapan
Ammar dah pun 7 bulan lebih. Kalau lebih sikit lagi dah pun masuk 8 bulan. Very the clever boy, suda kenal sama worang, dan taknak worang lain kalau ibu ada sebelah. Pandeii, bijak akal sangat panjang ;). Tapi bila kita ada emergency nak pergi toilet ke solat ke, boleh je dia duduk dengan adik ipar dan abah dia, janji saya takde depan mata, sambil senang lenang jalan sana sini tanpa pegang dia kan. Cobit montot baru tau budak ni.

Sama cantik sama padan bagai pinang di belah belah

Anak-anak dara saya kat depan teman maklong sambut tetamu
Dan kelmarin, selamat sudah persandingan kedua mempelai yang diraikan, nikahnya hari Sabtu dan Ahad persandingan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Meriah kenduri, dan ramai tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang datang. Kawan-kawan si pengantinlah yang paling ramai datang. Mesti diorang seronok tengok kawan dah kawin kan, terus tanya, aku ni bila pulaklah kan. Kita dulu pun macam tu kan, tengok kawan dah kawin kita pulak risau kita ni apa status kan, dah ada calon tu kira oklah, yang belum ada calon tu kenelah cecepat cari, Insha Allah nak buat benda baik memang Allah permudahkan selalunya.

Anak-anak dara yang rajin tolong maklong bagi souvenir
Tema kami hari tu biru gelap atau navy blue. Anak-anak paling seronok sebab dapat sepupu baru kan. Owh lupa nak bagitau, yang pengantin perempuan tu adalah anak kakak ipar saya. Kakak suami yang sulung, ni anak keduanya, hmm dah settle dah semua, kira boleh tidur lenalah lepas ni ;). Tapi tanggungjawab masih sama, cuma dah adalah yang tolong tengok dan jaga anak perempuannya tu kan. Cantik manis sungguh pasangan mempelai dengan bajunya warna pink dan grey lembut. Sesuai sangat, bagai pinang di belah dua.
Cik aju dan cik edi doakan korang semoga berbahagia hingga jannah dan dikurniakan anak-anak yang comel soleh dan solehah. Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan. Kalau gaduh pun janganlah lelama, rugi hihihi.
meriah sungguh kenduri tu
Memang nampak meriah. Tapi saya masih prefer kahwin cara sunnah
Belanja boleh jimat untuk kehidupan selepas kahwin
Semoga pasangan pengantin berbahagia ke syurga bersama
barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa jama a bainakuma fi khair
Kenduri dengan anak kecik memang macam tu lah gayanya kan, nak berposing pun terhad. Makan ala kadar je
Ibu selalu lalu je depan hotel grand blu wav ni
tak pernah masuk lagi
saya dah lama tak ke shah alam
Bestnya dapat peluang menghadiri majlis perkahwinan dekat Hotel Mewah…. Teringin nak pergi sekali… ๐
meriahnya.. jarang dpt pergi kenduri grand mcm ni
Selamat pengantin baru buat mereka.
Shah alam ni kalau pergi memang tak sah singgah makan ABC special
sedap sanagt