Pengalaman anak dijangkiti Rotavirus | Lamanya saya menghilang kan? Ada banyak sebabnya ;), dan salah satunya adalah diduga anak dijangkiti rotavirus. Memang menduga mental dan fizikal kami sekeluarga. Rasanya ini dugaan berat untuk kami tahun 2017 ni.

Good boy
Tanda awal jangkitan
Sabtu petang jam 3, 9/9/2017, Dzar mula menunjukkan perubahan yang dia muntah-muntah selepas makan dan minum. Apa saja yang masuk ke perutnya pasti terus dimuntahkannya. Muntah pulak bukannya sikit-sikit tapi macam air terjun.
Dalam hati terfikir kenapa pulak anak ibu ni, ingatkan tersedak, so saya takdelah nak fikir yang bukan-bukan. Lepas muntah susu, saya pulak suapkan buah anggur. Makan 2/3 biji terus muntah, dan sempatlah cakap kat Dzar jangan terus telan, chew first!!
Siap ajar kat Dzar, masuk buah, chew! Chew! Chew! Dia pun ikutla kunyah-kunyah macam maknya ajar. Memang Dzar makan, kunyah dan telan, tapi akhirnya muntah juga ;(.
Ke klinik dapatkan rawatan
Dah tengok keadaannya macam tu, memang takde nak tunggu lagi dah, teruslah kami semua ke klinik. Doktor bagi ubat tahan muntah, kembung perut dan serbuk air garam. Lepas makan ubat tahan muntah, tak lama lepas tu masih juga muntah, yang paling worst ada tambahan demam dan cirit birit.
Result ujian darah
Ianya berterusan sehinggalah ke hari Ahad malam jam 10:30 malam, keadaannya semakin teruk. Kami pergi semula ke klinik yang sama dan doktor buat ujian darah. Nampaknya Dzar memang perlu dimasukkan ke wad disebabkan jangkitan kuman yang tinggi, dihidrasi dan muntah-muntah dan cirit yang teruk.
Memang kesian sebab muntah dan cirit buatkan Dzar nampak cengkung dan kurus. Menangislah ibu tengok keadaan Dzar. Doktor bagi surat rujukan untuk masuk hospital dan katanya boleh kalau kami nak ke hospital malam ni terus atau besok pagi. Kami fikir pagi nanti selepas hantar kak long ke exam UPSR baru nak masukkan Dzar ke hospital.
Tapi nampaknya jam 1:30 pagi Isnin tu, keadaan Dzar makin teruk yang mana memang tak boleh makan, minum dan tak boleh tidur. Tengok mata pun dah tahu Dzar sakit sangat. Menangis saya melihat keadaannya yang macam tu, Dzar naif sangat rupa dia ;(.
Di tahan di wad hospital
Terus ajak suami pergi Hospital Tropicana dan kami tinggalkan Najwa, Najiha dan Adam di rumah yang masih lena. Kak long pun nak hadapi exam UPSR pagi Isnin tu, jadi taknaklah kacau tidurnya.

Luluh hati tengok anak yang sakit macam ni
Jam 2:00 pagi Isnin, kami di Wad Kecemasan Hospital Tropicana. Prosedur nak dapatkan GL dari PMcare lama giler sampailah jam 5 pagi baru kami masuk wad. Sebelum tu Dzar jumpa doktor dulu, dan confirm kene warded. Apa lagi prosedur nak cucuk tanganlah sebab nak drip air dalam badan.
Tak payah cerita pun korang boleh agak reaksi anak umur 2 tahun bila jumpa doktor dan nak cucuk jarum kat tangannya. Meraung!!! Kesiannya Dzar, sorry anak ibu abah tak boleh bantu kamu, walau kamu meraung, ini untuk kebaikan kamu sayang ibu ;(. Ammar yang tidur tu pun dah terjaga dan syukurla dia tak meraung masa tu.
Bangun tidur masih boleh senyum, dan inilah first time dia berjaga malam sebab tengok dia kat tempat lain. Nak bagi nenen tapi line tak clear lah Ammar ;). Masuk dalam wad, terus drip glukose dan masuk antibiotik satu jab.
Sah Anak Dijangkiti Rotavirus
Sebelum tu nurse dah minta kami bagi sample najis dan catatkan berapa kali muntah, cirit-birit selepas makan atau minum. Penting semua tu sebab diorang nak tengok apalah masalah Dzar ni sama ada demam cirit biasa atau macamana. Kitorang pun nak tahu juga apa puncanya kan. Bila doktor pakar datang, katanya dari ujian yang diorang buat ke atas sample tu, nampaknya Dzar kene jangkitan Rotavirus.

Hi MRT hantarlah Dzar balik rumah, Dzar bosan duduk hospital ni
Ya Allah berdegup lajulah jantung ni, tapi doktor bagitau dengan rawatan yang diberi ni Insha Allah Dzar akan baik sediakala sebab virus tu tak menyerang mana-mana organ dalam badan.
Maklumlah ini kali pertama anak dijangkiti rotavirus. Memang begitu naluri ibu bapa mestilah sedih dan risau tengok anak tak sihat. Dzar merengek tak sedap badan dan berkali-kali suruh kami buka balutan jarum kat tangannya tu.
Dugaan pengalaman anak dijangkiti rotavirus
Masa ni mental kene kuat sebab nak pujuk anak kan. Kesian sebab setiap kali nurse masuk bilik nak cek suhu dan tekanan darah, Dzar terus berdiri taknak dekat dengan nurse. Pujuklah apa cara pun kan, nak makan ubat pun satu hal.
Ubat demam memang senang je dia nak telan, tapi kalau nak bagi Smecta, antibiotik dan air garam ORS tu. Haishhh pujuk macam-macam cara dah aihhh. Tapi akhirnya kene paksalah, telan jugak ;).
Baca >>Selepas Dzar, Adam dan Najiha pula dijangkiti rotavirus
Alhamdulillah boleh discaj
Dan Alhamdulillah pagi Selasa suami bagitau Dr Pria kata Dzar dah boleh discharge. Alhamdulillah, ini yang kami mahukan. Dzar pun tak senang duduk dah dalam wad tu, bosan kan Dzar ;). Pengalaman anak dijangkiti rotavirus memang mencabar ;).
Kami gilir-gilir jaga Dzar waktu di wad, siang turn saya dan malam pula turn suami sebab saya kene jaga yang baby Ammar dan anak-anak lain kat rumah ;). Alhamdulillah tq atas doa semuanya, bye-bye Tropicana, moga tak perlu datang sini lagi ya.
Pernah ada pengalaman jugak masam anak pertama kena rotavirus dulu. 5 hari 4 malam berkampung dekat hospital. Rotavirus boleh berjangkit jugak tau. Alhamdulillah dzar cepat sembuh.
Patutlah aju hilang lama
Hairan juga
Semoga cepat baik ya
Sebab minggu lepas baca anak blogger lain pun kena virus sampai masuk wad juga
hati hati sekarang ni
mama risau juga nak hantar anak anak pergi sekolah ni
Musim budak demam
Semoga anak sis aju makin sihat. RIsau kena demam virus ni
Lamabt baik
Memang bahaya rotavirus tu, syukur semuanya dah ok..
Ramai pula yang kena rota virus ini, anak kawan saya pun baru kena juga kesian dia baby lagi
ngeri plak kalau kena benda nih.
moga dijauhkan.
dari mana punca virus ni ye, seram pulak kena serangan virus macam ni
Baby kalau kena cucuk jarum memang tak sanggup tgk kak. Sy mse anak anak nangis raung raung kena cucuk sy menangis sbb tau skit…kalau bab anak ni memg saya tak kuat
Kalau anak yang sakit memang ibubapa risau sangat. Bila nak kena cucuk tu kesian jer kan Aju?