Betullah kata doktor, kuman Rotavirus ni memang mudah berjangkit kepada family member yang lain. Macamana boleh berjangkit? Sebab kami sharing the same toilet dan sangat penting supaya jaga kebersihan dengan kerap cuci tangan, basuh toilet bersih-bersih dan pastikan tangan bersih setiap masa.
Berjangkit dari Adiknya
Selepas Dzar keluar dari wad pada hari Selasa, 12/9/17, Adam pulak dah tunjuk simptom-simptom dijangkiti virus sebab dia dah muntah-muntah, kerap ulang alik toilet sebab cirit birit dan demam suhu tinggi. Alamak seriuslah takkan nak stay kat hospital lagi?
Alamak, berjangkit sudah budak ni. Masa tu saya cuba untuk rawat sendiri di rumah, bagi Adam minum air garam ORS, bagi Smecta dan kerap bagi air. Tapi tak berkesan sebab keadaan semakin teruk. Saya bawa Adam ke klinik pada hari ke 2 dia sakit, dan nampaknya doktor kata Adam pun patut di warded.
Tengok lidah dah kering, matanya hitam yang mana itu adalah petanda badan kekurangan air atau dehydrated. Kalau dah sampai tahap ni lagi membahayakan diri sebab nanti affected pada buah pinggang dan ginjal pulak, huwaa saya tak kuat nak dengar semua tu. Saya pasrah, saya ambil surat refer dan terus bawak Adam gi Tropicana.
Bajunya semua saya dah siapkan sebab saya tengok Adam memang tak larat dan kalau boleh biarlah Adam dapat rawatan sebab saya taknak sesuatu yang tak saya ingini berlaku pada anak ni. Biarlah saya dan suami penat, penat ulang alik hospital. Balik dari hospital, sampai je rumah nak jaga anak yang lain pula.
Sah! Adam perlu warded
Biar kami penat, asalkan anak-anak semuanya sihat. Saya doa pada Allah supaya kuatkan mental dan fizikal kami yang lain supaya kuat melawan virus ini dan kebalkan diri kami supaya tidak dijangkiti. Dan pada hari Khamis 12:30 tengah malam, Adam masuk wad.
Pagi Khamis, 14/9/2017, turn saya jaga Adam, shift saya siang sebab suami bekerja. Malam turn suami dan saya pula jaga the rest yang dekat rumah tu. Pagi Khamis saya tengok Adam sedikit ceria, Alhamdulillah Adam getting better, sebab dah masuk glukose.
Berbeza kalau bagi makan dan minum sebab terus muntah, jadi bila drip ni terus masuk ke salur darah dan semuanya sangat positif kesannya. Adam dah boleh buka mata, sebab kalau korang nak tahu, Rotavirus ni sekali dah kene, pesakit akan rasa penat dan nak tido je, mana taknya penat muntah, berak dan demam. Mestilah badan longlai dan tak larat sangat-sangat.
Tapi walau diorang ni dah nampak sihat, kebersihan tetap kena jaga sebab Dzar tu walau dah discharged tetapi beraknya masih cair tinggal lagi tak muntah dan tak demam. Jadi jaga kebersihan sebab doktor kata yang dah sihat tu pun ada possibility Rotavirus nak berulang lagi.
Hari Jumaat, 15/9/2017. Alhamdulillah nampaknya Adam sihat sangat dah ni sebab dia adalah tidak sabar nak balik rumah. Siap tolak sendiri tiang drip tu nak jenjalan kat luar. Tengoklah tu nak panjat tingkap nak lari hospital sebab nak naik MRT.
Hahaha pandai berlakon ya Adam, gaya tu ada ;). Sebelum saya ke hospital, Najiha pulak dah start muntah dan cirit. ya Allah dugaan sungguh!!! Tapi suami ada bertanya pada doktor pakar yang check Adam pagi tu, katanya kalau budak umur 10 tahun ni kuat nak lawan virus ni.
Apa yang boleh buat adalah banyakkan minum air, ORS dan air 100 plus. Make sure tu semua, dan saya berdoa moga Najiha cepatlah baik sebab saya dan suami dah penat nak ulang alik ke hospital.
Alhamdulillah boleh discaj
Berita baik petang Jumaat 15/9/17, doktor kata Adam dah boleh balik. Alhamdulillah!!! Kita dah boleh kemas-kemas, sementara Adam tidur, ibu sempat tulis entri ni. Lepas Adam bangun, kita dah boleh balik ya, tunggu nak settle bil dulu.
Semoga Allah berikan keringan dan kekuatan
Susah kalau anak kita tak sihat kan aju.
Memang serba tak kena jadinya
Semoga cepat sembuh semua anak-anak Aju.
Bila anak anak kena rotavirus memang kena pemerhatian yg lebih. Ken sy dlu anak dia kena rotavirus lama juga duduk hospital jaga anak
Itulah kan.. mujurlah tak teruk.. Sekarang macam-macam virus yang penting kena alert..
bahayanya penyakit rotavirus ni…dah macam-macam penyakit timbul sekarang ni,,risau pula terkena kat anak-anak yang masih kecil.
senang berjangkit pula virus ni. kena take note ni kalau ada dalam kalangan famili ada kena virus ni
semoga cepat sembuh anakanda semua
ALhamdullillah… Adam dah sihat. Memang kena hati-hati bila kena rotavirus nih.