Yeay sesi reward untuk diri sendiri.
Sebenarnya saya dan geng opis baru je abis exam Islamic Banking, yang hanya diwajibkan untuk sesetengah staff. Dan saya adalah antara mereka itu, tak taulah nak kata beruntung atau bernasib baik ke apa, cuma fikir positif kalau lulus dapatla bonus lebih hahahaha itupun kalau ada . Kalau takde kita anggap ini rezeki untuk terima extra knowledge which is boleh kita gunakan untuk diwar-warkan pada orang lain pula kan, Insha Allah. Memang stress juga rasanya bila nak kene hadap semua ni, nak kene masuk kelas, dari jam 9 sampai 5 petang, selama 9 hari. Dengan nak buat kerja di pejabat lagi, macam inilah rasa kalau part time belajar sambil bekerja kan. Salute betul kat depa yang boleh bahagi masa antara kerja, rumahtangga dan belajar. Memang perlukan komitmen yang tinggi.
Saya ni masuk kelas tu biasa-biasa je tapi paling best dapat makan 3 kali hahaha, breakfast, lunch dan tea break. Makan aje yang diingatnya. Sebab saya ni jenis kalau stress mesti kuat makan, kat rumah tu baca bukunya sikit je tapi mencari makanan dan kudapan tu mak aihhh melilau satu rumah cari biskut, coco crunch, coklat. Hihihi taklehla nk further study macam ni, sure debab badan haha. Kat rumah memang takde masa sangat nak study, anak 6 orang semua pun nak bahagikan masa kan. Nak tengok homework diorang, yang si kecik nak mengempeng. Ada masa pun pukul 10 malam ke atas selepas anak-anak tido, tapi time tu apaknya pulak kacau, haishhla lagi stress hahahaha sabarrr jela.

Kawan-kawan kesayangan, waktu susah dan senang bersama-sama, saying korang!!!
Muahahaha jangan nak suka sangat ya ju, sebab lepas dah berkelas bagai kenelah hadap exam pulak. Soalan ada pilihan ABC 50 soalan dan case study 2 soalan, jawab dalam masa 3 jam, dan markah lulus pulak 60 merkah, phewwww berpeluh. Sebelum masuk dewan exam boleh senyum lagi kan hahaha, Nampak sangat bersedia dan penuh ilmu di dada kikikiki. Berdebar usah kata, sebelum exam tu kecut perut, nak terkucil, terberak semua rasa pun ada. Mana taknya last kene amik exam pun berbelas tahun yang lepas dan kene hadapinya sekali lagi. Dan Alhamdulillah rasa-rasa macam bolehla lulus, kikiki doakan ya.
Bila exam dah selesai, yeehaaa merdeka!!!

Ketenangan bersama orang yang disayangi di sisi, I love my big family!!!!

Ibu sayang korang, walau ibu marah-marah tapi ibu harap korang faham apa yang ibu nak sampaikan tu hahaa
Makanya ajakla suami pergi jenjalan kat Genting Premium Outlet sambil duk menjeling kat kasut, handbag dan sebagainya, Phewww rasa hilang beban 30kg kat bahu ni dapat tengok diorang semua hahaha. Teruk sangat stress ko Jemah kan. Bukanlah nak beli apa sangat pun, sekadar mencuci mata, sambil rasa kesejukan atas Genting sana, sambil bawa anak jalan-jalan. Itupun dah cukup sangat nak buat semua gembira.

Reward untuk diri sendiri, moga bekerja lebih gigih di masa hadapan.
Tapi bila tengok saje pun kekadang teringin juga, haishh fikir-fikir bila dah kerja penat-penat ni nak juga ada reward untuk diri sendiri, makanya terbelilah wedges ni. Memang teringin lama dah, bila cuba-cuba memang selesa. Maklumlah saya kan pesakit slip disc, nak pakai high heel kenelah tengok kasut juga. Bila pakai selesa makanya minta izin suami juga, katanya “Emm cantik, kalau selesa belilah TAPI JANGAN PAKAI MASA KUAR NGAN ABANG”, hahahaha nampak ketot kot dia nanti.
Amboi aju jauh berjalan
boleh pergi premium outlet cuci mata dan dompet ya
Hehe
tk smp lg GPO..hah bila dh berkenan apa salahnya bli..reward utk diri kn
Wah macam menarik juga ni, boleh pergi juga nanti time cuti
Tahniah… dah lepas memerah otak jawab exam beli reward untuk diri sendiri..
genting pun tak pernah daki lagi.. inikan pulak nak shopping PO.
tak ingat bila last pergi ke Genting ni..oho..dah ada GPO rupanya
best ke sana ek? lama dah tak ke genting, kalau best boleh gak pujuk hubby
Cantiklah wedges tu
tak sempat lg nak pegi GPO ni..
Wah bestnya shopping gpo
dah lama tak naik Genting ni… syokkan boleh reward diri sendiri
Wah Aju dah ada ‘kaki’ baru…yeayyy
Jauh nya berjalan nak cuci mata aju
Mesti banyak masuk abuk tu