Lama betul dah tak ride berdua dengan suami selepas bersalinkan Dzar dan Ammar. Bermakna sudah 3 tahun tak ride tu phewww!!! Lama sungguh rasanya.
Rindu pun ye jugak nak membonceng dengan cik abang, walau kekadang rasa takut dengan kelajuan tapi bila dapat jenjalan jauh tu seronok bang hang!!! Macam contoh, dari Shah Alam ke Karak, ke Temerloh, ke Shah Alam semula. Orang kata sarapan pagi dan makan tengahari di Pahang, dinner di Selangor ;).
Suami saya memang dah beberapa kali ajak saya naik motor ni dengan dia. Tapi masalahnya bini dia sokmo sibuk memanjang, suami saya kata kerja kat opis memang takkan pernah abis. Dan bila dibagi pilihan, siapa lagi penting, abang atau kerja?
Mestila suamila penting kan !!!. Buat perbandingan tak sesuai, tapi kalau banding suami dengan handbag furla, heheheh saya pilih handbag hahahah. Gurau je janganlah marah.
Suami saya sudah tukar motor. Dari motor tonggek Honda CBR1000 atau dipanggil rabbit ke motor touring Ducati Multistrada. Saya bukan tau sangat pasal motor, ini pun duk tanya lapan ploh kali nama motor ni kat suami, sebab yang tau Ducati je yang belakang macam nama monster tu tak hafal pun, empphh tak penting nak hafal sebab tak masuk exam pun macam exam saya yang baru ni haha.
Jadi jimatkan RAM otak dari menghafal benda yang tak perlu ya kikiki. Tapi yang pasti beza betul dua motor ni, naik rabbit memang rasa sakit pinggang dan kaki. Rasa naik 1/2 jam pun dah sengal-sengal.
Tapi naik Ducati relax sangat, tak rasa lenguh sana sini, naikla berapa jam pun masih rasa ok lagi berbanding motor tonggek rabbit. Alhamdulillah kalau macam ni bolehla ride sampai ke Thailand, emm syoknya. Oklah fine bila dah dipujuk-pujuk, saya pun ambillah cuti demi menunaikan hasrat murni dia nak bawak bininya jenjalan.
Kita sokonglah minat laki walau kekadang rasa terbakor tengok dia pergi ride dengan kawan-kawan. Namun begitu, suami tak pernah lupa nak bawak kami anak beranak bersiar-siar. Thank you lah bang sebab pandai seimbangkan antara keluarga dan minat motor, I like u very much.

Bertahun tak sarung jaket ni pink ni, masih muat lagi syukur hahahha
Bila dah setuju nak ikut, ditanya pulak ke mana destinasi kita ni? Sebelum ni kami berdua ke Temerloh, Pahang, then pergi Sabak Bernam dari Genting Highlands then kali ni taktau pulak mana nak tuju. Bila suami fikir-fikir, eh apa susah-susah jomlah kita ke Cameron Highland.
Yeay!!! Petik strawberi la kita ni!!! Beg susu saya wajib bawa sekali, nasib baik ada tong kiri kanan motor tu, bolehla letak beg susu ni. Kalau tak pam nanti bengkak susu pula kan. Alang-alang dah ada tong, bolehla kita beli buah dan sayur segar!! Yeayy best-best!!!
Ride bermula
Selepas hantar anak-anak ke sekolah dan ke rumah pengasuh, maka bermulalah perjalanan kami. Gerak dari rumah jam 8 pagi dan Alhamdulillah jam 10 pagi dah sampai kat Latar Iskandar, sejuk!!!. Perjalanan kami lancar dengan cuaca mendung je, seolah-olah diredhai Ilahi hihi, lagipun musim hujan, jadi takdelah rasa panas sangat dengan jaket, kasut but dan glove. Dalam hati berdoa janganlah hujan hendaknya.

Menghirup teh panas di Teh Bharat, nyaman je sambil menjeling ke pokok-pokok teh yang segar bugar

my love, TQ sebab bawak bini jenjalan, nanti kita pergi lagi ya
Bila dah sampai Cameron, tak wajib rasanya kalau tak singgah minum teh Boh. Amik gambar itu wajib sebagai bukti nak tunjuk kat anak hahaha, mau mengamuk pergi sini tak ajak diorang, takpe nanti ibu abah beli ole-ole untuk kamu orang. Pheww sedapnya hirup air teh panas di tepi pokok teh.
Yang pelik walaupun pokok teh tu sebelah kami je, tapi harga teh secawan kat sini mahal berganda!!! Perasan tak? Hmm..Ada cerita sedih pulak, gambar yang kami ambil di Tanah Rata semuanya crash, gambar sayur, buah segar hmm takdela rezeki nak tepek sini. Yang ada gambar tuan blog dan suami jelah ya .

Singgah sebentar makan roti dan berehat dari hujan lebat phewwww
Dan setelah berpenat lelah makan sana sini, dan siap solat jamak, kita dah mula gerak nak balik KL. Hmm walau sekejap tapi puas sangat!! Cuti yang sangat enjoy sebab pengisian yang sangat menyeronokkan.
Tapi dalam perjalanan balik hujan lebat sangat-sangat. Tapi demi mengenangkan nak jemput anak-anak balik sekolah, kami redah jua hujan. Singgah sekejap di Petronas makan roti, hmm lencun dah baju seluar . Walau hujan suami pulas minyak sampai 160km/j. Layan je…
Bestnya dapat ride naik motor besar.. Pergi Cameron Highland pulak tu layan bukit bukau… Dapat melepasi jalan jem… Saya pernah ride naik cameron dengan kawan-kawan masa belajar… Tapi naik motor kecil jer.. SS2 110..
Amboi aju bukan main lagi naik motor sukan ke cameron kan
Dating berdua pulak tu
Hehe
Amboi naik motor sukan. Kelakar bunyi nya
Hati hati bawa motor tu laju laju aju
Ingatlah orang tersayang
pehh..
160kmj.
lama tak merempit macam nih.
walaupun dengan motor kawan.
haha..
Wah bestnya Aju, ada masa juga nak ride dengan incik suami
Wah bestnya kak ride dengan suami oergi Cameron Highlands
Bestnye dpt ride ke Cameron Highlands…