Minggu lepas adalah hari graduasi darjah 6 anak perempuan sulung saya ni. Anak yang sememangnya dinanti-nantikan selepas kami berkahwin pada tahun 2004 dulu. Sejarahnya, masa scan doktor kata saya mengandung baby boy, jadi persiapan baju dan kelengkapan bersalin semuanya untuk bebiboi. Sampailah saat saya melahirkan dan bidan yang menyambut bayi terus hulurkan baby kepada saya dengan pertanyaan nah baby puan, baby apa ni puan? Ha baby girl? Jawab saya dan suami serentak, terkejut sebab expect boy kan, maka nurse tu pun terkejut tengok reaksi kami, hahaha makanya sama-samalah terkejut berjemaah.
Itulah kata orang kuasa tuhan tiada siapa dapat menidakkannya, tapi ibu abah sangat bangga punya anak sulung perempuan sebab boleh bantu ibu jaga adik-adik dan tolong buat kerja rumah jugak. Susah juga ibu kalau kak long takde, nak jaga Dzar, Ammar memang tak cukup tangan jawabnya.

Ucapan dari guru besar

Cantik kan pintu gerbang huhu i like

Majlis graduasi darjah 6, budak tu abahnya suruh buat peace tapi memalu pulak
Okay cerita pasal hari graduasi darjah 6, ramai juga parents yang datang walaupun majlis dibuat pada hari bekerja. Semua pun nak beri semangat dan nak tengok anak-anak dengan jubah konvo yang menampakkan kecomelan diorang ni. Cikgu-cikgu pun berjubah konvo juga tau, yang paling kagum cikgu decorate dewan dengan kerusi berbalut dan beriben, siap ada pintu gerbang dan pentas beralas karpet putih dengan konsep english style dah macam kenduri kahwin pulak nengoknya. Anak-anak ni dah tentulah happy sangat-sangat.
Seronok darjah 6 dah merasa grad macam lepasan U, bertuah korang sebab kita dolu-dolu tak merasalah macam sambutan sekarang ni. Tapi bagus sebab biar diorang rasa aura semangat tu dan belajar lagi sungguh-sungguh, dan masa guru besar berucap, katanya tahun ini last boleh berjubah dan topi mortar ni lepas ni dah tak boleh dah sebab hanya dibenarkan untuk dipakai semasa grad pengajian tinggi sahaja.

Aah tau nak cakap saya nampak muda kan hahahahahhaha jangan kecam saya
Nah gambar ibu dan anak, bila saya post di fb ramai kata macam adik dan kakak, hahaha melayang rasanya. Ada kata saya kurus, itu ilusi mata jangan tertipu, dan saya pun buat-buat tak percaya saya kurus sebab nanti saya makan lagi banyak huhu macam lupa diri kan sebab rasa dah kurus hahahaa. Sayu pun ada sebab anak-anak ni dah nak melangkah ke alam remaja, dah masuk sekolah menengah. Tipulah kalau saya kata saya tak risau anak makin besar, sebab banyak cabaran di luar sana. Alia pun risau nak ke sekolah menengah sebab takut kene raging.
Tapi waktu register sekolah menengah minggu lepas, saya dah explain baik-baik kat dia, tengok kakak-kakak dan abang-abang ni, nampak friendly dan baik kan, so kalau kita pun macam tu Insha Allah semuanya ok, tapi kalau anything happen jangan lupa bagitau cikgu atau ibu abah, nanti pepandailah kita jumpa budak tu.
Dan pernah pun ada pengalaman masa darjah 3 ada kawan sekelas Alia suka suruh Alia buat homework dia, eh malas ko ye budak. Yang saya boleh tau tu sebab Alia macam takut nak pergi sekolah sebab tak siap homework budak tu. Mula-mula Alia taknak bagitau, tapi bila kita pujuk dan slowtalk, akhirnya terbongkar rahsia. Geram jugak tau, sampai hati suruh anak kita pulak yang buat kerja dia. Bila saya bagitau kat guru kelas, apa lagi kene tegurlah kan, nangis budak tu tapi takdelah sampai kene rotan. Dan lepas tu budak tu takde membuli Alia ni dah. Macam-macam kan.
Semoga pengalaman sebegini ni akan lebih buat diorang ni lebih berhati-hati dan mendewasakan diorang kan. Melangkah ke fasa baru kehidupan yang lebih mencabar. Semoga anak ibu kuat dan lebih bersemangat hendaknya, ibu sayang kak long ketat-ketat.
Cepatnya anak anak membesar kan
Anak aju dah ada yang darjah 6
zaman skarang darjah 6 dh berkonvo…makbapak kena siap duit je la…kesian juga utk keluarga yg kurang mampu utk byr smua ni kn…apa2pn goodluck utk result upsr arini
Tahniah akak. Semoga akak dan family sentiasa sukses ๐
Dah darjah 6 anak aju ya
Tak lama lagi nak masuk sekolah menengah
sedar sedar kita makin tua
Thniah… Dah besar anak Puan Aju Mohit…. Tahun depan dah nak masuk tingkatan 1
Dah besar anak anak aju ya
Nak besarkan dan didik anak jadi maniusia memang mencabar