Jeng jeng jeng!!! Pengembaraan Upin Ipin bermula yeay!! Fenomena kartun Upin Ipin ni memang sudah lama kan kat Malaysia ni, semua pun suka dengan karaktor si kembar comel berdua dengan kawan-kawan sekolah Tadika Mesra, so bila Karnival UpiN Ipin ni diadakan di Maeps Serdang, ko rasa peminat dia macamana? Wahh memang teruja dan meriah sangat-sangat, especially bebudak yang memang taksub dengan kartun berhantu ni. Meriahnya Karnival Upin Ipin di MAEPS, Serdang!!!
Bila dapat tahu nak tengok Upin Ipin and the geng nak buat persembahan di Maeps, anak-anak saya tak sabar nak ke sana. Seawal 9.30 pagi kami dah terpacak depan kaunter tiket dan nampaknya ramai yang menanti persembahan kembar popular ni, pertama kali nak berjumpa maskot upin ipin, mak ayah pun teruja. Kami parking di tempat meletak kereta di hadapan pintu masuk Maeps dengan bayaran RM5 dan kemudiannya naik tram yang disediakan secara percuma. Alah bisa tegal biasa, nak jumpa Upin Ipin punya pasal apapun boleh!!
Dewan Magik, Hall C
Kami mulakan pengembaraan dengan aktiviti di Hall C, dengan bertemu si empunya suara iaitu Jarjit dan Ijat, alahai bila dengar diorang bercakap rasa macam berborak dengan si Jarjit raja pantun dan Ijat budak tak reti membaca tu hahaha. Sempatla bergambar buat kenangan, nak buat menantu belum lagi hahaha.

Inilah dia si empunya suara Ijat, sangat keletah berbicara dan masa kitaorang suruh dia bercakap tu dia boleh spontan je hayati watak Ijat dalam kartun tu.
Tiket masuk untuk Hall A dan Hall C, dijual berasingan dan aktiviti untuk kedua-dua dewan ini pun berbeza. Hall A atau dewan utama adalah khas untuk persembahan pentas untuk maskot karaktor Upin Ipin and the gang, Ultraman Ribut, Puteri Limau, Upin Ipin Musical dan Pada Zaman Dahulu. Manakala di Hall C atau Dewan Magik adalah untuk melihat lebih dekat rumah Upin Ipin, Tadika Mesra, Kebun opah dan Kak Ros, Telaga Nenek Kebayan, Alam Dino dan sebagainya.

Bergambar di hadapan rumah Opah Upin Ipin, sangat berkenan dengan rumah comel opah ni, rasa nak tidur semalam kat sini
Adam yang teruja tengok rumah Opahnya Upin Ipin. Ibu samalah macam dalam TV, kata si Adam, ye kan samalah. Siap ada bilik tidur dengan dapur gitteww!! Siap intai apalah diorang masak hari ni hahha. Kemas je rumah Opah.
Yang ni pulak watak 3D Upin Ipin, yang mempamerkan macamana watak Upin Ipin dihasilkan dengan teknologi 3D. Memang canggih!!

Ha dinasor tinggi sangat sampai tak dapat snap kepala dia, takpelah janji ibu ngan kak ngah lengkap berkepala
Ha kalau tengok patung Dinasor ni terus teringat Kembara Alam Dino kan, dan dinasor tu boleh bergerak dan nampak real.
Ingat tak episod Upin Ipin dengan Nenek Kebayan, ha watak nenek ni pun ada jugak. Dekat telaga tu siap ada bunyian yang memeranjatkan orang sekeliling telaga tu termasuklah saya huhuhu.
Dewan Utama, Hall A
Hall A, di sinilah persembahan maskot Upin Ipin dan rakan-rakannya beraksi. Di sini juga adalah tempat untuk semua booth jualan disediakan untuk para pengunjung. Dari sini pengunjung boleh saksikan dengan lebih dekat dan bergambar dengan maskot kegemaran korang. Dan yang pasti bila diorang buat persembahan, mak ayah pun teruja dan menyanyi sama-sama.

Wah persembahan maskot Upin Ipin memang menghiburkan

Dapat tengok dari jarak dekat, rasa nak polok sorang-sorang

Bila bertemu dengan kawan-kawannya barulah lengkap kembara upin ipin
Bagus juga bila kedua-dua dewan ini diasingkan dengan aktiviti tersendiri, barulah tak terlalu crowded dan ada pilihan untuk ikuti aktiviti di Hall A ataupun C. Untuk saya dan anak-anak yang pertama kali datang ke Karnival ini sememangnya rasa seronok dan puashati dengan penganjuran pihak Les Copaque Production. Masa menonton Ultraman tu rasa real pulak ultraman gaduh dengan raksasa, dan paling best ending dia yang buat bebudak rasa seronok ultraman dapat kalahkan raksasa jahat hahaha, terbaiklah produksi Les Copaque dapat mengaturkan acara yang lancar sebegini!!! Semoga terus maju jaya.
Facebook : www.facebook.com/upinipinofficial
Intagram : www.instagram.com/upinipinofficial
Website : www.lescopaque.com
peminat upin ipin sure tk sbr nk p karnival ni cuti sekolah
Bestnya Karnival Upin dan Ipin ni… Kalau dapat bawa anak-anak ke sana mesti dia orang suka sangat… Suka.. Suka… Suka..
Amboi aju siap tahu nama gelaran budak pantun dan budak tak tahu baca
Maznee pun baru tahu ni
Mesti Aju suka tengok
Ibu memang suka anak anak isi masa dengan aktiviti berfaedah
lepas tu kongsi minat
wahh bestlah. Boleh bawa anak2 buah ke sini
adehh..
jauh plak.
la ni..sibuk plak.
kalau tak, nak gak pergi sekali.