Mudahnya buka akaun TAWAS, 10 minit dah siap | Semalam saya cuti sebab pengasuh bebudak ni pergi check up. So saya ni kan jenis suka ambil kesempatan 🤣🤣, jadi kesempatan masa yang ada ni saya selesaikan urusan peribadi bebudak ni. Anak pertama hingga ketiga semuanya lahir di Kuala Lumpur.
Anak-anak selangor
Anak keempat dan kelima lahir di Selangor, jadi layaklah untuk memohon Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS. Yang mana mereka ni akan menerima wang berjumlah RM1,500 apabila usianya mencapai 18 tahun.
Siapa nak bagi duit banyak tu kan, bukan sikit nilainya RM1,500, banyak boleh buat dengan duit ni. Memanglah orang kata bukannya boleh dapat on the spot duit tu, umur anak 18 tahun baru boleh bawak keluar dari akaun.
Mana tahu 18 tahun akan datang, anak nak masuk universiti, nak pakai duit untuk register, nak beli barang keperluan, at least boleh tampung sikit perbelanjaan. Walau tau nanti mungkin waktu 18 tahun akan datang wang ni sikit nilainya kalau nak dibandingkan zaman sekarang ni.
–>>Baca lebih lanjut tentang TAWASÂ
Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun Tawas

Datang pagi-pagi tak ramai orang pun, sekejap je dah settle semuanya
- Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
- Salinan MyKad Ibu dan Bapa
- Salinan MyKad Penjaga (jika perlu)
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi syarat II & III)
- Surat Pengesahan Penyakit Kronik Dan Masih Dalam Rawatan (Sekiranya Anak Mempunyai Penyakit Kronik)
Sebelum pergi ke pejabat di atas, sehari sebelum tu saya pastikan semua dokumen yang diorang perlukan tu dilengkapkan dan disahkan oleh pengerusi taman perumahan tempat saya tinggal. Biar semuanya lengkap daripada saya kene balik rumah semula sebab semua dokumen yang diorang nak tu tak lengkap.
Memang saya tak suka buat kerja 2/3 kali, sebab buang masa kan. Lagi satu saya pergi dengan anak-anak sebab pengasuh kan cuti, jadi biarlah semuanya teratur dan rapi, gitteww!!!

Datang pagi-pagi tak ramai orang pun, sekejap je dah settle semuanya
–>> Syarat Permohonan buka akaun TAWAS
Hmmm nampak takde orang kan? Tau mesti korang nak cakap, tu yang jaga kaunter tu kan orang? 😂. Maksud saya orang yang nak mendaftar. Memang tak ramai orang pun waktu ni.
Jadi memang urusan pagi semalam diredhai Ilahi dan dipermudahkan sangat-sangat. Bila sampai je saya perlu isi borang ringkas sebab sebelum tu dah daftar online. Dan terus tunggu giliran. Bila dah sampai giliran, terus serah dokumen dan TARAAA!!! Dah pun siap daftar dan dapat kad ni.

On the spot terus dapat kad ni, efisyen diorang ni keje, akak bagi 8 bintang
Alhamdulillah rezeki anak-anak. Bagi korang yang ada anak atau anak sedara yang lahir di Selangor berumur 3 tahun ke bawah, bolehlah cuba mohon buka akaun Tawas ni. Rezeki jangan ditolak, semoga ianya sememangnya TAWAS dan bukannya was-was kan.
YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR
Alamat: Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
Emel: pertanyaan@yawas.my
No Telefon: 03-5481 8800 No Faks: 03-5524 2068 Waktu Operasi
Isnin – Jumaat – 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu – Ahad – Tutup
KAlau tak ada orang memang cepat aju
cuba masa ramai
Hmm
lamanya
Bestnya..
Walaupun saya dan isteri bekerja di negeri Selangor dah lebih 5 tahun.. tapi anak ke 3 dan ke 4 lahir di negeri Perak.. Tak ada rezeki anak2 nak buka akaun TAWAS..
Dulu belajar kat sekolah kan
subjek sains
tawas ni di campurkan dalam air yang dirawat untuk bersihkan air untuk minuman
sekarang tawas dah jadi skim anak selangor
Hehe
Was was
Mudah sangat sebenarnya nak buka akaun Tawas ni, cuma kepada spend masa je laa
Terlepas masa anak sulung dulu, kali ni nak bersalin di selangor juga, bolehlah regsiter tawas…
Lepas ni nak bersalin negeri Selangor lah…hehehehe
Memang banyak kelebihan jadi orang selangor nih.
hehe
wah… bestnya untung siapa yang lahir kat selangor. hehe
Hari tu Maznee pergi buka dalam sejam juga tunggu
orang ramai
Agak agak pada tahun boleh keluarkan duit tu masih ada lagi ke skim ni?
Hehe
Lama benar tu