Sebut pasal kahwin ni teringat zaman dulu-dulu masa saya dan suami menjadi raja sehari. Waktu tu tahun 2004, tak banyak pilihan busana pengantin dan pelamin yang ada. Tak macam sekarang, semuanya elegen, terkini dengan warna pastel yang cantik-cantik. Haisehh teringin pulak nak bersanding sekali lagi 😁. Nak diingatkan yang majlis sebegini bukannya dirancang dalam masa yang singkat, sudah pasti perlu disusun atur sebaiknya demi memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.
Bakal Raja Sehari dijemput ke Jom Rewang 2018, PAS Shah Alam
Siapa kat sini yang merancang untuk mendirikan rumahtangga tak lama lagi? Wow ramai ya, pssssttt nak bagitau ni. Ada berita baik untuk anda sebab Syarikat Puspawangi Event Management kini sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menganjurkan event JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb hingga 28hb Januari 2018 bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.
JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan pakej lengkap di bawah satu bumbung dari A hingga Z bagi servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.
Kenapa Anda perlu datang ke event JOM REWANG 2018?
1) One stop centre
-
Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
2) 300 vendor dari seluruh Malaysia
-
300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
3) Kemudahan tempat meletak kereta
-
Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
Bila sebut tentang majlis perkahwinan, bakal pengantin semestinya mahukan yang terbaik untuk majlis sekali seumur hidup ini. Sememangnya amat digalakkan untuk anda yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya untuk datang ke majlis ini demi mendapatkan idea dan membantu melancarkan majlis bersejarah anda. Jika bukan anda, siapa lagi bukan? 😊
Di atas ini adalah senarai semak atau checklists untuk Majlis Perkahwinan untuk rujukan bakal pengantin. Checklist adalah panduan untuk penyediaan persiapan dan juga panduan perbelanjaan supaya tidak melebihi kemampuan.
Berita baik untuk Vendor 📢📢
Pihak Puspawangi Event Management masih membuka peluang untuk para peniaga yang ingin berniaga di Event Jom Rewang 2018 ini. Penyertaan adalah terhad dan pengesahan adalah berdasarkan first come first serve basis ya. Jadi jangan terlambat mengesahkan penyertaan anda. Bagi yang berminat bolehla terus emel ke puspawangieventmanagement@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut.
Jangan lupa temujanji anda bersama JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb hingga 28hb Januari 2018 bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.
Hubungi:
Instagram: https://www.instagram.com/
Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Menarik sangat buat program macam nih kan kak
Masa cuti sekolah memang ramai orang nak kahwin
Kalau nak kahwin tak apayah lah besar besar sangat pun
kehidupan lepas kahwin lebih penting
Assalamualaikum, Salam isnin dari ibu
Seronoknya pergi rewang ni sekali sekala
terasa kemeriahan
Mama punya jadual pun dah penuh hujung tahun ni
Nak kena rewang sana sini
Menarik juga ni boleh cuba pergi ni mana tau boleh naik pelamin lagi, ehh