Kalau nak tahu satu dari banyak perangai yang saya ada ialah, saya ni jenis teratur dalam segala kerja. Contohnya nak masak, potong bahan-bahan masak mesti sama saiz dan seragam. Bak kata suami saya kalau masak ni amik masa lama sebab nak make sure semua benda in order barulah campak semuanya dalam kuali. Macam tu jugak kalau nak keluar rumah pergi berjalan, wajib bawa diapers, susu, nappy rash cream dan semestinya Balm Tasneem Naturel. Apa istimewanya balm ini? Ianya sangat bagus untuk melegakan anak tantrum, selsema dan batuk berkahak agar tidur lena. Kalau tak ready beg diaper ni dengan benda di atas, jadi semua jangan keluar okey, hahaha giler kejam.
Ada anak kecil memang kekadang menguji kesabaran ibu dan abah. Yang kecil ni kalau nak sesuatu mesti menangis terus pada highest tone, dan kekadang ambil masa nak memujuknya. Adakala meragam kalau ada yang tak kene dengan diorang ni misalnya kembung perut, selsema, batuk, susah nak tidur, tantrum dan macam-macam hal lagi. Tau tak ada petua macamana nak melegakan trantum dan peel bebudak ni, iaitu dengan urutan kasih sayang dan menumpukan sepenuh perhatian pada diorang.
4 jenis balm Tasneem Naturel
Tantrum ni sering dikaitkan dengan anak nombor 2, tapi biasalah bebudak, kalau nampak mainan dan aiskrim, tak kiralah dia anak nombor berapapun selagi tak dapat sure tantrum kan hihi. Nak cuba untuk tenangkan mereka tak?Ok caranya mudah je, ambil Calm Time Tasneem Naturel sapukan pada badan, kaki, dan buat urutan lembut pada badan mereka. Bau yang menyegarkan amat menenangkan dan boleh melegakan trantum atau menstabilkan emosi. Bolehla sapukan selepas diorang mandi atau waktu tukar diapers.
Ha krim Sleep Time Tasneem Naturel memang saya suka sebab ia boleh melenakan mereka yang susah nak tidur ataupun jenis tidur sekejap-sekejap. Haishhh ibu nak buat kerja pun susah sebab bila anak tak lena, dah semestinya kita nak kene fokus kat diorang kan. Ha senang je nak guna, ambil balm, sapukan pada belakang dan badan sambil selawat dan dodoikan mereka. Balm ni membantu menstabilkan hormon tidur dan hormon sedar kita.
Pernah alami bayi dan anak kecil yang susah buang air besar tak? Kadang-kadang sampai seminggu tak buang air, bila jadi macam tu dah pastilah perut tak selesa, kembung, anak sering merengek dan tak boleh nak duduk diam. Korang boleh cuba dengan sapukan Tummy Time Tasneem Nature pada perut dan urut perlahan.
Dan untuk anak-anak dan mereka yang ada masalah selsema, batuk dan berkahak, boleh legakannya dengan balm Coughflu Time Tasneem Nature. Saya faham sangat sebab anak dah 5 orang kan, kalau budak demam selsema dan batuk memang bikin kita jadi zombi malam-malam. Kesian tengok sampai susah nak bernafas, kita sebagai ibu mesti nak tengok anak segera baik, jadi boleh ikhtiarkan dengan sapukan balm ini sambil tepuk perlahan di bahagian dada baby dengan teknik percussion.
Bahan yang digunakan
- Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.
- Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite. Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.
- Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering.
- Minyak Pati / Essential Oil
Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.
Tasneem Naturel sesuai untuk seisi keluarga
Saya sudah pun mencuba set Tasneem Natural, dan kesannya memang best, memang sesuailah Balm Tasneem Naturel ni dengan kami seisi keluarga, melegakan anak tantrum, selsema dan batuk agar tidur lena. Ianya dijual dengan harga 1 unit balm RM49, 2 unit balm RM88, 3 unit balm RM125 dan satu set RM157 tidak termasuk kos pos. Bagi korang yang nak mencubanya dan ingin mendapatkan Balm Tasneem, bolehla terus hubungi :
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG 2, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)
Instagram : TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
Facebook : TASNEEM NATUREL HQ
Website : www.tasneemnaturel.com
pehh..
boleh tahan gak harga untuk satu set nih.
hoho
Amboi harganya tu aju boleh tahan macam musang king ya
Kira harga ikut gram ni
Mama memang prefer pakai produk berasaskan semulajadi
lebih terjamin selamat dari bahan kimia
Beli satu set lebih berbaloi kan. Memang perlu ada setiap rumah ni.
Anak anak selalu demam musim cuti ni sebab sekarang ni cuaca macam tak menentu
Ada penyakit OCD ni. semua nak teratur je hehe
Sekarang banyak juga produk yang bagus untuk anak-anak kecil ni tak perlu lah pening kepala lagi
wah,bagus ni..kandungan pon mesra alam 🙂 Should try