Pengalaman beli emas di Kedai Emas Anuar beli gelang tangan.
Nak cerita ni, lepas dapat duit kutu tu hari, teruslah decide nak beli gelang emas. Actually dah lama jugalah group main kutu kami ni berjalan. Dah 3/4 tahun ada kot, dan amaun kutu bulanan pun dinaikkan seiring dengan kenaikan gaji tahunan.
Cheh seiring ko hahaha. Kami bermula dengan RM150 sebulan, kemudian dinaikkan ke RM200 dan akhir sekali RM250 sebulan.
Tapi naik pun secara tahunan, dan bukannya mendadak naik macam harga minyak dan harga barang keperluan huhu, mahal kan harga barang sekarang ni.
BACA – Hasil menabung Tabung Paksa
BACA JUGA – Semak Akaun Tabung Haji secara online
Malas nak bebel bab harga barang, nak cerita hasil mengutu ni apa yang saya dapat beli ya. Yang pasti dapat beli emas hasil duit simpanan main kutu.
Modus operandi group kami 15 orang ni, main kutu dalam 5 orang satu group. Barulah akan dapat hasilnya cepat sikit berbanding korang main satu group 12 orang.
Kalau 12 orang dah boleh buat 2 group, maksudnya satu group ada 6 orang dan kitaran untuk dapat kutu adalah dalam masa 6 bulan sekali, maksudnya setahun 2 kali.
Hukum main kutu dalam Islam
Rather than korang main kutu satu group 12 orang nak kene tunggu setahun baru dapat kutu bagi orang yang last la kan. Faham tak? Kalau tak faham baca ayat di atas seratus kali hahahaha.
Baca —>> Hukum main kutu
Kami semua berkutu insha allah patuh shariah siap dengan akad semuanya. Sebelum ni hasil kutu yang saya dapat, biasanya saya akan belanja suami dan anak-anak makan, tidur hotel, beli langsir, beli almari, beli sofa.
Pengalaman beli emas di Kedai Emas Anuar Shah Alam
Dan tahun ni, lain sikit, demi kepuasan diri sendiri, saya belikan diri sendiri gelang emas di Kedai Emas Anuar. Awal tahun 2017 sampailah bulan 10 2017, harga emas mahal dan mencecah RM200 segram. Dan nampaknya harga emas dah turunlah weii.
Siapa kat sini yang tengah survey harga emas, angkat tangan!!! Eh eh ramai nak tahu harga emas 916 terkini ya. Harga jual emas tak sama untuk semua kedai, korang memang kene rajin survey.
Harga terkini emas 916
Contohnya minggu lepas (22/12/2017), kebetulan lalu kat Tesco Shah Alam, kat sana harga emas RM189/gram tak termasuk upah. Dan bila saya singgah di Kedai Emas Anuar, Seksyen 7, Shah Alam, harga jualan emas 916 adalah RM166/ gram tak termasuk upah.
Harga emas di Kedai Emas Anuar
Bila masuk Kedai Emas Anuar ni, pelanggannya ramai sungguh, bila tanya kat adik salesgirl tu katanya harga emas RM166 segram tapi untuk member diorang boleh bagi RM163 segram. Apa syarat nak jadi ahli dik? Katanya isi borang je kak…
Wow! Apa lagi cuci matalah kan hahaha. Saya dah aim dari minggu lepas design yang saya nak ni. Nama design ni biji anggur. Itupun salesgirl tu yang bagitau, saya teringin sebab tengok ada orang pakai, cantik pulak, tu yang terberkenan.
Kedai emas anuar penipu?
Ada orang tanya saya soalan ni. Tapi bagi saya yang pernah beli emas kat sini, so far ok je. Harga pun memang dia bagitau kita macamana dia kira dan berapa upahnya.
Jadi kita pembeli ni pun kenalah pandai juga bab kira-kira kan. Gunalah kalkulator kat handphone tu untuk kira. Barulah kita pun yakin harga yang diorang tawarkan tu.
Merasa gelang baru
Bila fikir-fikir terus saya decide nak beli gelang emas dengan duit hasil simpanan main kutu ni. Kalau biar duit tu dalam akaun lama-lama nanti boleh habis dan taktau dah belanja apa dengan duit tu.
Masa masuk kedai, jenguk-jenguk dulang display tu, saya tak ambil masa yang lama sebb dah tau kehendak di hati. Takdelah survey berjam-jam sebab dah ada target kan, cuma ambil masa nak potong sikit gelang tu sebab longgar dan boleh potong on the spot lebih kurang 1/2 jam menunggu.
Skil tawar menawar beli emas
Bila gelang dh siap, adik tu timbang semula dan beratnya adalah 14.17 gram darabkan dengan RM163 campur upah dan GST harganya ialah RM2,639.
Saya tanya, “upah berapa dik?”
RM180, jawabnya.
Saya minta kurangkan upah ke RM150. Then adik tu kira semula total RM2,607. Tapi saya mintak kurang lagi.
“Akak nak harga berapa?”.
Saya jawab “bagilah RM2,550 dik”.
Adik tu kata haha pandai akak menawar ye, last-last adik tu terima jugak harga saya tu setelah memujuk beberapa minit haha. Bila kira balik harga upah tak sampai RM100 pun, ha kene ada skill menawar tau kakakaka. Bagus juga bila tahu kira ni, takdelah kena tipu beli emas ni.
Puas hati dapat apa yang diingini. Simpan emas ni bukan apa, untuk simpanan masa depan, kotla terfikir nak berbisnes bolehla pajak kat Ar Rahnu kan hahahaha.
Kalau korang tetiba nak survey barang kemas bolehla pergi singgah Kedai Emas Anuar Seksyen 7 Shah Alam. Waze aje senang, dihantarnya sampai depan pintu kedai.
Tahniah.. dapat tambah aset dan salah satu platform pelaburan pada tahun 2017… timing memang cantik.. hujung tahun 2017..
Pelaburan ni aju
Sebab paling tidak pun emas tu akan ada nilai
Naik sudah pasti
turun sikit sikit je
Daripada masuk skim mlm emas tok berlagak dulu kan
oghang pempuan memang pandai bab menawar tawar nih.
hoho..
sebab tu..kalau beli emas, bawak mak.
haha..
Main kutu ni seronok kalau kawan kawan yang main kutu tu amanah
Alhamdulillah
Ibu memang main kutu kat pejabat
Ambil masa bulan roadtax mati dan anak nak sekolah
Sesak sesak sangat membantu kan Aju
cantiknye gelang tgn aju beli tu..harga pun murah & untung twr menawar dpt upah murah jgk….
ciktom pun ada join main kutu emas dgn kak bee…tahun depan rehat dl main kutu…byk komitmen lain..risau xdpt nk bg komitmen nak byr je..hihi
Wishlist tahun 2017 sy pun nak beli gelang kak tp belum tercapai lg..in shaa Allah akan forward ke tahun 2018…harap2 tercapai
Main kutu ya
Idea menarik tu aju
Suka suka simpan sikit sikit
lama lama jadi bukit
memang untung guna cara ni
Berguna kita abiskn wang untuk emas…bleh jadikan aset
Emas macam mana pun boleh jadikan perlindungan nilai untuk aset
Produk investasi masa depan yang menjanjikan:
1. property (Tanah, rumah , apartment)
2. investasi saham
3. investasi reksa dana
4. investasi emas
so, nice lah untuk investasi emas nih.. semangat menabung dan berinvestasi.. 😉
yea.. i am agree.. sayapun mulai menabung untuk next bisa invest property n emas..
Sy penh.beli gelng kt anuar.. memuaskan