January 18, 2021

Benjolan atau kelenjar bengkak di leher Dzar

Benjolan atau kelenjar bengkak di leher ni adalah sesuatu yang baru yang dialami oleh anak-anak saya ni. Makin ramai anak, makin banyak yang saya pelajari setiap hari. Kalau dulu demam, selsema dan batuk adalah perkara biasa.

Jangkitan rotavirus

Tapi tahun ini memang  satu pengalaman yang baru dalam sejarah hidup kami. Mana taknya anak ketiga dan keempat saya diserang rotavirus dan menyebabkan kami terpaksa berkampung di hospital selama seminggu. Korang boleh baca lebih lanjut di entri berkenaan ini.

benjolan kelenjar di leher anak
Benjolan kelenjar di pipi dzar

Benjolan atau kelenjar bengkak

Kali ini anak ke empat lagi di uji dengan kelenjar di lehernya membengkak atau ada benjolan kecil. Biasalah ibu-ibu ni memang lumrah matanya tu tajam dan suka memerhati semua anak-anaknya. Contohnya kalau anak kene gigit nyamuk, saya yang akan tolong garu dan sapu minyak.

Kalau anak ada kutu saya yang suka letak syampu dan sikatkan. Kuku anak, saya cukup suka belek, siapa kuku panjang saya potongkan tapi kalau hok yang dah besar tu tak potong kuku saya BEBELKAN!! Hahaha dah besar pun nak ibu potongkan? Hmm memang kene ceramah free le korang.

So bila belek si Dzar saya perasan pipi belah kiri bengkak berbanding yang kanan. Kenapa pulak leher Dzar ni bengkak? Saya bila saya pegang ada benjolan kat situ.

Dan pernah lepas mandikan Dzar saya pun lap muka dia, tertonyoh kat kelenjar tu, terus Dzar kata aduh ibu takit!!

Terus melompat ibu minta maaf, aduh bab ni ibu memang takleh nak lengahkan.

kelenjar bengkak
Kalau rasa dengan jari ada ketulan kecil di situ

Takde pengalaman macam ni

Kalau ikutkan pengalaman anak saya yang lain tak pernah kene bengkak kelenjar. so bila jadi macam ni saya memang kalut. Sebab ini adalah first time dan keduanya, orang kata kalau bengkak kelenjar jangan dibiarkan, risau kalau melarat jadi penyakit lain.

Saya apalagi terus panik la, terus call adik saya dan tanya kot-kot dia ada pengalaman. Anak dia pun ramai juga 4 orang, hahaha memang spesis keluarga suburrrr!!

Adik saya mintak teruslah pergi klinik sebab sekarang ni macam-macam penyakit. Better dapatkan nasihat doktor kan, ok saya pun teruslah ke klinik An Nisa, klinik feveret sebab doktor ada 2 orang, makanya cepat sikit turn nak jumpa doctor walau ada ramai patient menunggu di luar.

bengkak kelenjar
Antibiotik makan 8 jam 3 kali sehari

Terus refer ke klinik

Doktor bagitau ini bukannya beguk macam saya pernah kene kecik-kecik dulu, dan mak tepek nila nak bagi sejuk dan surutkan bengkak. Tapi bengkak kelenjar ni katanya berkaitan dengan jangkitan kuman yang didapati dari pemakanan kita contohnya kalau makan tak basuh tangan ke, makanan tercemar ke.

So doktor advice bagi antibiotik dalam seminggu dan kalau tak ok doktor suruh datang semula untuk ambil surat rujukan dan berjumpa doktor pakar.

Kemungkinan juga kelenjar ni berkaitan dengan leukimia, waktu doktor cakap leukimia tu terus jantung saya LAJU!! NAUZUBILLAH mintak dijauhkan. Doktor juga ada bagitau yang mana kelenjar ini adalah berfungsi sebagai penapis bakteria dan kuman bagi menghalang ia masuk ke dalam tubuh badan kita ni.

So bila kelenjar membengkak, kuman tadi tu terus tak boleh masuk dah ke dalam badan kita. Tapi yelah kalau lepas tu ia surut sendiri oklah kan, risau kalau terus membengkak je then tu yang terus jumpa doctor.

Alhamdulillah anak ibu dah sihat yeay!

Syukur dah sihat

Dan sepanjang pemerhatian saya dari hari Sabtu (8/12/2017) , hingga ke hari ini (14/12/2017), Alhamdulillah bengkak tu dah surut, mengecil dan hilang dari pandangan. Alhamdulillah tq Allah, semoga terus sihat hendaknya semua anak-anak ibu.

Tapi walau bengkak pun kelenjar tu, Dzar selera makan, aktif terkinja-kinja dan sangat petah nak bercakap. Teruskan aktifmu sayang, ibu abah gembira dengan keaktifan mu walau riuh satu rumah kikikiki.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

13 thoughts on “Benjolan atau kelenjar bengkak di leher Dzar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: