Sebelum ni memang tak pernah ada planning nak bercuti ke Kuala Terengganu, tapi kebetulan last minute suami bagitau yang kawan motornya menjemput ke majlis kahwin diaorang dalam masa cuti sekolah ni, jadi dari takde nak ke mana-mana makanya dah ada plan, yeay yang happy of course anak-anak sebab terisi jugalah cuti mereka.
Ibu pun tumpang happy juga 🙂 sebab sebelum ni suami plan nak ride ke sana dengan kawan-kawan je tapi tetiba tukar pulak dari plan naik motor ke naik kereta pula. Semangat nak bercuti ke Kuala Terengganu, walaupun dah tahu sekarang ni musim hujan dan dalam tv dan radio dah heboh bagitau banjir sana dan sini. Tapi bila kawan suami yang dah tiba kat sana kata keadaan ok dan tak banjir teruk jadi kami pun redah juga.
Lama betul masa saya ambil untuk menaip entri ni, sejak ada baby kecil yang umurnya sekarang 9 bulan setengah, dan 2 tahun lebih, makin lama makin cemburu tengok ibu pegang handphone update blog. Tapi ibu pelan-pelan siapkan entri ni supaya kenangan kita takkan terhapus begitu saja hahaha.

Anak dua kat depan, kat belakang ada 3 lagi hahaha itu kot suami saya nak bagitau kalau tengok jarinya tu
Perjalanan ke Kuala Terengganu ambil masa 5 jam dan baby Ammar dan Dzar sangat behave dan terkawal nampaknya. Ibu-ibulah katakan, saya memang dah siapkan semua kudap-kudapan dan air kotak supaya perut diorang sentiasa penuh, bila penuh mata ngantuk kan? so ngantuk tidur je sepanjang perjalanan dan relaxla sikit ibu abah nak borak. Masa itulah jela nak borak kan, waktu lain sibuk pula dengan si comel Ammar, sian abah kurang kasih sayang haha.
Pukul 12 tengahari, Jumaat, kami dah sampai di KT, apalagi cari kedai makanlah sebab dah lapar sangat. Ammar pun saya bagi makan lenyekkan nasi dengan kuah sayur, bagi perut Ammar kenyang dulu, barulah ibu dapat makan dengan tenang. Hmm makan ikan singganglah kita, hirup kuah di kala hujan renyai, emm sedap! Lepas makan kita bergambar kat Pantai Batu Burok, bila nampak buai ni macam menarik kami pun singgahla, ko tengokla gaya mengalahkan bebudak pulak kan hahaha.
Kalau ikutkan hujan bermula dari awal perjalanan kami sehinggalah kami check in di Seri Indah Resort, Kuala Terengganu. Tapi indah nama dari rupa sebab biliknya sedikit kotor dan old school walau harga RM250 satu malam dengan katil queen dan single bed, tapi tak setaraf dengan harganya. Memang dekat dengan laut, mungkin atas sebab faktor tu yang buatkan bilik ni jadi agak tak terjaga. Air laut dan pasir buatkan lantai parkir jadi kusam dan tak cantik. Pheww takpelah sebab niat nak bagi anak mandi pool je, dan malam besok tu saya dah book hotel lain.
Anak-anak dan pool memang takleh berpisah, selagi kita tak bagi masuk pool selagi tu diorang duk zikir di telinga. Haisshh boleh mendatangkan marah pulak diorang ni, saya tak benarkan sebab sebab hujan kot, kalau tak hujan diorang taknak mandi pun saya paksa diorng terjun pool hahaha kejam mak ko kan.
Hmm lepas anak dah mandi kolam kita mula lapar lagi jadi mohla cari makanan. Korang jangan cuak bila tak tahu mana nak tuju, just guna hujung jari dan google ‘tempat makan best di kuala terengganu’, emphh berderet entri blog yanb ada. Bila dah google dan baca rupanya ICT atau ikan celup tepung itu sangat femes kat area airport KT. Mohle bergegas kita ke sana.
Kat sini diorang dah siapkan semuanya dalam satu pinggan dan semuanya layan diri. Datang ke depan dan grab!! Saya ambil ikan pari celup tepung, ikan kembung tepung, sotong tepung, udang tepung, beehun, fishball, bebola crab, kepok lekor dan 5 jenis air jadi jumlahnya RM50. Tapi mengenyangkan. Puas hatilah dapat makan menu femes kat sini barulah jenjalan cari makan namanya.
Lepas tu jenjalan pulak sekitar tepi pantai, suka view tepi pantai macam ni, redup dan menenangkan. Tapi kalau korang dapat tengok laut tu memang risau jugak sebab kuat ombaknya. Tapi angin tu bila kena kat muka sejuk je, nyaman sangat sampai ke tulang sum sum. Aduyai tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, memang bestlah trip kali ni, santai dan menenangkan. Jiwa ni rasa puas bila dapat lari dari hiruk pikuk di pejabat. Tq Allah, so kita sambung next entri ya.
tu dia,
sempat main buaian lagi tu.
haha..
Bestnya dapat bercuti ke Terengganu…
Dah lama teringin nak bawa anak-anak ke sana… Tapi masa belum mengizinkan..
saya kawin dengan orang terengganu, buat masa ni masih belum berkesempatan untuk ronda ronda terengganu lagi
Anak susu ibu memang maznee perasan macam tu aju
amboi
Kawan motor sukan kawen
Hati hati bawa motor laju laju ya Aju
Ingatlah orang yang tersayang
Pantai belah belah pantai timur memang lawa
tapi belah sabah sarawak katanya lagi dara
Ibu memang suka duduk tepi pantai
rasa tenang
Amboi Aju layan sungguh romantika naik buai sesama ya!
Dah balik terengganu ke aju?
Lama bercuti
Blog pun jarang update masa cuti sekolah ni
Pantai batu Burok tu boleh mandi ke? Atau cuma boleh jalan-jalan dan lepak-lepak tepi pantai je ye?
Comel anak2 akak, semoga besar jadi soleh ye 🙂
senangnya bisa liburan dengan keluarga…
best momment.. sakina mawaddah warahmah… amiin
i am single.. tahun baru kemarin saya liburan dengan kawan ke gunung..