Yeayy sila lap air liur korang ok, jangan sampai menitik. Baca je sata ikan dan keropok lekor pun dah terliur ya. Ok kita sambung entri bercuti di KT.
Kalau semalam kita cerita pasal penginapan di Seri Indah Resort yang tak berapa nak indah, kali ni saya nak review Hotel KT Mutiara yang terletak betul-betul di bandar KT. Tapi sebelum check in, kami singgahla dulu kat rumah pengantin selepas check out dari Seri Indah.
Singgah kenduri kahwin di Bukit Payong
Ha hujan bersambung-sambung dari malam ke pagi ke tengahari ke petang pulak. Sejuk bangat dan air semakin naik ke jalanraya nampaknya. Kebetulan ada 2 buah rumah kenduri di Bukit Payong, KT ni, yang satu tu memang meredah air paras atas buku lali.
Tapi rumah kawan suami ni Alhamdulillah tak naik air nampaknya. Bukan apa risau juga sebab teringatkan bebudak kan. So kami makan kenduri dengan hujan yang bercurahan tapi baguslah sebab sejuk nyaman dan bahaya sebab makan bertambah-tambah.
Bila sejuk perut memang lapar memanjang kan. Sambil pekena nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, bubur kacang merah dan air sirap dan kopi, burrpp sedapnya kenyang

Tengok gambar jela ya, saya nak ambil gmbar sata pun tak sempat sebab bila dapat kat tangan terus ngappp
Misi mencari Sata Ikan dan keropok lekor
Ok kalau semalam anak-anak berzikir nak mandi kolam kan. Kali ni saya pulak yang duk berzikir kat telinga suami, bang nak makan sata ikan, dari hari Jumaat sehingga selagi tak dapat makan sata hahaha. Siap tanya budak reception kat hotel tu lagi, sebab diorang mestilah lebih arif kan.
Dan ramai yang bagitau kat sepanjang jalan Kuala Marang menghala ke Pulau Kapas, ha tepi jalan tu banyak kedai yang jual sata ikan, kepok lekor dan kepok keping.
Dan bila pergi sana memang tak syak lagi. Dan bila makan panas-panas memang sedap! Rasa ikan sepenuhnya dan pedas manis, berbanding di KL yang banyak kelapa berbanding isi ikannya, puashati makan sata ikan di KT.
Bila dah pekena sata ikan, kita makan kepok lekor dan teh tarik buih melimpah Jalan Haji Abdul Rahman Limbong. Wow kaw kaw rasa teh melimpah ni, sampai buih dia pun sedap juga rasanya ๐.
Kepok lekor dia pun sedap sangat dengan rasa ikan asli. Sebenarnya hajat hati datang sini nak pekena nasi dagang, tapiiii nasi dagang habiss!! ish ish nasib baik tak mengandung tau, kalau tak meleleh airliur baby kita, hahahahaha.
Penginapan di Hotel KT Mutiara
Oklah dah penat kan sebab asal jalan je singgah berhenti makan, asal jalan je singgah tepi laut berjalan sakan, jadi bila dah penat, mohle check in hotel. Ini hotel kami untuk malam kedua di KT, Hotel KT Mutiara sangat best dan recommended dengan harganya yang murah dan sangat bersih. Memang hotel ni kat area bandar KT dan dekat dengan akses untuk ke Pasar Payang dan sebagainya.
Jangan risau mana nak cari makan dan kedai jual barang runcit, kat bawah hotel ni banyak kedai runcit, kedai makan, kedai baju, dan tabung haji pun depan tu je, manalah tau nak daftar haji kan, eh dah kelain pulak ceritanya hahahaha.
Hujan dekat tempat kenduri…
Kesian dekat tuan rumah…
Sedapnya makang kepok lekor ghanu… Meleleh air liur saya dibuatnya..
tu dia.
teh air banjir selepuk dapatnya.
haha
serius dah lama tak makan sata ikan.. sedapppnya..perghh teh ais sampai melimpah2x. hahahha
Cukup takut minum teh yang pekat macam ni
memang menggalakkan kita pergi tandas selalu
Kenikmatan makan keropok lekor yang banyak isi ikan sambil ditiup angin pantai memang terbaik
Sata ikan memang feveret saya
Sekurang kurang nya ada perkara untuk di ingati kan
masa kahwin bersanding hujan lebat
Sata ikan ni memang faveret sayalah selalu dan wajib beli kalau pergi Terengganu
Wajib beli ni sata n lekor tiap kali gi ganu