Korea here we come!!
Berita baik buat korang yang teringin benar nak bercuti ke Seoul, Korea yeahhh inilah masa yang dinantikan. Hanya dengan menyertai CNY 2018 contest iaitu cabaran Traveloka Fly & Win CNY korang berpeluang menikmati percutian paling heaven dan diimpikan oleh semua peminat drama dan rancangan TV Korea iaitu percutian ke Seoul!!!. Jimat duit sebab percutian ini ditanggung sepenuhnya oleh penganjur yang akan menghadiahkan tiket penerbangan dan penginapan korang. Contest ini dibawakan oleh Traveloka dan semestinya menyediakan tawaran hadiah terbaik jika anda adalah pemenang bertuah yang menyertai CNY 2018 contest ini.
Pada yang tertanya-tanya siapa tu Traveloka? namanya sangat famous gitteww!! Traveloka adalah sebuah syarikat peneraju teknologi yang menyediakan penerbangan dan perkhidmatan tempahan secara dalam talian, berpusat di Jakarta, Indonesia. Menggunakan teknologi Traveloka, anda dapat mencari penerbangan dan hotel termurah dengan segera tanpa sebarang caj tersembunyi. Saya pun pernah gunakan khidmat Traveloka untuk penginapan di Kuala Terengganu, memang mudah dan cepat. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan puas hati dengan servis yang disediakan.
Traveloka Fly & Win CNY Contest
hmm excited tak nak tau tentang hadiahnya? Sabar dulu, meh saya terangkan terlebih dahulu secara terperinci ya. Contest ini sangat simple, tiada borang penyertaan, tak perlu fikir slogan kata, tak perlu bukti pembelian dan juga tiada syarat tersembunyi. Yang ada hanyalah game mudah yang memerlukan anda mengumpul mata tertinggi untuk memenangi beberapa hadiah yang sangat berbaloi dan lumayan nilainya. Saya pun teruja nak menyertainya, kalau boleh nak ajak semua join supaya dapat memenangi semua hadiah ini. Mesti korang dah tak sabar nak tau kan? Jom kita baca apakah syarat-syarat dan cara permainan ini dijalankan serta termanya.
Cara Game dimulakan
Permainan ini sangat mudah ya, tak perlu fikir jauh sangatlah strategi permainan ni. Hanya control bebaik si burung tu supaya tidak berlanggar dengan bangunan dan halangan. Korang kene cari tempat yang tenang supaya boleh fokus kepada game ni. Sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi hihi. Kalau tengok game ni, anak saya yang umur 8 tahun tu pun boleh main dengan baik. Biasalah bebudak kalau bab game kita tak ajar pun diorang cepat tangkap kan?.
Permainan ini boleh disertai bermula dari 22 Januari 2018 dan akan tamat pada jam 23:59 malam, 28 Februari 2018. Lama lagi tu tempohnya, jadi skill korang boleh diasah dari hari ke hari. Jom ikuti langkah permainan ini:-
1. Klik pada skrin untuk mulakan permainan.
2. Klik pada anak panah untuk bermula.
3. Klik pada skrin dan saat ini kapal terbang mula terbang.
4. Pastikan kedudukan kapal terbang di tengah skrin dan anda akan nampak bangunan dan halangan.
5. Pastikan kapal terbang anda menyentuh ang pow yang ada bagi memastikan anda mendapat markah tambahan.
Syarat penyertaan
Semua contest pasti ada syaratnya tersendiri. Pastikan korang faham dan hadam semua terma dan syarat berikut, dan barulah mulakan game ini. Semua peserta yang ingin menyertai cabaran Traveloka Fly & Win CNY wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang disetkan kepada status “public” untuk menghantar penyertaan game ini. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas pada tarikh game dijalankan.
2.Peserta mestilah menjadi “follower” Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.
3. Peserta perlu menyertai permainan cabaran Traveloka Fly & Win CNY di laman web yang disediakan oleh pihak Penganjur.
4. Peserta wajib mengisi maklumat diri di laman pendaftaran yang disediakan oleh pihak Penganjur.
5. Selepas tamat permainan, peserta perlu “share” maksimum 5 kali sehari.
6. Peserta dikehendaki mencapai skor tertinggi yang mana hanya 3 pemenang terbaik yang akan berpeluang memenangi 3 hadiah utama.
7. Peserta yang berkongsi cabaran Traveloka Fly & Win CNY ini juga berpeluang memenangi hadiah yang mana pemenang akan dipilih secara rawak.
8. Kegagalan untuk mematuhi semua syarat di atas akan menyebabkan peserta disingkirkan dan tidak layak memenangi hadiah.
Senarai hadiah yang ditawarkan
Ok semua dah faham dan baca syarat serta termanya. Meh pasang angan-angan menang hadiah di bawah ni untuk penguat semangat korang. Traveloka bagi hadiah bukan sikit nilainya, sekali bagi pakej penerbangan dan penginapan pulak tu. Bukan sehari dua bahkan 6 hari tau Jemah!! Wah puaslah meronda dan makan angin. Jom tengok apakah hadiah-hadiahnya:-
a) Pemenang hadiah utama akan memenangi percutian ke Seoul, Korea selama 6 hari 5 malam. (Penerbangan dan penginapan untuk 2 orang).
b) Pemenang kedua akan memenangi percutian. ke Phuket selama 5 hari 4 malam. (Penerbangan dan penginapan untuk 2 orang).
c) Pemenang ketiga berpeluang memenangi percutian ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. (Penerbangan dan penginapan untuk 2 orang).
Manakala, bagi peserta yang yang mengongsikan cabaran Traveloka Fly & Win CNY ini berpeluang memenangi hadiah berikut:-
a) 2 orang orang pemenang akan dipilih yang mana setiap seorang akan memenangi baucer Traveloka bernilai RM1,000 setiap seorang.
Jom korang join cepat, jangan menyesal dan berputih mata nanti ya, jangan cakap hakak tak payung hahaha. Mudah kan game ni, sambil pejam mata pun boleh menang ni. Jom ramai-ramai like page Traveloka untuk promosi tiket penerbangan dan penginapan terkini. Untuk dapatkan percutian dengan harga berbaloi dan jimat. Oklah saya nak sambung main game ni, see ya!!
mmg syok la kalo menang adiah tu kn..lama tk jenguk2 traveloka
Pendapat Maznee tak berbaloi join contest macam ni sebab sampai nak kena kongsi selalu di media sosial.
Tapi siapa yang sanggup, hadiah dia berbaloi lah
Wah lumayan hadiahnya ke korea selatan tu.
patutlah ramai yang teruja nak pergi sana dan join contest ni
Mahal juga hadiahnya tu, rugilah kalau tak cuba mana tau ada rezeki kan
mantap nih.. ke korea ketemu eunni2 comel… harus ikut nih. nanti pulang bawa artis korea yg cantik tu..^^
Lama xjln sini 😁
kalau dapat terbang ke sana percuma siapa tak nak kan? Ibu lah tu. Tak sanggup tinggal anak
Hehe
Wahh Korea tu, bila lagi nk p kan, heheh
Jika ada rezeki puan sekeluarga, insyaallah dapat lah ke korea lepas ni