Pengalaman anak sulung masuk tingkatan satu
Anak sulung saya sudah pun ke tingkatan satu tahun 2018 ni, memang sindrom mak-mak bila anak baru mendaftar ke darjah 1 ataupun masuk tingkatan 1, dia punya perasaan memang sedih dan sayu lain macam. Waktu anak masuk darjah 1, risau fikirkan macamanalah anak aku ni nak beli makanan kat kantin, macamana dia nak pergi toilet, nak solat, nak cakap kat cikgu nak keluar ke toilet, macamana kalau anak kene buli dengan kawan, kawan buat itu ini, begitu begini.
Tapi lain pula perasaan bila anak dah mula bersekolah di sekolah menengah. Yelah yang besar lain peel nya, harap dapat kawan yang betul sebab waktu ni diorang sedang mencari identiti diri sendiri. Tahun ni anak sulung saya dah pun 13 tahun, anak nombor dua dah 11 tahun dan yang ketiga dah 8 tahun. Yang sulung ni dah pun mendaftar dan sudah ke orientasi tingkatan 1 pada 28/12 yang lepas.
Walau keputusan UPSR tak seperti yang saya harapkan, tapi she did her best dan Alhamdulillah saya redha dengan keputusan tu. Saya dan suami doakan dia berjaya dan UPSR bukan pengakhiran tapi permulaan untuk terus maju dalam pelajaran dan fasa permulaan kehidupan. Its ok, ibu dulu pun UPSR dapat 1A3B je tapi cepat sedar diri dan usaha sebaiknya dan alhamdulillah PMR dapat 6A2B dan SPM pangkat 1 aggregat 10.
Niat hati nak masukkan Alia ke sekolah berasrama tapi rasanya masih terlalu awal pulak nak berpisah sebab dia anak pertama dan belum puas nak bermanja sebab jarak Alia dan adiknya rapat dan terpaksa berdikari dari kecil lagi sebab ibu beri perhatian lebih pada adik-adik. Alia ni rajin, ko suruh apapun, dia pantas je bangun buat apa yang kita bagitau. Jaga adik tu tak payah nak suruh dah, dia laju je tolong ibu sebab dah biasa jaga adik kan. Jadi dia punya suka budak tak payah ceritalah.
Tahun ni anak-anak perempuan saya minta nak pakai baju kain licin, katanya kalau kain cotton cepat kedut dan susah nak iron. Hmm ibu ikutkan je sebab diorang yang iron baju sendiri dari darjah 3 lagi. Dan baju pulak consider murah, dalam RM20 plus beli kat kedai baju BB Kim Wah, jadi boleh lah ibu belikan seorang satu helai sebab baju tahun lepas masih boleh dipakai lagi. Jangan membazir, selagi boleh pakai kita pakai ok.
Orientasi tingkatan satu
Makanya pada 28/12/17, jam 8.00 pagi dah ramai ibu bapa dan anak-anak tingkatan 1 yang datang ke sekolah untuk sesi orientasi. Saya terkejut sangat apabila dapat tahu murid tingkatan satu ada almost 800 orang??? Mak aih ramainya dan kelas pulak ada 14 kelas dan dalam kelas ada maksimum 60 orang.
Seriusly masa jenguk anak kat kelas, penuh kelas tu sampai di susun meja dan kerusi sebaris kat belakang kelas. Jarak meja murid-murid sangat rapat dan hanya muat untuk mereka duduk. Kesiannya tengok keadaan macam tu. Ibu doa moga dipermudahkan pembelajaran anak-anak ni, mudah fokus, mudah juga pada cikgu nak beri tunjuk ajar pada anak murid.
Waktu orientasi juga ada sesi taklimat untuk para ibu bapa dari Pengetua sekolah dan YDP Pengerusi PIBG. Selepas taklimat saya terus ke kelas anak di tingkat 2 untuk membayar buku seperti yang ada dalam senarai di atas. Tingkat 2 hari-hari naik boleh kurusla hihi. Jangan lupa lengkapkan fail peribadi murid dan rekod murid. Dokumen yang perlu ada ialah:-
- Salinan kad pengenalan si anak, ibu dan bapa.
- Slip gaji ibu dan bapa.
- Gambar ukuran passport anak.
- Rekod kesihatan anak.
- Duit bayaran untuk buku.
Selepas buat bayaran di kelas, kene tunggu sekejap untuk anak-anak ni ambil buku teks kat tingkat bawah. Ibu perhati je gelagat si anak ni. Belajar elok-elok ya Alia.
Bila anak dah meningkat dewasa, benda paling saya risau adalah cara pergaulannya dengan rakan taulan. Di luar sana banyak cerita tak enak yang kita dengar, setiap hari saya berdoa moga Allah lindungi anak-anak ini dari perkara yang tak diingini. Saya perhati kawan-kawannya, setiap hari ingatkan buat yang baik hindari yang tak baik.
Anak mengangguk faham, tapi ibu harap moga Alia tau mana baik dan mana tak. Ibu doakan kamu berjaya capai cita-cita untuk jadi doktor veterinar. Ibu doakan kamu Alia. Kalau kamu baca entri ni nanti, ibu nak kamu faham kenapa ibu selalu marah dan ingatkan kamu setiap hari tau, baca dan hadam apa yang ingin ibu sampaikan, dan semoga kamu berjaya dunia akhirat. Ameen
Dah besar dah anak…. Dah masuk tingkatan 1 yer… Semoga lebih berjaya di sekolah baru…
Semoga semua urusan Aju dilancarkan dan pada masa yang sama kena ada curiga pada anak
Terutama telefon pintar tu
Whatsap dan wechat perlu sekali sekala pantau
Semoga Allah berikan kita kekuatan dalam mendidik dan membesarkan mereka jadi orang yang berjaya dunia akhirat
parent biasalah risau.. tapi anak-anak dah biasa kalau masuk sekolah fasa baru sekolah menengah.. yang ni baru tahu mana satu kawan ke tak. hehe
semoga berjaya alia, dan semoga jadi anak soleh.
Mama doakan juga semoga anak Aju dapat biasakan diri dan bawa diri dengan baik
Naik risau dengan cubaan zamans ekarang ni
Betul tu puan, mungkin bukan rezeki di UPSR. InsyaAllah teruskan usaha, rezeki akan datang juga 😉
Macam tu la perasaan Mak-mak. Rasa cam tak caya & terasa tak puas lagi nak spend time bersama sewaktu usia kanak-kanak/muda ni…
Selamat menempuhi alam remaja semoga sukses dalam pelajaran dan dapat masuk Universiti nanti
anak remaja perlu di jaga betul2 pergaulannya… anak remaja biasanya memiliki peikiran untuk mencoba hal2 baru..
so orangtua wajib memantau….
Anak saya masuk tadika pun kami suami dah rasa risau sangat. Tawakal dan usaha kan puan