Sewa Basikal Taman Botani Negara Shah Alam.
Azam tahun baru 2018, saya nak jalani hidup sihat.
Kalau nak kurus tu pun antara azam juga tapi dah masuk nombor 5 dalam list AZAM 2018. Kalau nak baca cerita kami satu family panjat Bukit Senorang boleh klik link ya.
Kehidupan dengan 5 orang anak
Hahahaha well bila umur mencecah 37 tahun ni, dikurniakan anak 5 orang, kehidupan menjadi bertambah sibuk. Ibu-ibu tahu senarai kerja masing-masing kan, jadi tak perlulah saya list kan lagi apa kerja nak kene buat setiap hari.
Seronok anak ramai, walau ada yang tanya macamana akak handle anak-anak akak 5 orang tu? Mudah je sebab anak yang sulung dah umur 13 tahun, yang nombor dua dah 11 tahun, Adam yang 8 tahun tu pun sudah boleh harap. Jadi senang kerja ibunya sebab ada orang boleh tengokkan Dzar dan Ammar bila ibu ada kerja nak buat.
Beriadah buat kerja rumah
Bila dah sibuk, memang masa untuk beriadah tu pun dah kurang. Harapkan beriadah dalam rumah jela sambil menyapu lantai, vakum, mengemop, basuh baju bajan segala hal. Eh itu pun dah berpeluh kan, jangan fikir mudah nak buat kerja rumah walau rasa macam simple je kerja tu.
Masak pun dah jarang-jarang sekarang ni, masak time weekend je, bila suami request nak makan bihun goreng, anak-anak nak makan itu ini, ibu tunaikan sebab ibu tahu inilah yang akan mendekatkan hubungan kita sekeluarga. Air tangan ibu untuk dikenang sampai bila-bila.
Sewa Basikal di Taman Botani Shah Alam
Ok, bila dah tak tau nak beriadah kat mana, kitaorang decide nak berbasikal di Taman Botani Negara Shah Alam, atau nama dulunya Bukit Cerakah. Ya Allah dah bertahun lamanya tak singgah sini. Kali terakhir dulu masa Alia, Najiha dan Adam kecik, rasanya 5 tahun lepas kot. Mak aihhh lamanya hahaha.
Cheh kengkonon nak buat semua aktiviti yang ada kat sana, yang pasti berbasikal tu wajib sebab anak-anak memang dah request nak buat aktiviti ni. Kalau diorang naik basikal, jawabnya saya pun kene joinlah kan, takkan nak tunggu diorang, chemuihh lah.
Dan harga tiket masuk ke sini ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Ni bayar masa kat pondok selepas parking kereta.
Datang awal naik basikal jom!
Oklah dengan matahari yang sudah meninggi, waktu ni dah pukul 10 pagi. Kami pun sewa 5 buah basikal untuk kami bertujuh iaitu 4 basikal dewasa dan 1 basikal kanak-kanak. Suami saya carry Dzar, dan saya pula carry Ammar.
Memula risau juga, boleh ke Ammar yang 11 bulan ni duduk dendiam dalam baby seat tu. Tapi rasa ok kot sebab dia pun dah pandai duduk dendiam dalam stroller, makanya mesti boleh duduk memolek dalama seat ni.
Cuba punya cuba, eh boleh aje dia behave kat situ, kene pulak naik basikal angin sepoi-sepoi bahasa, hmmm baik aje Ammar, lagi seronok ada. Siap keluar suara tegur-tegur orang gamaknya. Hahaha seronok ye Ammar dapat keluar dari sarang.
Harga sewa basikal Shah Alam
Basikal ni memang disewa untuk tempoh satu jam dari mula kita buat bayaran. Harga sewa korang boleh tengok kat gambar kat atas tu. Bolehla kan nak beriadah dengan anak-anak. Saya je risau nak mengayuh sebab dah lama kot tak senaman.
Tengok jalan kat taman ni boleh tahan juga berbukit, jawabnya kene tolak je basikal ni nanti hahahaha. Kami pun memulakan kayuhan, dan plan nak kayuh dan singgah di rumah iklim.
Kayuh punya kayuh, fuhh berpeluh ketiak dan nak pitam pun ada rasanya. Cuma bebudak ni dan suami je maintan, phewwww sudahnya sudah basikal dengan Alia, anak sulung saya tu, dia pulak yang carry Ammar. Huhuhu malu pun ada dengan anak-anak, ibunya tak fit dah hihihi.
Hutan sejuk nyaman
Tapi yang best dalam hutan ni sejuk, yelah banyak pokok-pokok kan. Takdelah rasa panas membahang walau matahari terik memancar. Makanya relaxla sikit walau rasa nak pitam sebab penat. Syukurla ada team yang kuat cenggini, kalau semua pakat nak pitam, jenuh pulak nak tolak basikal tu pulang ke tempat asalnya hihi.
Singgah rumah iklim
Dapat jugalah kitaorang singgah di rumah iklim, waktu ni musim sejuk. Daripada yang berpeluh sakan kat luar, bila masuk dalam ni, memang kering peluh semuanya. Sejuk giler, siap ada salji bagai tu.
Anak-anak paling excited sebab pelik macamana boleh terhasilnya salji begitu. Sakanlah kami bergambar kat dalam tu, seronok fefeeeling macam kat oversea.
Seronok tengok Ammar dan Dzar sebab diorang tercengang je kat dalam tu, agaknya dalam hati, kenapalah sejuk sangat ni. Memang tak bawak sweater, semua pun pakai baju biasa je. Hidung memasing pun bertukar jadi merah.
Aktiviti mencabar Skytrex
Korang yang nak cuba aktiviti yang lebih adventure di Taman Botani Shah Alam ni pun ada juga contohnya skytrek yang jenis melintas trek dari atas pokok dan berjalan pada ketinggian yang agak mendebarkan. Bayaran tiket minimum dari RM35/pax ke RM50/pax. Ingat nak cuba juga, tapi bila bawak anak kecil ko rasa saya ada masa nak kendong diorang??
Hahaha lupakanlah, bila diorang dah besar nanti bolehla datang sini lagi. Bagi korang yang taknak sewa basikal pun boleh, sebab ada bas yang disediakan dan ianya percuma. Nak lagi best jalan kaki sebab tak rasa panas dalam hutan menghijau tu. Seronok lagi ada.
seronok tu berbasikal..slalu tgk adik je bw ank2 die ke sini
Dah buat hari tu aju, memang penat sungguh sebab kawasan ni berbukit bukau
Wah bestnya, sambil bercuti boleh juga beriadah kan 😉
Sayang benar sebab taman botani shah alam ada banyak ptensi tapi tidak di jaga sebaiknya.
Sekarang ni cuma tinggal sedikit saja sinar dari zaman kegemilangan
Selalu naik motor sukan kan aju, hari ini kita naik basikal pula. Bakar lemak dan keluar peluh.
Wah.. bestnya dapat berbasikal dengan keluarga.. amalkan gaya hidup sihat. hehe
seronoknya buat aktiviti beriadah berbasikal dengan anak-anak macam ni.
Seronok dapat mengayuh basikal keluarkan peluh kan aju. Badan makin sihat
Paling penting masa nak naik basikal ni pilih basikal yang betul dan selesa
Seronok juga aktiviti dalam tu yea… nanti bolehlah plan ke sana…
Nampak besttt