Parenting Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri February 24, 2018

Spread the love

Updated 24 Februari 2018

Malam tadi saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 dengan topik ‘Sihir Cinta’. Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar ;). Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

Ikuti Tips Rumahtangga Bahagia

Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Doa kasih sayang suami isteri
Doa pengikat kasih sayang

Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi. Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.

Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu. Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

doa harian untuk bahagia suami isteri
Doa kebahagiaan suami isteri

Banyak amalan doa yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, ameen.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , , , ,

33 Comments

  • lizz posted on January 11, 2013 at 10:46 am

    tq share ajue…so lepasni boleh la cuba nanti…
    lizz recently posted..Philips Lightover Voting Winners | philips lighting MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Kak Zakie Purvit posted on January 11, 2013 at 11:01 am

    Banyak doa boleh diamalkan demi utk kebahagiaan keluarga
    Kak Zakie Purvit recently posted..Adik sayang atokMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on January 11, 2013 at 4:00 pm

    oh..kena amalkan ni..hehe

    Reply
  • lily @ MamaQistina posted on January 11, 2013 at 4:19 pm

    Thanx for sharing Aju…
    Bolehlah di amalkan selalu ni..
    lily @ MamaQistina recently posted..Ciumlah Anakmu…My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on January 11, 2013 at 5:15 pm

    Mekasih aju. Asyik terlepas jer nak tgk semanis kurma.
    Fiza Rahman recently posted..NUFFNANG…TERIMA KASIH!!My Profile

    Reply
  • ema posted on January 11, 2013 at 5:25 pm

    terima kasih sharing
    ema recently posted..Azwa menangis sebab mama dan ayah akan berpisahMy Profile

    Reply
  • wazy posted on January 11, 2013 at 11:31 pm

    Terima kasih kerana sudi berkongsi doa ni,berguna nanti bila dah kahwin
    wazy recently posted..99 Langkah Menuju Kesempurnaan ImanMy Profile

    Reply
  • mama adam posted on January 12, 2013 at 12:52 am

    bagus ni….
    tq for sharing it 🙂
    mama adam recently posted..Waktu Tidur Kanak-KanakMy Profile

    Reply
  • kak ieda posted on January 12, 2013 at 10:37 am

    tkasaih Aju …
    berguna utk akak nie huhuh 🙁
    kak ieda recently posted..BANTU MEREKA UNTUK LEBIH SEMPURNAMy Profile

    Reply
  • hairulafiz posted on January 12, 2013 at 11:12 pm

    tip kepada para isteri..
    hairulafiz recently posted..Trafik tertinggiMy Profile

    Reply
  • syaifuddin alias posted on January 13, 2013 at 9:44 am

    untuk isteri ada ? sy tak kawen lagi ..hihi..
    syaifuddin alias recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    Reply
  • titan posted on January 13, 2013 at 10:53 am

    ha..dengar tu pakcik makcik..silalah baca hari-hari..
    titan recently posted..Cara blogger otai buat duit dengan blog?My Profile

    Reply
  • permatacintaku posted on March 31, 2013 at 11:02 pm

    sharing yg sgt mantap!
    permatacintaku recently posted..Tips Mengurangkan Mual Dan MuntahMy Profile

    Reply
  • hanafi abdullah posted on April 29, 2013 at 9:50 am

    antara doa yang baik untuk diamalkan..
    hanafi abdullah recently posted..Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan RumahtanggaMy Profile

    Reply
  • Rina posted on July 9, 2013 at 3:29 pm

    doa yang harus selalu dipanjatkan bagi mereka yang sudah menikah agar hubungannya tetap langgeng dan haromonis
    trims, izin bookmark
    Rina recently posted..Basic HTML Tutorial : Create Rowspan & Colspan Table AttributesMy Profile

    Reply
  • Aisyah posted on August 14, 2014 at 5:57 pm

    perkongsian yang menarik. boleh try practik ni.. daripada guna cara keje.. baik amalkan cara ni.. kan.,kan..
    Aisyah recently posted..Gambar Lawak Untuk Komen FbMy Profile

    Reply
  • suri posted on October 10, 2014 at 4:59 pm

    untuk bahagia boleh sahaja cipta dengan doa dan perbuatankan

    Reply
  • Shaima posted on January 14, 2015 at 10:34 pm

    Bagus doa ni. Nak lagi ikat hati suami, petuanya kalau suami balik, tak disuruh terus buat air (sambil selawat masa buat air tu).insyAllah mesra2 je hubungan. 🙂
    Shaima recently posted..5 Manfaat Kurus untuk Menganjak Paradigma AndaMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on May 11, 2015 at 3:01 pm

    ya..memang best doa ini..nak cubalah nanti..
    mrhanafi recently posted..Misi Mencari Bestmobile Brand PartnerMy Profile

    Reply
  • kongxie posted on April 11, 2016 at 1:06 pm

    Terima kasih….selain dari itu boleh juga diamalkan surah nabi yusof, supaya suami pandang kita manis selalu.

    Reply
  • Disini posted on December 6, 2016 at 6:16 pm

    sangat bagus agar keharmonian keluarga kekal berjaga.
    Thanks ya 😀
    Disini recently posted..Aplikasi Line Di PC dan Semua Jenis HPMy Profile

    Reply
  • Anim posted on January 10, 2017 at 3:30 pm

    Thanks sebab share doa ni. Inshaallah lepasni bole amalkan. Hari tu ada dengar Ustaz Kazim dalam ceramah beliau cakap… Kalau nak cik abang makin sayang kat kita, bila suami balik kerja dah sampai rumah isteri eloknya sambut dengan muka manis. Nak lagi sedap, tanya suami “abang nak makan dulu atau tidur terus” ahaks… lucu.

    Reply
  • Hero Borneo posted on March 17, 2017 at 6:38 am

    ya memang betul..tip yang sangat bagus dan terbaik untuk diamalkan agar hubungan suami isteri kekal bahagia sepanjang masa
    Hero Borneo recently posted..10 Tip Usahawan Dari Tony FernandezMy Profile

    Reply
  • Nasa Azman posted on February 27, 2018 at 10:38 am

    Doa doa yang baik dari al quran dan hadis memang bagus di amalkan dalam kehidupan seharian
    Nasa Azman recently posted..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?My Profile

    Reply
  • Hasrul Hassan posted on February 27, 2018 at 12:24 pm

    Selain berdoa, jangan lupa untuk berusaha cara praktikal. Ada banyak petua dan tips praktikal untuk mengikat kasih sayang suami isteri ni.

    Mungkin tak ramai yang nak mencuba beberapa teknik ‘dalam bilik’ kerana adanya sifat malu dan segan terhadap pasangan.
    Hasrul Hassan recently posted..7 Manfaat Hubungan Kelamin Berkualiti Untuk Suami Isteri Kecap KebahagiaanMy Profile

    Reply
  • NORIZA ABDUL RAHMAN posted on March 1, 2018 at 8:00 am

    InsyaAllah kalau diamalkan ni boleh mengikat kasih sayang suami isteri sehingga ke syurga
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted..Bayi Asyik Menangis, Petanda Kembung Perut ke? Ada TIPS untuk Mengatasinya?My Profile

    Reply
  • Thenewsia posted on March 2, 2018 at 3:30 pm

    Terima kasih atas perkongsian doa tersebut. Semoga diamalkan dan bermanfaat buat diri kita

    Reply
  • Azmi Abdul Rahman posted on March 3, 2018 at 5:43 pm

    Saya memang amalkan doa yang mustajab dan sahih dari al quran dan hadis lepas solat
    Azmi Abdul Rahman recently posted..Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkanMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on March 6, 2018 at 10:36 am

    Elok amalkan doa doa yang makbul dari sumber al quran dan hadis sahih. Terima sebab kongsi ya aju
    Mazni Azmi recently posted..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on March 8, 2018 at 4:27 pm

    Doa adalah senjata orang islam, saling doakan saudara kita apatah lagi suami isteri undang kasih sayang Allah
    Ibu Zaid recently posted..Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on March 12, 2018 at 4:17 pm

    Dalam hal hati, kita wajib usaha dan serahkan pada Allah swt.

    Hati kan berbolak balik
    Mama Hakim recently posted..LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge