Balm Bayi Tok Syed
Ramai yang minta tips dari saya, macamana nak legakan selsema dan batuk anak-anak mereka. Saya ni bukanlah pandai sangat, tapi bila anak sendiri dah ramai, pengalaman pun bermacam-macam.
Insha Allah kalau nak bagi tips sikit-sikit tu bolehlah, sis cuba ya hahaha. Ha hari ni saya nak kongsikan balm bayi yang saya gunakan untuk legakan selsema, batuk dan hidung tersumbat iaitu Balm Bayi Tok Syed.
Ramuan bahan dalam balm bayi Tok Syed
Perkara pertama yang saya nak tau, balm ni panas tak? Balm ni melekit tak? Sesuai untuk bayi tak? Eh banyaknya soalan ya, dan untuk menjawab soalan tu, saya cuba balm ni sendiri. Bila saya buka penutup balm, bau yang wangi dan sedap terus menusuk ke hidung.
Spontan je mulut ni, “Emmm, sedapnya bau dia!!!”. Kalau tengok di website http://www.toksyed.com/ balm ini diperbuat daripada
- Beeswax – Lilin lebah yang mempunyai manfaat sebagai pelembap kulit, keradangan kulit dan pelembut bibir,
- Virgin Coconut Oil – Sebagai pembasmi kuman kerana sifat anti bakteria yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara,
- Sunflower Oil – Kandungannya yang kaya dengan Vitamin E menjadikannya sebagai bahan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas. Bijinya yang kaya dengan nutrien menjadikannya sesuai untuk kegunaan luaran dan juga
- Essential Oil – Gabungan dari beberapa minyak beraroma yang diekstrak dari daun, tumbuhan dan juga kulit sesetengah buah melalui kaedah distrill dan cold pressing.
Balm bayi Tok Syed ni ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Selain bayi dan kanak-kanak, seisi rumah pun boleh gunakan balm ni.
Kalau nak tahu isi kandungan balm ni adalah 45gram dan boleh bertahan dalam masa 1 ke 2 bulan sekiranya digunakan setiap hari secara konsisten. Dan bekasnya pula diperbuat dari plastik dan tak perlu risau jika ianya jatuh dan pecah, sangat tahan okay.
Saya faham bila anak-anak selsema dan batuk, diorang akan rasa tak selesa dan susah nak bernafas. Di sinilah kita akan nampak keberkesanan balm bayi ini bila disapukan pada dada dan belakang badan mereka.
Korang akan nampak perbezaan sebelum dan selepas menyapukan balm ini yang mana selepas tu mereka akan lebih mudah bernafas dan mudah hendak tidur bila batuk berkurangan.
Dan elok disapukan sebelum mereka tidur dan yang penting standby balm ni kat katil. Takdelah menggagau mencari bila batuk malam-malam.
Video teknik urutan bayi
Saya juga kongsikan cara-cara urutan badan untuk bayi dan kanak-kanak menggunakan balm bayi Tok Syed ini. Sangat mudah dan berkesan untuk memberi kelegaan kepada anak-anak yang mana kita tahu urutan ini juga dapat memberi tidur yang lena dan panjang.
Emm best kan tengok video perkongsian saya tentang balm bayi ni?. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk balm bayi ini, bolehla terus link di bawah atau hubungi terus talian telefon yang tertera.
Banyak produk untuk bayi keluaran tempatan berada di pasaran sekarang. TOk syed pun dah pandai juga
Baby saya sekarang ni pun hidung tersumbat, boleh try lah balm baby ni
Menarik… banyak pilihan dah sekarang. Boleh pilih ikut kesesuaian kita. Tinggal nak dengan tak nak je kan?! 😀
Anak saya 2 2 orang selalu juga selesema semasa musim hujan. Berguna ada balm sebegini
kalau hidung bapak budak yang tersumbat, selalunya guna minyak angin cap kapak 😀
Anak Mazni pun sedang selesema ni, musim panas ramai tak sihat dan berjangkit
Ibu cukup risau sebab anak anak di nurseri sana sini tak sihat
Saya pun kerap kena selsema 🙁
Nampak macam sesuai untuk saya guna ni
Saya punya bayi juga sering tersumbat, mau coba juga….