Spray Thymos membunuh kuman dengan berkesan | Ingat lagi tak cerita saya pening kepala sebab tekanan darah rendah aritu? Salah satu sebab pening ni juga adalah saya tak cukup tidur malam. Biasalah kalau ada anak kecil ni berjaga malam dan tak cukup tidur adalah perkara biasa.
Saya dengan suami dah biasa bab bergilir jaga anak tengah malam waktu diorang demam, batuk, selsema dan hidung tersumbat. Mana boleh kita tidur lena kalau anak merengek je sebab diorang tak sedap badan. Nak pulak kalau baby, apalah yang diorang tahu nak ekspresikan kesakitan diorang selain dari merengek dan menangis.
Demam dan selsema ni boleh datang dengan secara mengejut. Siang hari elok je cergas diorang bermain, bila malam tau-tau je suhu badan diorang panas dan merengek tak selesa. Kekadang pulak berjangkit dengan kengkawan diorang di rumah pengasuh atau di sekolah.
Bila anak demam, selsema dan tidak sihat, sudah tentulah sama ada saya atau suami akan ambil cuti kecemasan untuk menjaga anak-anak. Di pejabat, pihak pengurusan pula tak suka staff ambil cuti kecemasan, hmm what to do, kenelah berkorban cuti juga untuk anak kesayangan. Itulah risiko kalau hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri, dilema ibu bapa bekerja.
Demam, selsema dan batuk memang sangat mudah berjangkit. Ianya boleh berjangkit dengan sentuhan, penyebaran kuman dari bersin, berkongsi alatan dan macam-macam lagi. Bila dah ramai budak, yang tukang jaga pun tak boleh handle dengan sebaiknya. Satu lagi virus yang sering merebak di sekolah dan nurseri selain dari demam dan selsema adalah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tapi Alhamdulillah setakat ni anak-anak saya belum dijangkiti penyakit HFMD ni.

Hmm mainan ni nampak bersih tapi kuman merata-rata
Tanpa kita sedar kita sendiri yang membawa anak-anak ke tempat yang dipenuhi dengan kuman di merata-rata tempat. Contohnya taman permainan, restoran, troli di supermarket, tandas awam, dan sebagainya. Bimbang kan?
Jadi apa dia penyelesaian untuk masalah ini? Kalau nak tahu, kita sebagai ibu bapa mesti mengambil langkah pencegahan supaya penyakit dan wabak ini tidak terkena pada insan di sekeliling kita. Salah satu cara adalah didikan supaya anak-anak tahu cara mencegahnya iaitu dengan cara jaga kebersihan diri.
Antaranya pastikan cuci tangan sebelum makan, tidak berkongsi bekas minuman dan makanan. Dan sekarang ni saya pastikan semua peralatan mainan disembur dengan Thymos. Wah lega sangat sebab mudah kerja saya dengan adanya si penyelamat Thymos.
Apa itu Thymos
Thymos adalah produk spray anti selsema dan HFMD yang mempunyai Revolutionary AirShield Technology dari United Kingdom yang melindungi anak anda dengan cara membunuh 99.99% patogen (bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit), dan ianya tahan lama iaitu maksimum 10 hari dengan setiap semburan.
Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.
Selamat untuk digunakan
Ianya tanpa alkohol, tanpa toksik, tanpa antibiotik dan juga steroid. Spray ini didatangkan dengan saiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana dan muat untuk disimpan di dalam handbag atau laci tanpa perlu spray berulang kali.
Spray ini amat mudah untuk digunakan. Hanya spray pssttt pssttt psstt pada alatan mainan, pakaian dan juga tempat di mana kita rasa kuman sentiasa berada, halakan dan spray di tempat tersebut. Ianya selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya jika terkena pada kulit dan badan kita.
Harga Thymos spray
Thymos Spray ini boleh didapati di outlet Guardian di seluruh Malaysia dan boleh dibeli dengan hanya RM69.90, yang mana harga asalnya ialah RM75.00. Saya dah guna spray ini. Saya letakkan dalam beg dan mudah dibawa.
Hanya sembur di tempat yang mana kita kehendaki, contohnya mainan anak, baby chair, troli dan sebagainya. Dan biarkan sahaja anak bermain dengan yakin tanpa risau.
Jom Follow Thymos untuk promosi terkini
Jom dapatkan spray Thymos membunuh kuman dan jangan biarkan anak-anak terdedah dengan kuman berbahaya ini. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.
Jangan lupa untuk like dan follow facebook dan instagram Thymos dan layari website mereka untuk promosi dan maklumat produk. Sayangi orang tersayang. Salam sayang dari ibu lima anak.
Facebook : https://www.facebook.com/thymos.uk/
Instagram : https://www.instagram.com/thymos.global/
Website : https://www.thymosglobal.com
Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/ atau https://www.facebook.com/enapakmalaysia/
betul sekali.. Mencegah lebih baik dari mengubati.
bagus product ni.. dapat potongan harga pula… nice
Memang bagus Thymos ni ada di rumah untuk lindung anak anak daripada penyakit berjangkit
spray kat kereta mainan tu.. kalau anak tu jilat kereta tu tak ada pape ke?..
Dah besar anak aju, berkat minum susu ibu hari hari kan. Kuat kuat semangat
Anak anak memang suka masukkan semua benda yang di jumpai dalam mulut, kena hati hati
Kalau di rumah kita boleh kawal, nurseri memang susah lah. Kita usaha mana yang boleh untuk anak anak. Selain bagi susu ibu kan aju
Kuman kuman memang musuh ketat anak kecil, sikit sikit tak apa lah. Banyak banyak jadi penyakit