Menang contest Back to School BATA 2018

Alhamdulillah….

Kemenangan pertama 2018. Enjin bercontest baru nak panas. Alhamdulilah ini betul-betul rezeki anak-anak sebab hadiahnya pun set serba berdiri, hahaha set berdiri macam set hantaran pulak ya. Ini rezeki anak-anak sebab hadiahnya set keperluan persekolahan, dari stokin, kasut hinggalah ke beg. Masa menang tu saya terus fikir, alamak berebutlah diorang semua ni nanti.

Menang contest BATA 2018

Alhamdulillah sangkut juga nama saya

Tapi syukur bila saya bagitau ibu menang contest BATA, diorang ni macam faham-faham je nak divide hadiah tu sesama adik beradik. Bila dah berbincang sesama diorang, keputusan yang dibuat adalah Kaklong dapat stokin sebab aritu kami dah belikan dia kasut baru, Najiha dapat beg sebab dia still pakai beg lama, dan Adam dapat kasut sebab dia pakai kasut tahun lepas je. Alhamdulillah rezeki korang semua.

Suami menjeling kat Bag Northstar hihihihi

Dan bila dah dapat surat dari BATA untuk redeem hadiah ni, kami pun terus serbu AEON Wangsa Maju. Bagi je surat tu kat staff kat situ dan diorang pun check online, Syukur mudah je urusan dalam talian. Tak payah nak call HQ even hari cuti. Dan bila dah sah je boleh ambil 3 barang ni, hmmm melilau terus mencarinya.

Pilihan bag sekolah Northstar tak banyak, cuma ini saja design yang ada dengan 3 pilihan warna. So Najiha pilih warna merah, hahaha ini warna perempuan. Tak susah nak cari ni kalau letak beg kat transit, sekali pandang terus boleh jumpa dah hahaha. Harga beg ni RM45.99.

Bukan kasut ni yang saya pilih, tapi yang kat depan tu haha

Kasut sekolah BATA pula ada beberapa pilihan. Adam ni jenis tak cermat jaga kebersihan kasut, jadi saya pilih yang bukan jenis fabric. Ambil yang semuanya getah. Bila tengok tiada limit untuk harga hadiah ni, makanya saya pilih yang paling mahal of course hihi. Harga kasut pula RM69.90.

BACA  Kem kepimpinan sekolah Najwa
Stokin pun ok kan kaklong, sayang kak long

Dan sekarang tiba pula giliran hadiah Kak Long, takdelah nak pilih sangat sebab stoking je pun kan hahaha. Eh jangan sedih tau kak long, stoking pun bukan dapat sepasang, tapi satu pek tu ada 3 pasang. Harga stokin pulak RM14.90, hmmm sesuai untuk Kak Long tukar-tukar stokin setiap hari kan.

Jalan-jalan, pon pon tepi-tepi keretapi nak lalu
Kami nak pusing-pusing, jomla naik sekali

Alhamdulillah total semua hadiah ni adalah RM134.88, syukur Allah dapatlah menceriakan bebudak ni dan menjimatkan poket ibu abah. Bila dah dapat hadiah memasing, ibu pulak nak cari hadiah untuk diri sendiri kekekeke. Yang penting Ammar dan Dzar pun happy sebab dapat naik kepala keretapi ni, free je dan hanya perlu letak IC korang je kat kaunter. Jom pusing-pusing AEON.

Salam sayang dari ibu 5 anak.

14 thoughts on “Menang contest Back to School BATA 2018”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: