Parenting Bila anak mula nak belajar berjalan April 9, 2018

Anak ke 5 saya sudah pun masuk setahun dua bulan bersamaan 14 bulan. Nak tanya anak korang mula berjalan di usia berapa? Kalau ikutkan pengalaman anak pertama hingga 4, paling cepat umur setahun dah berjalan, paling lambat setahun 2 bulan. Tak kisahla tu, janji anak ni ada perkembangan positif oklah kan, sebab sekarang ni si Ammar dah boleh berdiri lepas tangan untuk 10 saat which is pada saya ianya sangat melegakan. Tapi bebudak ni jenis cepat tumbuh gigi, umur 9 bulan dah terjulur gigi bawah 2 batang. Time ni paling seriau takut kene gigit time menyusu badan, sakit kan.

Anak ibu dah mula berdiri lepas tangan, sebelum ni bersandar kat sofa je
Geramnya kat budak mashiam ni

Bila Ammar dah mula berdiri lepas tangan, perasaan saya lega sangat sebab saya dan husband sentiasa duk bagi semangat supaya Ammar cepat bertatih. Petua tu usah kata, bangun pagi lepas subuh, suami yang rajin bawak ke luar rumah, bagi Ammar pijak rumput. Seronoklah ammar sampai basah seluarnya kene embun kat rumput tu. Excited abah korang nak tengok anaknya cepat berjalan hahahaha. Ibu tak kisah, sebab ibu taknak ammar membesar cepat sangat, nanti ibu rindu baby ibu busuk masam ni.

Orang kata kalau anak nak membesar ni biasanya diorang akan demam kalau nak pandai buat sesuatu. Bulan lepas ammar demam 5 hari, minggu lepas pun demam lagi 5 hari. Setiap 6 jam sekali wajib kene bagi ubat demam nak bagi panasnya kebah. Risau memang risau sebab kerap pulak demamnya.

Last sekali saya tawakal mandikan ammar dengan air lemon suam. Rendam lemon dengan air panas dan tambahkan air paip dan biarkan suam-suam. Dan rendamkan ammar dalam air lemon tu. Lagi satu bakar bawang putih, letak minyak baby dan urut badan ammar dengan minyak bawan putih. Saya sapu kat tapak kaki dan pakaikan stokin. Alhamdulillah dengan izin Allah ianya menjadi. Ammar mula sihat dan tak demam lagi. Risau sangat sebab demam tu waktu malam dan kain basah sentiasa saya letakkan kat kepala dan badan Ammar.

Yeay dah mula berdiri sendiri dan lepas tangan, yeay kemon ammar

Bila ammar dah sihat demam, baru nampak dia dah mula boleh berdiri tanpa sokongan sofa dan rak tv. Kalau tak itulah tempat yang dia suka bersandar :). Seronok tengok Ammar dah mula berdiri, masa tu kami semua bersorak tengok kepandaian ammar, dah besar anak ibu. Kene cium puas-puas ni mana tahu inilah baby bongsu saya kan 🙂

 

Bila orang tanya bila saya nak mengandung lagi? Hahaha saya rasa cukupla rezeki 5 orang ni, lepas ni nak fokus lebih untuk beribadah pulak. Nak pergi terawikh, nak buat umrah, nak pergi kelas mengaji dan ke kelas agam. Insha Allah doakan saya dan kita semua semoga istiqamah untuk berbuat kebaikan. Ameen

Tags :

5 Comments

  • Azian Khalil posted on April 9, 2018 at 11:42 am

    samala aju…anak aku baru nak cuba berdiri lepas tangan. lepas ni mmg dah cukulah…besarkan yg mana ada ni…

    Reply
  • Mazni Azmi posted on April 10, 2018 at 5:26 pm

    Penat bila anak dah mula berjalan ni. Habis semua nak di panjat kan aju

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on April 12, 2018 at 12:17 pm

    Kejap betul dah setahun yer. Cepat jugak jalan tu. Naka kita paling lambat setahun empat bulan.

    Reply
  • Ibu Zaid posted on April 13, 2018 at 9:03 am

    Anak anak dah dapat kaki memang lasak dan penat. Tapi zaman ni cepat berlalu. Penting untuk kita selalu ada bersama mereka.

    Reply
  • Noriza Rahman posted on April 20, 2018 at 4:37 pm

    Oh dah besar dia ye

    Reply
  • Leave a Reply