Sepanjang saya menulis blog ni, belum pernah lagi cerita tentang perfume, tapi kali ni apa yang buat saya nak kongsi dengan korang tentang satu produk minyak wangi ini adalah ianya sangat wangi, harum dan baunya pula tahan lama juga yang semestinya ia mesra solat. Mana nak cari gandingan perfume yang ada semua ciri-ciri gandingan terbaik ini kalau bukan minyak wangi jenama Pudore. Sebutannya adalah PU DO RE, macam korang sebut DO RE MI, ha re itu cara sebutannya, hahaha ‘rare’ kan jenama ni :).
Saya bukanlah jenis yang gilakan perfume, unless cerita handbag atau kasut, itulah kegilaan saya. Gila tak gila, saya ada lebih 10 pasang kasut tapi yang selalu pakai adalah 2 pasang je, hahaha sebab itu yang betul-betul selesa. Kata pesakit slip disc kan, memangla cerewet bab pemilihan kasut.
Jatuh hati dengan baunya
Ok perfume Pudore ni berjaya menambat hati saya sebab selain dari baunya, kotak dan botolnya pun cantik dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Sekali sembur, baunya sangat wangi dan terus buat saya jatuh hati dengan baunya yang wangi, lembut dan segar. Tengok tuan blog lah kan, lembut gittuuu, haruslah pemilihannya pun yang soft gitu, baru kene dengan jiwa. Sila jangan muntah hijau, jauh lagi membawang ya hahaha.
Orang perempuan dan perfume ibarat isi dengan kuku, selain perfume perempuan selalu dikaitkan dengan barang kemas, make up, handbag, makan dan macam-macam lagi hahaha. Perfume ni yang buat kita jatuh hati, pertama sekali mestilah bau dia. Semua perfume by Pudore ni inspire branded perfume and lasting sehingga 8 jam lamanya, haaa ini saya suke. Saya biasa kerja luar, sekarang ni musim panas hujan yang mana kalau panas, kerja luar buat ketiak membasah dengan maksimum. Bila jumpa client, agak-agak apalah komen diorang kan bila bau peluh menusuk hidung. Jadi untuk elak bau tu ketara kita sembur sikit minyak wangi Pudore, terus rasa segar baunya.
Selain di pejabat, kita pun mesti nak wangi-wangi kat rumah jugak, sekali semburan terpikat pasangan. Paling bagus bagilah hadiah kat pasangan memasing dengan bauan kesukaan memasing. Barulah hubungan sentiasa segar sepanjang masa.
Harga Minyak wangi Pudore
Minyak wangi Pudore ada 17 pilihan bauan antaranya ialah yang mana 11 pilihan untuk perempuan dan selebihnya untuk lelaki. Antara bauan yang menjadi best seller ialah Secret Bombshell, Avril Lavigne Forbidden Rose, Paco Rabanne 1 Million dan Invictus. Memang wangi bak hang, dan harga yang ditawarkan pula amat berpatutan dengan kualitinya.
Isi kandungan minyak wangi Pudore
Ada 2 jenis saiz yang ada iaitu 30ml dan 10ml, dan kedua-duanya adalah dalam bentuk spray dan saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Senanglah korang nak masukkan dalam handbag dan tak berat pun. Kalau rasa badan dah sedikit berbau, ambil dan spray je terus :).
Tempahan hantaran atau doorgift
Kenapa korang mesti pilih Pudore perfume? Sebab ianya didatangkan dengan kotak yang ekslusif, terdapat 17 jenama inspired perfume, ianya HALAL dan tahan sehingga 8 jam lamanya. Lagi satu, siapa yang merancang nak bertunang atau berkahwin, nah korang juga boleh request untuk dijadikan barang hantaran. Tak payah pening nak fikir mana nak cari perfume atau nak gubah, sebab diorang dah buatkan untuk korang ya. Juga anda juga boleh request untuk dijadikan sebagai door gift untuk apa jua majlis, harga boleh runding sebab beli dalam kuantiti yang banyak kan.
Untuk sebarang pertanyaan atau tetiba teringin nak cuci mata, boleh layari link di bawah. Dah nak raya ni elok juga sambar satu untuk dipakai semasa bertandang ke rumah sanak saudara.
Jom terjah untuk dapatkan promosi terkini
Laman rasmi: https://www.pudorefragrance.com/
Facebook: https://www.facebook.com/PudoreFragrance
Instagram: https://www.facebook.com/PudoreFragrance
Cutenya packaging podure tu. Bestnya dapat perfume.
Minyak wangi ni walaupun harum kena perhatikan bahan bahan dia juga aju. Kena perhatikan ada bahan seperti “Fragrance” atau tidak.
Sebab ikut kajian, banyak syarikat rahsiakan formula “fragrance” tu sedangkan bahan tersebut berbahaya. Ada kesan sampingan jangka panjang.
Harapnya minyak wangi brand ni selamat.
Kalau kekal harum sepanjang hari memang berbaloi di pakai
Serba pink laman web aju sekarang ni. Simple tapi kemas gitu
Salam rabu dari Maznee kepada sis aju. Wah harum dan menyegarkan wangi wangian ni
Banyak juga pilihan minyak wangi untuk wanita yea