Memang dah lama teringin nak ambil gambar sekeluarga di studio macam ni. Memang tercari-cari manalah tempat yang terdekat di area Shah Alam dan juga pakej mana yang termurah dan juga berbaloi untuk kami. Bukan apa, orang sekarang memang mencari-cari harga murah tapi dengan kualiti yang bagus kan. Ha inilah ditawarkan di Bajiwoa Studio yang terletak di Setia Alam, Shah Alam.
Pakej yang Bajiwoa Studio tawarkan memang MURAH. Dengan harga sewa SERENDAH RM100 sejam, sememangnya berbaloi dan sangat menjimatkan. Zaman sekarang semua nakkan kualiti photo yang cantik, kalau ambil gambar di studio, siap dengan lighting yang kebabom, jadi apa yang korang bayarkan tu sangat bermanfaat.
Strategi peniaga online dan retail, pastinya akan memastikan gambar produk mereka supaya kelihatan kemas dan cantik untuk menarik perhatian pembeli. Percaya tak kalau saya cakap, dengan hanya melihat gambar produk dan model mereka sahaja, sudah mampu menarik perhatian untuk membeli produk tu, betul tak? Itu yang dipanggil strategi pemasaran, dan first impression yang membuatkan orang tertarik nak beli produk tu.
Kalau nak pastikan kos untuk pemasaran adalah rendah, sudah pasti peniaga nak berbelanja seminimum mungkin. Makanya bagi nak mendapatkan kadar sewa studio yang murah, anda bolehla datang ke Bajiwoa Studio. Eh pakej ni bukan terhad untuk peniaga sahaja tau, ianya juga terbuka untuk korang yang inginkan gambar sekeluarga, konvo, kawin, eh senang kata semua pun bolehlah.
Kalau nak datang ataupun nak tau harga pakej, boleh terus hubungi nombor di bawah. Mana tahu korang nak datang weekend dan nak buat temujanji, boleh aje bak kata orang semuanya bisa di atur, janji ada duitnya hahaha. Antara pakej harga yang ditawarkan ialah:-
Pemilik studio ini ialah Su Aziz dan sememangnya akan memastikan angle yang terbaik untuk hasil foto anda. Jadi jangan risau kalau kata tak reti nak posing, tau-tau je hasilnya sangat puashati. Kat atas ni plain background, kalau nak request background yang lain pun boleh, janji kene deal dengan Su Aziz la ya. Hmm menarik kan, jadi untuk keterangan lanjut anda boleh klik pautan di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Alamat: Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor
Telefon: 010-798 3698
Website : https://www.bajiwoastudio.com/
Instagram : https://www.instagram.com/bajiwoastudio/
Boleh ambil foto keluarga lepas ni dengan pakej ni. Nampak macam best
Saya pun tak pernah ambil foto keluarga di studio dengan keluarga
Kami baru rancang nak ambil gambar keluarga masa hari raya ni
Dah lama teringin nak ambil gambar studio satu family. Masalahnya dari anak pertama sampailah bakal anak ke 4 ni pun masih belum terlaksana impian tu. haha…asyik tertangguh saja. Adoi…
Memang pakej nih murah dna berbaloi. Gambar yang di ambil pun cantik
Wahhhhh makin bergaya Aju.. comel.. 😄
Kali terakhir saya tangkap gambar dengan keluarga dalam studio pun dah tak ingat. Lama tu