Anak lambat berjalan walau umurnya dah 16 bulan.
Anak saya yang kelima ni, Ammar Muizz dah pun setahun 3 bulan lebih. Dah nak masuk setahun 4 bulan pun, atau 16 bulan.
Tapi rasanya si anak lambat berjalan berbanding anak saya yang lain,
Setiap hari saya suami, kakak-kakak dan abang-abangnya, selalu je encourage dia untuk berjalan atau bertatih.
Ammar dah boleh berdiri sendiri, tapi tak melangkah lagi.
Berjalan atas rumput berembun tu selalu dah suami saya buat.
Jalan sambil berpimpin tangan pun memang selalu itulah rutinnya.

moga membesar dengan sihat
Ibu risau anak lambat berjalan
Memang saya risau sebab anak-anak yang berempat tu umurnya paling lewat pun 14 bulan dah berjalan dah.
Saya ada baca pengalaman ibu-ibu yang anaknya lambat berjalan ni. Anak-anak diorang paling lambat pun 17 bulan baru berjalan.
Since ini anak bongsu kitaorang, so kami memang duk tertanya-tanya setiap hari sebab perkembangannya tak sama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya.
Yelah orang kata setiap anak ni berbeza caranya kan.
BACA ->> Suntikan imunisasi 18 bulan
Periksa kaki anak
Saya tak kisah kalau lambat sikit, tapi yang dirisaukan kalau-kalau ada masalah lain yang saya tak perasan.
Contohnya masalah tapak kakinya ke, masalah tulang ke apa ke kan.
Semuanya duk terbayang kat kepala, tapi minta jauhkanlah hendaknya, janganlah ada masalah macam tu.
Mula-mula saya ingatkan Ammar ni manja sangat sebab tu kot dia nak berdukung je sampai taknak berjalan.
Tapi bila dah sampai tahap umur yang sepatutnya untuk dia bertatih tapi masih tak boleh juga, ha time ni dah terfikir something else la.

nanti berlari terus ya 😁
Bila dah jadi macam ni saya memang banyak google info-info pasal ni.
Antara yang sebabkan anak lambat berjalan adalah kerana lekuk kat tengah tapak kaki atau dipanggil arch, yang masih belum berkembang elok macam budak normal.
Start dari tu terus tengok, teliti dan telek betul-betul tapak kaki Ammar.
Keadaan fizikal Ammar
Tapi nampaknya normal je, even Ammar ni dari kecik kaki dia adalah sangat kuat.
Kuat menendang, kalau makan kat meja, saya pegang dia, dia boleh tolak meja dengan kaki sampai bergoyang meja tu, uihh punya kuat kaki Ammar ni.
Dan saya tak nampak macam kaki tu lemah atau tak kuat untuk berjalan.
Sebab Ammar memang dah boleh duduk dan bangun serta berdiri sendiri untuk tempoh 10 saat. Sekarang ni pergerakan Ammar adalah dengan cara merangkak, berdiri dan berpaut pada kerusi, dan meniti je.
Kalau Anak Masih Tak Boleh Berjalan Selepas Umur 18 Bulan, Ibu Bapa Perlu Risau!
Saja saya coretkan di blog ni kenang-kenangan diorang bila dah besar nanti. Samalah macam anak sulung dan nombor dua tu, dah baca blog ibunya sebab nak tau macamana pe’el diorang masa kecik.
Mana yang sempat saya tulistu adalah, mana yang takde tu sodakollah hahaha.
Untuk Ammar, sekarang ni kami selalu je melatih dia supaya cepat melangkah. Letak mainan, gula-gula kat depan dia suruh dia angkat kaki, tak idoknya, terus dia merangkak ambik benda tu cepat-cepat.
Hai lah anak, ibu minta maaf sebab ibu pernah tercakap, Ammar janganlah cepat sangat membesar, nanti ibu rindu kat baby Ammar.
Ha sudahnya anak lambat berjalan walau dah setahun 4 bulan. Tapi ibu letak target raya ni mesti boleh berlari tau kekekeke hahh ibu gurau je.
Ibu doakan semua anak-anak membesar dengan baik dan menjadi insan berguna dunia akhirat. Go Ammar go!!!!
Nanti jalan lah tu. Tak payah risau Aju. Anak 1st kita dulu 16-17 bulan baru boleh jalan. Siap bawah pergi berubat. Yang bongsu tu pon spesis lambat jalan jugak.
Salam ramadhan dari Ibu, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.
Itulah kan, kata kata mak ayah ni jadi doa kepada anak anak.
Semoga ammar cepat jalan
Insyaallah anak jalan tak lama lagi tu. Cuma macam aju cakap, baik hati hati. Kalau ada autism atau masalah lain lebih baik dapat jumpa awal
In Shaa Allah, anak ke 5 puan tak apa2.. tak ada apa yg perlu dirisaukan.. setiap baby pekembangan tak sama..
Insyaallah, kita usahakan ya aju. Banyak doa sebab doa mak ayah maknul
Selamat pagi & salam Jumaat. Selamat memburu lailatul qadr. Mama sekeluarga ucapkan kepada sis aju.
no komen.
anak pertama dulu, 11 bulan dah jalan.
masuk 12 bulan, dah berlari sepahkan rumah.
so, tunggu aje dan rangsang dia selalu.
bersangka baik sahaja…
memang ada jenis budak-budak yang lambat berjalan..
mungkin macam saya..
saya sehingga umur 7 belum mampu berjalan dengan sempurna…
jalan sahaja pasti jatuh…
imbangan diri agak lemah..
namun jangan risau orang sebegitu genius
Sis ada tanya doktor tak? Most probably, tak ada apa2, mungkin Ammar terlalu byk fikir – dia takut jatuh kot, hihihi. Insya-Allah, ok tu nanti. Raya ni, bila Ammar nmpk ramai budak2 kecik lari2, dia pun akan bersemangat utk lari sama. 😀
hi sis, kalau sis baca ni..boleh share, lastly anak sis boleh berjalan umur berapa… sy tgh risau sgt, anak sy setahun 9bulan masih tak mau berdiri…
Anak saya start berjalan masa umurnya setahun 5 bulan macam tu sis, ada cek tapak kakinya juga tak? Saya memang risau awalnya, tapi syukur anak tu dah boleh berjalan, saya doakan urusan sis dan anak dipermudahkan