Alhamdulillah, saya tak tahu macamana nak mulakan cerita ini tapi doakan semoga istiqamah.
Tapi yang pasti, suami tersenyum lega, bersyukur, berdoa moga saya istiqamah hendaknya. Suami memang sudah lama menginginkan saya supaya berhijrah ke arah yang lebih baik. Bukanlah sebelum ni saya ni jahat, tapi suami mahukan saya supaya lebih beretika dari segi cara berpakaian supaya lebih menutup aurat, labuh dan longgar. Kikikiki beretika sangat huhuhu. Saya akui, bertahun lamanya suami nasihatkan saya bab berpakaian ni.
Dan saya bukanlah sengaja tak mahu mengikut cakap suami, tapi saya perlukan masa. Iye, nak berhijrah ke arah lebih baik bukannya secara mendadak, saya tak mahu lepas berhijrah saya kembali semula ke perangai asal. Jangan salahkan emak dan arwah ayah saya yang tak pandai mendidik saya tapi semuanya salah saya sendiri tidak mahu berubah.
Emak, kakak, adik dan kakak ipar saya semuanya bertudung labuh, berstokin dan ber hand sock. Saya duduk di dalam suasana kekeluargaan yang sangat islamik. Tapi diri saya sendiri yang masih belum bersedia menjadi seperti mereka.

Tudung bawal tu dari Uswah Clothing, memang senang dibentuk
Eh korang nak tau tak?, hehehe macam makcik bawang pulak kan. Kalau nak tahu masa saya sekolah asrama dulu saya ni adalah AJK Biro Tharbiah. Yang mana tugas saya ialah menjadi imam dan ajk untuk aktiviti kerohanian. Walaupun hanya di sekolah Teknik, tapi kami sepertinya belajar di sekolah agama.
Sebelum tidur semua dorm wajib baca yasin beramai-ramai, weekend tak pernah miss dengan qiamullail, dan banyak sangat aktiviti ceramah dan majlis ilmu. Benda-benda ni semua buat saya rindu nak ikuti majlis ilmu dan agama. TQ kat emak dan arwah ayah sebab benarkan saya duduk asrama, sebab sahsiah dan akhlak kita terbentuk dengan sendirinya.
Insaf sangat rasa walau pernah panjat pagar semata-mata nak outing tengok KRU kat Mahkota Parade Kuantan. Kene rotan sebab bising memalam dengan aktiviti dorm, hihihi tengok baik budaknya kan? Tapi nakal tu tetap ada hahahaha. Biasalah budak baru nak up!!! Itulah kenakalan tu lumrah, tapi yang penting pilih kawan yang betul insha allah okay.
Dan bila dah kahwin, suami dah request supaya saya jadi macam adik saya, bertudung labuh semua, tapi saya cakap nanti dululah bang. Setelah beberapa tahun memujuk, saya mulakan dengan memakai stokin, itu bermula tahun 2015. Tengok punya lama amik masa, 11 tahun kahwin baru nak berubah??? hihihii
Kenapa susah nak berubah??
Orang pakai baju design macam tu nampak cantikla, kalau dah pakai tudung labuh nanti dah tak macam tu. Ha itulah antara sebab saya susah nak berubah. Saya tau, pemakaian masakini banyak mempengaruhi. Saya takut iman tak kuat nak menahan godaan tu. Jadi sebelum ni saya dah pakai pakaian yang saya nak sangat tu, contohnya pakai shawl, kebaya, blouse bermacam warna dan design, dan bukanlah yang menjolok mata tapi tak lepas nak penuhi requirement suami.
Dan selepas saya fikir berulang kali, saya lihat muka suami dan anak-anak, dan saya ambil berkat hari Jumaat untuk terus berubah. Dalam 3 bulan dah perubahan ni, Alhamdulillah. Masa pertama kali ke pejabat dengan pemakaian tudung labuh, memang saya rasa lain, tapi yang penting saya TAK KEKOK malahan saya selesa. Semua rakan pejabat tegur, tapi saya senyum dan diorang hormati je perubahan ni. Memangla kene hormat kan, satgi kalau kutuk kene patah petir padan muka hahaha.
Yang paling seronok dah tentulah suami, pandangan pagi sebelum pergi kerja, dia terkejut tengok saya pakai blouse labuh dan longgar, tudung labuh, dan dia peluk saya kata, TQ sayang, terima kasih. Doakan aju istiqamah, tegur aju kalau aju lupa. Aju nak kita semua berkumpul di syurga, aju nak abang, anak-anak dan semua ahli keluarga bekumpul semula di sana, Insha Allah……….
Amin… touching pulak aku baca ni.
La hau la wa la kuwwata illa billah
Semoga di beri kekuatan untuk berubah
Amin… seronok baca perkongsian ini… semoga terus istiqomah untuk menjadi yang lebih baik…
semoga istiqamah hingga ke akhir hayat..
perkara biasa untuk suami membimbing isterinya supaya lebih baik.
dan sangat beruntung dapat suami sedemikian..
kalau dapat 2 x 5 jenis yang nakal…maka sangat rugi dunia dan akhirat
Alhamdulillah… Semoga istiqomah. Doakan untuk kita juga ☺
Cantiknya pakai tudung labuh, Ibu doakan aju istiqamah. Insyaallah semua mudah
Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. InsyaallahAju boleh kuat. Selalu baca doa la hau la wa kuwwata illa billah