Sebut Hari Raya teringat Butik Haqqi. Sebut kelengkapan umrah dan haji pun teringat Butik Haqqi. Bagi saya mudah, nak pergi haji dan umrah, ingat Butik Haqqi. Memang mudah kalau satu butik menyediakan kesemua keperluan yang kita mahukan ye tak. Senanglah sebab tak perlu survey sana sini bila mana yang kita nak semuanya di bawah satu bumbung. Nak pulak bila shopping biasalah satu rombongan keluarga yang datang, bila dah ramai-ramai ni biasanya boleh jumpa macam-macam kerenah.

Pilihan stokin, stokin wuduk, sarung lengan

Seluar ni selesa dipakai untuk ibadah umrah dan haji, kain materialnya sejuk dan selesa. Sandal selesa dengan tapak lembut.

Tudung instant berdagu
Sorang nak macam ni, lepas tu mungkin dah ada yang tu nak yang lain pulak. Sudahnya tak beli pun, ini memang boleh menimbulkan marah hahaha. Tapi jangan risau, Butik Haqqi ada banyak pilihan untuk kelengkapan umrah dan haji, dari stokin, kasut, seluar, baju, jubah, telekung dan lain-lain kelengkapan. Selain produk butik Haqqi, mereka juga ada beberapa jenama vendor lain iaitu Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra.

Palazzo cotton

Wahh bestlah material kain ni

Cantik Jah, rambang mata dibuatnya

Warna baju kurung moden ni cantik kan, serius stylo
Memang cantik-cantik semua baju fesyen islamik ni contohnya jubah, palazzo, blouse, baju kurung, kurung moden dari saiz S sehingga saiz XXL. Rambang mata dibuatnya sebab satu design ada beberapa warna untuk dipadankan dengan tema warna raya atau majlis korang. Ha cantik kan model kat atas tu, eh maksud saya baju tu cantik kan?? Sila jangan muntah hahaha.

Pilihan telekung yang ada, semua pun cantik dan harga juga berpatutan

Keperluan umrah dan haji, semuanya lengkap di butik Haqqi

Warna warna pastel telekung Butik Haqqi, belilah satu untuk di pakai di pagi solat hari raya
Saya pun dah cuba telekung dari Butik Haqqi. Material kain yang digunakan sangat selesa, tidak panas dan dijamin berkualiti. Harganya juga amat berpatutan dengan kualiti material yang mereka tawarkan. Sekarang Butik Haqqi sedang mengadakan harga promosi sempena Hari Raya yang bakal menjelma, hmm berbaloi korang dapatkan produk mereka dengan harga promosi ni, jimat gitu.

Telekung yang selesa

Jahitan muka yang kemas, terletak dan tidak ketat
Cantik kan sulaman di muka dan hujung telekung ni. Saya suka rekaan yang simple tapi cantik macam ni. Bentuk muka yang cantik, selesa, tidak ketat dan menutup bahagian dagu. Ianya dijahit kemas dan memastikan ia menutup bahagian muka supaya rambut tidak terjulur dan terkeluar. Saiz dan labuh telekung ini memang sesuai dengan semua saiz ketinggian.
Untuk anda yang masih mencari kelengkapan umrah dan haji, bolehlah singgah di butik Haqqi atau shopping online dan klik pautan di bawah ni. Seronoknya dapat mengerjakan umrah di bulan puasa dan menyambut Aidilfitri di Mekah kan. Doakan saya dan anda juga ke sana nanti, ameen.
FACEBOOK:
http://www.haqqi.com.my
Senang lah, boleh pergi sini ja untuk cari kelengkapan barang Haji. Musim haji pun nak dekat dah ni
Assalamualaikum & selamat pagi dari Ibu. Singgah blogwalking blog aju. Bulan puasa pergi umrah memang banyak kelebihannya
Alhamdulillah…. Lepas ni kalau ada rezeki pergi haji atau umrah, dan ada masa nak pergi ke KL… Boleh cari keperluan Haji dan Umrah di sini…
Terima kasih di atas perkongsian info..
Semua hijab mempunyai desain warna pestal yang merupakan warna kegemaran saya. Mungkin saya akan belinya di butik Haqqi kali ini.