Categories: Blogging

Koleksi raya cantik dan mampu milik, Jakel barulah RAYA

Ingat raya ingat Jakel, ingat Jakel ingat “happy hour” :), Jakel barulah raya. Persiapan untuk raya tahun ni kebanyakannya sudah pun saya settlekan sebelum puasa. Kebetulan tinggal sepasang je lagi baju melayu yang masih belum dibeli iaitu baju anak ke 4 saya iaitu Dzar. Persiapan awal ni mudah sebab malas nak bersesak di bulan puasa. Dengan anak-anak yang berderet, lagilah bercinta dibuatnya.

Nak cerita, minggu lepas saya sempatlah ke Jakel Shah Alam untuk survey baju melayu anak lelaki saya tu. Seperti yang boleh diagak, memang sesak, sememangnya Jakel memang sentiasa ramai dengan pelanggannya.

Sedondon hairul, hanis zalika dan yusof
Meriahnya tengok diorang berbaju warna warni

Nak pula time tu ada promosi yang dibuat oleh para duta Jakel iaitu Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen dan anak mereka Yusof Iskandar. Juga Scha AlYahya, Awal Ashaari dan Lara Alaana, Nabil Ahmad dan Harith Iskandar, Upin Ipin, emmm lagilah tak sabar semua menanti lelongan untuk koleksi para duta Jakel. Kebiasaannya harga promosi boleh mencecah sehingga 85% dari harga asal. Memang berebutlah nak turut sama masa sesi lelongan ni.

Selain pilihan tekstil, Jakel memang sinonim dengan koleksi baju rayanya yang berkualiti, harga mampu milik dengan pelbagai rekaan menarik. Lagi satu yang bestnya, Jakel ni konsep dia satu customer, satu salesperson. So korang akan dilayan sampai korang dapat apa yang dikehendaki tu. Bukanlah minta dilayan macam tuan puteri tapi bila dah banyak pilihan dengan ruang kedai yang besar, adalah bagusnya kita terus dibantu untuk terus ke tempat yang kita inginkan.

Nah tengoklah meriahnya sesi happy hour oleh para duta ni. Memang sakan diorang menanti potongan harga. Sapa cepat dia dapat!!! Kalau nak tahu kualiti kain Jakel memang selesa, tak panas dan jahitannya kemas. Setiap koleksi baju kurung mempunyai lebih daripada 70 design yang mana setiap design mempunyai 5 pilihan warna menarik. Manakala Baju Melayu bermula hanya serendah RM89 sepasang dan juga setiap pembelian diberi PERCUMA kain samping & butang Baju Melayu. Ha senang nak match satu keluarga untuk raya sedondon.

Adik ni peramah, hahaha bukan pemarah ya, songkok tu RM40 je harga dia
Tengokla deretan kotak baju melayu tu, banyak kan

Pilihan saiz usah risau, memang insha allah akan ada saiz untuk mereka yang berbadan besar. Jangan sedih, raya tetap meriah untuk anda :), yang penting singgah ke Jakel barulah dapat baju raya dan barulah RAYA!! So untuk korang yang nak dapatkan koleksi raya duta-duta Jakel, jangan berlengah lagi, moh ke Jakel sekarang.

Website : www.jakel.my
Facebook : https://www.facebook.com/GedungTekstilJakel
ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

  • Ramainya duta Jakel! Tinggal baju Melayu ja blm beli, baju kurung dah settle awal. Bolehlah jln2 ke Jakel... :D

  • terbaik la kepada JAKEL,,walau ramai macam mana orang membeli baju .tetap puasa hati ,harga dan kualitinya sagat berbalaoi,,,

  • Cukup tak suka masuk jakel sebab jurujual punyalah ramai. Macam masuk dalam akuarium penuh jerung lapar

  • Lama dah Mama tak pergi singgah ke sini. Tak berapa minat nak pergi sebab kawasan sesak

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020