November 26, 2020

Doa Rumahtangga Bahagia, Anniversary ke 14

Doa Rumahtangga Bahagia. Alhamdulillah tahun ini sudah pun 14 tahun ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Tak terasa begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah pun 5 orang anak kami :).

Dalam jangkamasa 14 tahun ni memang banyak yang kami lalui, susah senang, suka duka semuanya ditempuhi bersama, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula….sambunglah sendiri :).

Fasa dalam perkahwinan

Betullah dalam perkahwinan ni ada beberapa fasa yang kita perlu tempuhi dan sekarang saya dan pasangan adalah di dalam fasa ke 3. Bukan senang nak memahami orang luar yang kita tak kenal, dan bukan ambil masa sehari dua tapi makan tahun tau.

doa rumahtangga bahagia
14 tahun bersama memang saat yang indah dan membahagiakan

Fasa Perkahwinan

Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan

Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.

Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Kredit www.vanillakismis.my

Kenali pasangan dan keluarga

Dan kita pula bukan je perlu kenal pasangan, tapi seluruh anggota keluarga beliau. Keluarga terdekat, saudara mara, nak kene tahu apa yang boleh dan yang tidak. Sepanjang 14 tahun berkahwin ni, memang kene tolak ansur, terima kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya.

Kita ni umpamanya kene compliment each order, sebab semua orang pun tak sempurna kan. Mana yang tak puas hati cerita depan-depan, jangan duk jaja cerita pasangan kat orang lain, takut nanti jadi cinta bersegi-segi. Ishh nauzubillah.

Banyak dah kes macam ni, sebab berlaku di pejabat saya bekerja. Pasangan bercinta tu adalah bini dan laki orang. Dah ada anak 3/4 orang, bukan tak bahagia, tapi jenis suka kat pasangan orang lain kot. Depa berpasangan tanpa rasa berdosa langsung, ya Allah mintak jauhkanlah.

Dalam kes ni, pasangan dan keluarga kene jaga solat, dan biasakan solat berjemaah dan doa banyak-banyak. Banyakkan sesi tazkirah anak beranak, dan cerita perihal yang baik-baik untuk lebih rapat sesama kita. Anak-anak perlukan ibu bapa, begitu juga suami perlukan isteri dan sebaliknya.

DOA SUAMI ISTERI & ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“ Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya, Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata…Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja…

Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya…Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku, Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb…”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu.

Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin

Kredit: Himpunan Doa
Doa rumahtangga bahagia ni elok diamalkan sepanjang masa. Semoga entri ini bermanfaat

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

8 thoughts on “Doa Rumahtangga Bahagia, Anniversary ke 14

  1. laa,kitaorang pun 14 tahun jugak, sama bayale usia perkahwinan, tapi 14 tahun kahwin anak dah dua orang!

  2. Perkahwinan saya pula sudah masuk tahun ke 16…
    dan tak sangka boleh pergi sejauh itu..
    anyway moga perkahwinan ajumohit dan pasangan terus berkekalan ke Jannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: