Tanam sayur dalam pasu. Pokok kacang renek pun boleh.
Cerita pasal kebun tepi rumah lagi. Kali ni saya tanam sayur dalam pasu pula. Sambungan selepas dah beberapa bulan tak update tentang kebun tepi rumah ni. Almaklumlah anak berderet, tak sempat nak jenguk sebab banyak fokus kerja rumah.
Menanam ni pun hobi sampingan, bolehla hasilnya tu buat makan sendiri, kekdah dia, tanam-tanam dan tuai, dan tunggu mood rajin datang lagi baru dapat tanam pokok yang lain hahaha. Lebihnya mood malas dari yang rajin, kakakaka.
Selalu orang yang suka berkebun ni sebab minat kan. Kekadang bosan juga ulang buat kerja rumah yang rutin setiap hari, so saje nak hilangkan bosan, makanya menanam sayur pulak lah. Selalu yang suka makan sayur ni saya dan suami. Anak-anak ni memilih nak makan sayur.

Saya beli benih ni di Maeps Serdang, RM2 je sepaket

Hari pertama benih ni ditanam
Didik anak makan sayur
Susah betul nak didik diorang makan benda berkhasiat. Tapi kalau makan maggi, keropok jajan, hmm yang itu tak suruh pun bukan main merayu nak makan. Alahai anak. Tapi ada juga sayur yang diorang suka makan contohnya kobis, sawi, lobak.

Hari ke 5 si kacang panjang renek, cepatnya dah membesar

Hari ke 16 kacang panjang renek, anak saya si Adam cucukkan lidi penyapu di batas tu, katanya kot-kot dia nak melilit, emmphh sabor je, abis penyapu lidi ibu dikerjakannya.

Pokok bendi di hari ke 16
Cubaan menanam kacang renek
Cuma yang saya pernah tanam tu sawi dan kangkung jelah pun. Yang lain tu belum pernah cuba lagi. Dan yang terkini saya tanam pokok kacang panjang renek atau jenis pendek. Yang ni tak menjalar macam kacang panjang biasa tu dan yang spesis ni tanam sayur dalam pasu pun boleh tau.
Best kan? Mestilah best sebab tak renyah nak menjaganya. Benih pokok ni saya beli kat tapak semaian MAEPS Serdang dengan harga RM2.00 sepaket.
Ha korang boleh tengok perkembangan kacang ni dari hari ke hari. Tak sabar nak tengok dia berbuah, tu yang hari-hari jenguk dah besar manalah pokok ni. Selain pokok kacang renek, ada juga pokok bendi, kunyit dan pokok pandan.

Si pokok pandan yang dibeli di nursery RM7 sahaja sepasu kecil
Tanam sendiri lebih jimat
Pokok pandan tu saya beli kat kedai nurseri, RM7 je sepasu kecik tu. Senang ada pokok ni, nak masak nasi lemak ke, masak agar-agar, kuih buah Melaka.
Pakainya sikit je pun kan, better lah beli dan tanam sendiri. Saya dapat satu tips penjagaan pokok sayur ni dari kawan opis dan adik ipar.

Pokok kunyit yang ditanam dari lebihan kunyit di dapur, campak je tak susah pun nak tanamnya
Semburan DIY elak serangga
Kalau nak elakkan daunnya diserang dan dimakan ulat, boleh buat semburan sendiri gunakan serbuk cili, serai dan bawang putih.
Blend sehingga lumat, tapiskan airnya, kemudian masukkan ke botol dan disembur ke pokok tu. Kiranya ni baja yang selamat dari bahan yang beracun dan terlarang, barulah makan tanpa was-was.
Yang bestnya pokok kacang ni sesuai sangat ditanam kat kawasan bandar, sesuai untuk yang tinggal di perumahan teres dan rumah apartmen yang mana kawasan dan ruang terhad nak bercucuk tanam.
Dan kalau korang google, pokok kacang renek ni juga sesuai ditanam di dalam pasu. Ha!! Lepas ni mesti pakat pergi cari biji benih kacang renek la mengkome ye. Kalau dah ada hasilnya saya share next entri ya.
menarik la entri ni.
aida memang suka baca entri gini.
kebetulan aida memang simpan impian nak cucuk tanam gini kat laman rumah baru kelak.
tak sabar!
haritu try jugak tanam pandan tapi tak menjadi. Mati terus dia 🙁
Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis aju. Berbudi pada tanah kenyang perut kan
Bagus juga tu tanam benda yang boleh makan, nanti nak makan petik je dari pokok
Senangnya tanam dalam pasu, senang nak jaga sebab kawasan terhad
Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis aju.
Saya pun suka tanam kacang panjang renek ni…
Senang nak jaga..pastu meriah pulak tu
seronok kan bercucuk tanam. Hasil boleh makan dengan family. Terjamin takde racun
Wife saya suka juga menanam dengan benih macam ni, tapi sekarang tanaman dah kelaut semenjak dah sibuk ni
Seronoknya tengok tanaman menjadi. Saya pun minat jg, tapi tanaman asyik layu sbb kurang kasih sayang. Skrg start tanam yg mudah2 dulu mcm aloe vera, lavender, kangkung (dah ko waktu raya), halia & pokok2 kecil. Benih sayuran byk, tapi masa utk menanam ja kurang.
assalam. nak mintak tlg share nursery yg dulu pn pegi beli bunga ros jepun daun batik tu. tq
waalaikumusalam, owh ros jepun tu saya beli kat nurseri area hospital sungai buloh. Kalau jalan ke dalam lagi sampai pusat kawalan kusta sungai buloh. Kat area situlah yang saya beli tu.
Salam rabu dari Mama, Semoga sihat wal afiat dan di rahmati Allah swt. Sayur macam ini yang elok makan kan aju. Sebab tanam sendiri. tak pakai racun pun
Wah best-best dan menarik.
Impian betul nak buat mini kebun tapi rumah atas langit. Hihi
Assalamualaikum hai. Nak tanya. Saya student uitm tengah buat final year project sekarang ni. Kalau tak kesah boleh tak nak beli pokoknya untuk saya buat research project saya? Pokok kacang panjang renek. Dalam 2 3 pon jadi la. Mostly saya cari semua nya jual dalam biji benih je. 😅
waalaikumusalam, maaf dik, akak tak jual pokok ni, tanam sendiri je, maaf ya