As salamualaikum team tema raya gold mustard!!
Selamat Hari Raya Semua!
Maaf Zahir Batin!!!
Kalau ada yang tersinggung, terkutuk, terngumpat, terambil, termakan dan segala ter….Minta maaf ok, kosong-kosong. Korang dah mula kerja ke? Yang dah mula kerja tu moga bertabahlah ya, bolehla cakap macam tu sebab saya masih bercuti lagi hahaha.
Time ni kalau pergi kerja memang heaven sebab tak jem. Satu sebab orang ramai masih bercuti, satu lagi sebab masih cuti sekolah. Khamis ni saya pulak mula bekerja, dapatlah merasa heaven tu nanti :).
Bab raya kalau takde tema ni macam takde arah rasanya hihihi. Tema kami tahun ni tema raya gold mustard. Sebenarnya kalau ikutkan tema kitorang asalnya warna gold, tapi disebabkan susah bebenor nak cari gold, so warna mustard tu pun boleh kira gold jugalah.
Tak susah nak cari sebab merata tempat boleh cari si mustard ni. Baju saya dari butik Rayyan Haya, baju Alia pulak beli kat Icahfa, dan baju Najiha dari vendor butik Icahfa.
Anak-anak dara saya ni dah pakai baju size dewasa dah, walaupun umurnya baru Tingkatan 1 dan Darjah 5. Semua baka maknya yang tinggi dan badannya besar. Kasut kami pun sama size, ish ish ishh boleh berkongsi baju dan kasutlah kita ๐.
Part nak ambil gambar sekeluarga memang mencabar. Nak mengumpulkan semua anak sekali ni bukan senang, almaklumlah dah ramai-ramai ni dia punya peel lain macam, hmm redha je, akhir sekali dapatlah hasil macam kat atas tu.

Kami team mustard gold

Bagi chance la kat kami haha
Hari raya menu rendang, ketupat, lemang, kuah kacang adalah wajib. Itu menu Hari Raya pertama, dan raya kedua hidangan kami adalah sup tulang temulang. Air tangan saya, mak dan adik.

Sup tulang air tangan si adik

rendang daging air tangan saya dan mak
Emphh sedap dan berlemak, dan selepas tu memang minum air suam je supaya lelemak tu mencair. Almaklumlah kita ni umur semakin tua dan bukannya semakin muda, so memang diri sendiri kene beringat bab kesihatan sendiri. Sambil taip entri ni sambil telan airliur, bestnya dapat makan rendang saat ini.

Hasil beraya tahun ni
Tahun ni anak-anak dah pandai beraya sendiri seperti tahun sebelumnya. Walau diorang tak berapa kenal jiran di kampung, tapi berani juga beraya ke rumah diorang. Janji ada sepupu, sure semua jadi haha. Diorang ni ada aim nak beli something dengan duit raya ni, tu yang semangat pergi beraya.
Since semua anak-anak saya dah ada akaun Tabung Haji, saya memang pastikan duit raya tu di simpan di situ. Untuk simpanan masa depan korang juga nak, ada rezeki boleh tunaikan haji awal kan.
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.
Cantik, warna ni memang Ibu suka
Selamat hari raya aju & family. Maaf zahir batin. Cantik kaler gold mustard ni.
Salam aidilfitri Aju. Datanglah beraya di Nilai
salam aidilfitri utk aju sefamily
Salam Aidilfitri Aju & family. Maaf zahir & batin. Waa…tema gold, nice! Senang kan, beli dr potong baju raya. ๐
Tema raya gold? Saya teringat orang rumah saya baru berapa hari cuba serum Rania gold.
Selamat hari raya buat aju n family