Antara jenama foundation yang pernah saya guna | Sebut pasal foundation terus semangat nak mulakan entri blog ni. Selama hari ni banyak dah rasanya foundation yang saya guna.
Bermula dengan Elianto, FCC Cosmetic, Sendayu Tinggi, MAC, Kat Von D dan yang terkini foundation royal propolis Alha Alfa.
Foundation paling saya suka
Antara banyak-banyak foundation yang saya guna, dalam senarai kegemaran saya ialah foundation Sendayu Tinggi dan yang paling terkini ini ialah Alha Alfa. Memang dua jenama ni antara yang paling memuaskan hati saya. Bila pakai, muka rasa ringan, bau best dan dapat menutupi wajah dengan hasil full coverage. Harga usah katalah, sangat berpatutan!!

Yang ni pun best giler

Yang ni pun tak kurang bestnya
Siapa kata produk tempatan ni tak bagus, sebab bila guna Kat Von D saya masih juga kene topup dengan produk MAC disebabkan coverage yang kurang memuaskan. Tapi bila pakai foundation Sendayu Tinggi (ST) dan Alha Alfa (AA) memang sangat best dan muka flawless je.

Kat Von D dan MAC, make up primer revlon
Kenapa saya tak lagi pakai foundation ST? Sebab waktu tu saya nak cuba MAC dan Kat Von D. So sebab tu saya tak lagi gunakan ST. Tapi bila tengok MAC dan Kat Von D juga tak berapa full coverage, so itu yang buatkan saya nak cuba AA pulak.

Kata mahal, so pakailah sampai ke titisan terakhir hahaha
Tapi sebelum guna AA saya dengan gigihnya menghabiskan hingga licin foundation MAC hingga ke titisan terakhir hahaha. Yelah nanti membazir pulak kan bila yang sedia ada tu dibiarkan tanpa digunakan dan expired begitu sahaja. Bukan murah noks, puasa sebulan baru dapat beli tu kakakaka.
Produk foundation ni memang kene try and error sebab hasilnya pada setiap orang memang takkan sama. Bila saya kata yang tu tak ok, pada orang lain ok pulak kan. Hmm sebab itu saya tekankan di sini, hahaha macam pidato kan, sebab tu hasilnya pada setiap orang adalah berbeza nokss.

Foundation Alha Alfa dan face powder Translucent
Foundation full coverage
Kulit muka saya adalah lebih kepada acne problem contohnya jeragat. Memang bersepah kat pipi ni. So bila cari foundation saya suka yang full coverage sebab dapat tutup jeragat dengan jayanya. Tak perlu nak topup dengan concealer bagai, jenuh mak nak trim.
So bila dapat foundation yang full coverage, giler puashati sangat. Senang kerja, pakai je make up primer, terus apply AA foundation, tepek loose powder AA translucent, dan taraaa hasilnya sangat best!! Saya bukanlah jenis yang heavy makeup tapi jenis yang suka tengok muka flawless, eh makeup lah tu kan namanya??

Taraa macam model tak??
Tak maksud saya, suka tengok muka sendiri flawless, tanpa buat kening, celak dan tanpa eye shadow, sebab yang tu saya masih lagi dalam pembelajaran haha. Setakat tenyeh hantam sajalah labu tu memang adalah.
So inilah perkongsian saya tentang jenama foundation yang pernah saya guna, ini bukannya review berbayar tapi tulus ikhlas from bottom of my heart. Kalau nak tahu harga dan produk lain, silalah ke IG Alha Alfa ya guys… bubyeee
Wah..cantik modelnya.
byk juga brand foundation yang aju guna. ainey br nk berjinak2 guna foundation..tu pun pakai yg maybelline je. tak reti nak pakai tp cuba jgk..bila dah pakai rs janggal plak kalau x pakai kan. Sapa tak suka muka ploless kan. haha.
Makin berseri-seri lah muka pakai foundation ni, orang perempuan dia akan bertukar-tukar foundation banyak kali sehinggalah serasi dengan nya
banyak juga ye, saya pernah guna brand maybelline dengan loreal je