Assalamualaikum, haii uolsss..
Miss me? Ahahaha lama kan tak story mory, haruslah rindu gitu. Ok demi nak mengubati kerinduan, meh nak cerita aktiviti hujung minggu saya dan keluarga. Hujung minggu baru ni kira weekend paling agak lemau sebab kami semua baru sihat dari demam.
Bermula dari Alia, diikuti Najiha, Adam, saya, Dzar dan seterusnya suami tercinta. Cuba teka siapa yang tak demam? Yes betul, pastinya Ammar!! Alhamdulillah di saat orang lain struggle melawan wabak demam, dia kemain sihat dan kuat kekdahnya berjalan ke sana dan kemari sambil menghiburkan hati kami.

Semuanya dah sihat dan mampu mengukir senyuman ngeeee

Ibu pun dah sihat, tengoklah Ammar pandai dah buat peace dia hahaha
Fuhh demam kali ni memang pelik, sakit badan sampai ke tulang temulang, bebudak ni sampai seminggu tak pergi sekolah. Walau demam dah elok tapi kepala masih pening dan badan masih lemah. Bukan kami je macam tu, saya tengok dalam group whatsapp kelas bebudak ni pun ramai yang alami perkara yang sama. Allahuakbar, ujian sungguh.

Ni semua ubat baharu tau, satu family sakit bertimbun ubatnya
Ubat usah katalah, bersusun atas meja makan tunggu giliran untuk di ngapp!! Sampai saya lupa dah si polan ni tadi pukul berapa dia telan ubat ea? Sindrom mak anak banyak, memang pelupa. Dan bersyukur sebab anak dah besar dan diorg sendiri yang ingatkan ibu timing diorang makan ubat. Hmm patutla ibu tak jadi nurse hahaha.

Yang ni kat AEON Bukit Tinggi sebenarnya, tapi bila cari kasut Scholl tapi stok kat sini tak banyak tu yang kami ke Sunway Pyramid pulak. Dzar ni comel kan, dia suka betul orang puji dia comel.
Jangan gelak sebab korang pun akan alami benda yang sama macam saya hahaha, ha tepukk!! So setelah memasing sudah kebah dan kebosanan memerap baring sambil melihat siling rumah, saya pun ajak suami pergi cari kasut Scholl. Kasut untuk orang sakit belakang, almaklumlah saya kan slip disc.
Dulu saya pernah ada dah sepasang dan bertahan untuk 3 tahun walau harga mahal, tapi sangat BERBALOI-BALOI!! Dari mengandung si Dzar, sampailah umurnya 2 tahun lebih, lama2 lunyai jugakla kan. Tapi jasanya sangat besar, dengan kasut tu saya pergi kerja, jalan-jalan, travel, pergi pasar, pendek kata lunyailah saya kerjakannya, tapi dia tetap tahan lasak. Tapi bila dah bertahun tu, nampak kusamlah jugak sampai naik segan pulak nak pakai, so saya ambil keputusan tamatkan perkhidmatannya, :).
So bila dah tiada yang lama, haruslah cari penggantinya. Siap survey mana outlet Scholl berdekatan Shah Alam. Rupanya kat area Sunway Pyramid tu ada butik Scholl.
Wow suka sangat! Sebelum sampai butik, kita makanlah dulu. Pekena tomyam dengan ikan siakap stim. Suami teringin, kami layankan je, emm sedapp!

Siakap stim lemon, hmm best dan sesuai untuk orang demam, terus berpeluh rasa badan

Tomyam ayam, hmmm sekali hirup boleh kebah selsema hahaha, pedas tapi best
Pandai Ammar makan, Dzar pulak jenis susah sikit nak suap dia, kene pandai pujuk dan psiko, baru dia nak makan. Kekadang lama sangat nak psiko alih-alih ke mulut ibu jugak yang lebihnya, hmm macamana ibu nak kurus?
Ok bila perut dah kenyang baru boleh cuci mata kan hihi. Sekarang ni tengah ada sales sampai hujung bulan Julai ni. Yang saya pilih ni ada less 10%. Ini design saya paling suka, sesuai ke ofis dan travel. Masa saya duk memilih tu, suami pun okay dengan design ni sebab bertutup katanya, lebih islamik.

Ha lupakanlah kepada kasut tinggi Clarks tu dik non, dah sakit pinggang ni pakai kasut Scholl je mampu huhuhu
Subhanallah, tapi time bayar suami tetiba takde, boleh?? Pandai dia menghilangkan diri ya kakaka. Its ok, tak lama lagi besday kita, nanti kita ikat kaki dia masa kat kaunter ya, hahaha ha tepuk!!
Hokay amacama stylo tak kasut baru kita? Saya suka Scholl ni sebab selesa, sesuai untuk saya yang sakit belakang, tahan lama dan tahan lasak, dan rupa bentuk dia sesuai untuk ke ofis dan jenjalan. Hmm buat masa ni simpan dululah kasut tinggi Clarks tu ya, bila pinggang dah ok kita pakai awak ya C.
best masa bersama2 semua keluarga.. 🙂
alhamdulillah..dah sihat semua…wah sedap plak tgk menu aju n family..scholl mmg brand mahal n kualiti mmg tip top…x rugi beli..
banyaknya ubat! haha btw nampak sedap makananya 🙂
htpps://aerillhassan.blogspot.com
Cantik kasut… sedapnya makan Tom Yam tuu…
Bonding time with family katanya kannnn….hehehehe….