Resepi Resepi Ayam Goreng Berempah Cepat dan Mudah July 23, 2018

Spread the love

Menu cepat dan mudah pilihan ibu-ibu

Ibu anak ramai mesti rajin masuk ke dapur. Antara sebab musababnya bila dah reramai, makan pun mesti dalam kuantiti yang banyak. Jadi untuk memuaskan hati semua orang, lebih bagus kalau ibu dapat masak sendiri hidangan untuk pastikan semua anak-anak dan suami kenyang.

Masakan pula mestilah yang cepat dan mudah untuk disediakan. Bukan apa, kalau lama sangat di dapur, yang si kecil mulalah meragam. Dua tiga kali masuk dapur cari ibunya, kalau tak kene gaya memujuknya, mau berdukunglah sambil memasak.

Seronok tengok ibu memasak agaknya ni. Kalau Dzar yang umur 3 tahun tu masuk dapur, dia akan cakap, “Ibu, nak macak!!”. Hmm kenelah bagi dia sayur untuk dia campak ke dalam kuali. Hmm puas hati Dzar dapat macak, hahahaha.

Masakan yang paling anak-anak saya suka ialah ayam goreng berempah. Hmm siapa yang tak suka ayam goreng kan? Bebudak ni itulah menu kesukaan diorang.

Nak membuatnya memang mudah, kalau cara saya, saya akan marinate ayam tu untuk seketika dan goreng ikut keperluan. Kalau seekor ayam tu bolehla makan 2 kali hidang untuk kami bertujuh ni.

Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam goreng berempah
Ayam goreng berempah yang memang sedap hihi

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua bahan kisar di atas bersama dengan ayam. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng sehingga masak. Taburkan daun kari bila ayam sudah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh juga dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! 😉

Kredit to myresepi.com

Hmm senang sangat kan, masa saya siap masak ayam goreng berempah ni, suami kata hmm macam hari rayalah hahaha. Dah macam raya pulak ya, dan yang paling best kalau makan ayam goreng berempah ni bersama nasi lemak dan dapat pulak sambal tumis. Hmm memang terangkat!! Selamat mencuba!!


Spread the love

Tags : , ,

11 Comments

  • mamatisya posted on July 23, 2018 at 11:51 am

    lama xbuat ayam rempah

    Reply
  • Aerill Hassan posted on July 23, 2018 at 9:26 pm

    sedapnya ayam goreng tu..

    Aerill Hassan

    Reply
  • mar posted on July 23, 2018 at 9:49 pm

    sedapnya..lagi kena dengan nasi lemak..

    huhui

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on July 24, 2018 at 7:07 pm

    aduh.. tgk gmbr pun dh terliur.. blm rs lg ni.. pasti sedap.. ayam berempah mmg lauk kegemaran.. tambah2 makan dgn ns lemak.. wah sedapnya..
    Ibu Mifzal recently posted..Adakah SST Lebih Bagus Daripada GST?My Profile

    Reply
  • ~azatie~ posted on July 24, 2018 at 8:41 pm

    Poberet anak2 ni Aju…

    Reply
  • Hafiz posted on July 28, 2018 at 8:28 am

    Ayam goreng mcm nilah lagi anak2 suka makan.. memang jadi ratahan jelah
    Hafiz recently posted..8LINE Coil Treatment pencuci aircond keretaMy Profile

    Reply
  • reezluv posted on July 28, 2018 at 12:49 pm

    kena plak nasi panas, ngan sambal belacan..pehh…

    Reply
  • Suria Amanda posted on July 31, 2018 at 3:34 pm

    Terliur tengok ayam goreng berempah tu..fav anak dara i ni

    Reply
  • Dewi posted on August 5, 2018 at 7:23 pm

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  • nasa azman posted on August 7, 2018 at 10:32 am

    Antara lauk yang mudah di sediakan dan sedap di makan bersama nasi panas. Cecah pula dengan sambal kicap cili
    nasa azman recently posted..Mencari saiz tanah yang ideal bagi membina rumah. Saiz tanah yang bagaimana sesuai bagi membina rumah?My Profile

    Reply
  • Nurul posted on March 24, 2020 at 2:22 am

    Bila tengok ayam berempah ni, teringat nasi lemak.. oh my perut… sabarlah..
    Nurul recently posted..Resepi Udang Bakar Cheese Lemak BerkrimMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to Suria Amanda Cancel Reply

    CommentLuv badge