Parenting Abadikan hari bahagia pada tarikh 18.8.18 August 20, 2018

Spread the love

Weehuuu semua. Assalamualaikum. Bahagia tak rasa hari ni? Alhamdulillah saya bahagia bersama suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Pada yang rasa tak bahagia, semoga korang akan dilimpahi lebih rahmat dan semoga semua ujian ditempuhi dengan tenang dan sebaiknya.

baju kurung icahfa
OOTD ke kenduri kahwin, bebudak abad ni amik gambar kita tu dengan pokok pisang pun masuk sekali. Hipster kononnya, hmmm bolehlaaa

Biasa itu lumrah hidup, ujian ni datang dengan bermacam cara, tapi satu je nak ingatkan. Kalau kita rasa kita teruk, tapi ingatlah ada orang lebih teruk lagi ujiannya daripada kita. Hidup mesti diteruskan, sebab yang pengakhirannya adalah di sana nanti. Itu je cara nak bagi semangat untuk diri sendiri kan.

Tarikh cantik 18.8.18

Perasan tak minggu lepas banyak jemputan kenduri kahwin kan. Terutama tarikh 18.8.18, itu hari Sabtu. Memang banyak orang cerita undangan perkahwinan sana sini.

pernikahan di masjid
Pernikahan di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Tahniah uolss
Pernikahan persalinan putih
Cantiknya anak buah makcik ni.

Hahaha termasuklah kenduri kahwin anak buah saya ni. Memula duk fikir kenapa banyak sangat kenduri ni? Ingatkan sebab cuti sekolah dah mula. Tapi rupanya sebab tarikh yang nampak special tu.

Tarikh bahagia saya hihi

Biasa orang akan abadikan tarikh yang sebegini untuk mudah diingat dan jadi satu memori yang manis untuk dikenang. Macam saya dulu nikah 5.6.2014 dan bersanding 6.6.2014. Gitteww, ha mulalah nak bukak diari sendiri ni kan hahaha.

pernikahan di masjid ampang
Bergambar dengan mak dan adik saya, pandai Ammar tengok kamera kan. Si baby Aisyah tengah mentidurr

Ada orang tarikh couple, tunang, kawin, semuanya diorang ingat. Tapi kalau korang tanya saya bila saya jumpa suami saya pertama kali? Minta maaf sebab saya takde jawapan untuk soalan tu hahaha, sebab aku dah lupa!!! Kikikikii…Jangankan tarikh couple, kekadang tarikh birthday anak sendiri pun saya tak hengat.

Alia : 14.10.2005
Ain Najiha : 23.4.2007
Adam : 14.02.2010
Dzar : 22.7.15
Ammar : 9.2.2017

Ha bersepah kan tarikh birthday diorang ni, tu belum campur birthday saya dan suami. Kalau lupa tarikh birthday sendiri tak tau nak habaq la hahaha. Anyway, tahniah buat anak buah yang dah selamat bergelar isteri.

Semoga kekal bahagia ke akhir hayat

pernikahan di masjid ampang
Happy family ngeeee

Tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ni. Sayu hati makcik tengok awak di hari bahagia awak ni Ibah. Budak kecik comei yang makcik timang, dodoi, kendong, tukar pempes, buatkan susu, dah pun besar dan dah kahwin pun. Kami semua doakan Ibah menjadi isteri yang taat, dan kekal bahagia ke akhir hayat.

Inilah keluarga saya, mak dan adik beradik yang saya sayangi sepanjang hayat saya. Semoga ukhwah kekal bahagia berpanjangan. Kita jumpa lagi di kenduri belah lelaki pulak minggu depan. Yuhuuuu mari ternak lemak dengan jayanya.


Spread the love

Tags : , , ,

3 Comments

  • mamatisya posted on August 20, 2018 at 4:08 pm

    selamat pengantin baru..hah date tu tgk rmi juga yg wat majlis kn…and date tu juga anniversary amy yg ke 12thn

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on August 20, 2018 at 9:24 pm

    mmg menarik tarikh tu. dan mmg ramai yg abadikan tarikh tu as wedding date kan. tahniah kepada pasangan pegantin.
    Ibu Mifzal recently posted..Belajar Bahasa Korea Secara OnlineMy Profile

    Reply
  • zool posted on August 27, 2018 at 11:07 pm

    taikh cantik senang la nak ingat..
    jangan buat2 lupa plak

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge