Pengalaman urutan belakang di CLM Sunway Damansara.
Sekarang ni memang terasa sakit belakang selepas bangun dari tidur. Kalau tersedar tu memang susah nak bangun dan gerakkan badan.
Bukan malas tau hahaha, malas tu kekadang susah juga nak bangkit dari tidur.
Tapi yang ni memang sakit sampai tahap rasa macam orang lumpuh yang susah nak gerakkan anggota badan.
Nak pulak kalau tidur dalam posisi menelentang, kalau tidur posisi mengiring ok lagi tau. Sakit tu kat bahagian belakang badan ni, sampai satu masa kene minta tolong suami papahkan untuk bangun dan berjalan, Ya Allah memang sakit.
BACA –> KEBAIKAN BERTUNGKU
Kalau dihitung dah 3 bulan rasa sakit belakang ni. Terfikir juga ada kaitan dengan sakit slip disc saya agaknya ni. Terutama sakit dan rasa tegang bahagian L4, L5 dan S1. Sila google kalau nak tahu ya hahaha.
CLM Bone setting specialist

Premis ni kat area kawasan perindustrian, boleh waze je, dibawaknya sampai ke pintu depan ni ha
Tiada ubat yang khusus untuk sembuhkan sakit ni, yang pasti kene kerap buat senaman phisioteraphy yang pernah saya belajar di DEMC Hospital.
Tapi biasalah senaman ni buat bila teringat je hahaha. Bila dah sakit barulah sibuk nak senaman fisio.
Kebetulan bila dah sakit belakang, ada kawan ofis suggest untuk pergi ke pusat bone setting CLM di Sunway Damansara.
Sebenarnya dia dah suggest beberapa minggu lepas, tapi biasalah sakit ni boleh tahan tapi bila dah tak boleh hadap sakitnya, teruslah ambil MC dan pergi ke CLM ni.
Tak perlu temujanji

Duduk menunggu giliran, kemahin sakit belakang tapi mampu duduk kaki silang, hahaha

Efisyen diorang ni, cepat je nak sampai giliran kita sebab banyak bilik rawatan bila masuk ke dalam belah kanan tu
Yang best tak perlu buat temujanji pun, just walk in dan terus register. CLM ni buka jam 11 pagi dan ramai jugak yang datang untuk dapatkan rawatan.
Yang ramainya pesakit cina dan nampaknya pekerja yang merawat pun ramai Cina.
Biasalah pertama kali datang, terus rasa nervous lain macam. Yelah tak tahu macamana agaknya jenis rawatan dia nak buat ni. Kawan opis saya kata dia akan kruk krak kruk krak kan tulang ko!!

Nervous ni nak kene urut, macamana agaknya treatment diorg ni huhuhu
Mak aih takutnya, patah pulak tulang kita nanti kan hahaha. Yelah tak kisahlah tu, bila ramai yang datang tu maksudnya mesti rawatan diorang bagus kan.
Kalau tak kawan opis saya tu pun mesti tak recommend kat saya.
Bersedia untuk tulang dilentur haha

Ha ni awal je macam ni, lepas tu bersedialah korang nak kene lentur tulang temulang semua hahaha, sakit huhuhuhu
Ha ini antara step awal treatment tu. Meniarap dan kiropraktor akan cek satu persatu sendi, saraf dengan tekan sana sini.
Kat mana yang sakit tentulah kat situ lebih sikit urutannya. Tapi kan bukanlah nak kata urutan sangat tapi dia betulkan mana urat dan saraf yang tergeliat atau sakit tu.
Macam saya ni, sakit kat lower back, bila dia cek, dia akan cek satu badan. Semua tempat ditekannya. Dan sakit lower back membawak ke kaki, dan akhir sekali dia cek juga tulang belakang dari bawah ke tengkuk.
Dari tengkuk ke bahu dan ke tangan semualah. Memang sakit giler, ko rasa macam bunyi tulang patah, kruk krak!! Dan ko rasa sendi dan urat ko regang tapi sebenarnya sakit tu masa rawatan je. Tapi lepas tu LEGA sangat! Alhamdulillah.
Perlu berpantang

Antara makanan berpantang selepas treatment
Rasa lega sikit tempat yang sakit ni. Dan selepas rawatan ni saya kene berpantang makan selama 2 minggu. Sila rujuk gambar di atas. Ikan tak boleh makan ea, sayur pun makan sawi jela jawabnya.
Memang kene pantang macam pantang lepas bersalin pulak aihhh. Ok treatment ni cajnya RM200 dan saya dinasihatkan untuk datang semula selepas 2/3 bulan untuk maintenance.
Haishh dah macam kereta la pulak saya ni hahaha.
Pastikan posisi duduk dan berdiri yang betul

Cara duduk yang betul ya

Ha macam ni kedudukan betul tengok handphone
Sumber dari google
Apa yang saya belajar hari ni ialah cara berjalan, duduk dan mengangkat barang dengan betul. Betul dari segi kedudukan, posisi dan caranya ya. So tak boleh dah duduk style model silang kaki bagai, berdiri senget ala stylo hihu.
So tegak-tegakkanlah posisi duduk, berjalan, angkat barang dan seangkatan dengannya. Semoga entri pengalaman urutan belakang di CLM ini bermanfaat.
ainey dpt bygkan kesakitan tu sbb ainey pun pernah rasa sakit belakang yg amat. nak gerak pun sakit..huhu.. semoga lekas sembuh aju.
saya pernah kena sakit belakang ini…
dia sekejap ok dan sekejap tak ok…
saya ikthiar minum madu pada waktu lepas Zuhur sebelum masuk Asar..
setakat ini alhamdulillah dah hilang dengan izin Allah SWT..
boleh coba petua ini..lagipun tak rugi minum madu
Baru saya tahu, ada juga tempat macam ni rupanya. Rasa berminat nak walk in pula. Memang kerap juga sakit belakang ni