Umum Pengalaman urutan belakang di CLM Sunway Damansara August 16, 2018

Spread the love

Sekarang ni memang terasa sakit belakang selepas bangun dari tidur. Kalau tersedar tu memang susah nak bangun dan gerakkan badan. Bukan malas tau hahaha, malas tu kekadang susah juga nak bangkit dari tidur.

Tapi yang ni memang sakit sampai tahap rasa macam orang lumpuh yang susah nak gerakkan anggota badan. Nak pulak kalau tidur dalam posisi menelentang, kalau tidur posisi mengiring ok lagi tau. Sakit tu kat bahagian belakang badan ni, sampai satu masa kene minta tolong suami papahkan untuk bangun dan berjalan, Ya Allah memang sakit.

BACA –> KEBAIKAN BERTUNGKU

Kalau dihitung dah 3 bulan rasa sakit belakang ni. Terfikir juga ada kaitan dengan sakit slip disc saya agaknya ni. Terutama sakit dan rasa tegang bahagian L4, L5 dan S1. Sila google kalau nak tahu ya hahaha.

pusat rawatan tulang belakang area shah alam
Premis ni kat area kawasan perindustrian, boleh waze je, dibawaknya sampai ke pintu depan ni ha

Tiada ubat yang khusus untuk sembuhkan sakit ni, yang pasti kene kerap buat senaman phisioteraphy yang pernah saya belajar di DEMC Hospital. Tapi biasalah senaman ni buat bila teringat je hahaha. Bila dah sakit barulah sibuk nak senaman.

Kebetulan bila dah sakit belakang, ada kawan ofis suggest untuk pergi ke pusat bone setting CLM di Sunway Damansara. Sebenarnya dia dah suggest beberapa minggu lepas, tapi biasalah sakit ni boleh tahan tapi bila dah tak boleh hadap sakitnya, teruslah ambil MC dan pergi ke CLM ni.

urutan sakit belakang
Duduk menunggu giliran, kemahin sakit belakang tapi mampu duduk kaki silang, hahaha
pusat urutan sakit belakang
Efisyen diorang ni, cepat je nak sampai giliran kita sebab banyak bilik rawatan bila masuk ke dalam belah kanan tu

Yang best tak perlu buat temujanji pun, just walk in dan terus register. CLM ni buka jam 11 pagi dan ramai jugak yang datang untuk dapatkan rawatan. Yang ramainya pesakit cina dan nampaknya pekerja yang merawat pun ramai Cina.

Biasalah pertama kali datang, terus rasa nervous lain macam. Yelah tak tahu macamana agaknya jenis rawatan dia nak buat ni. Kawan opis saya kata dia akan kruk krak kruk krak kan tulang ko!!

pusat urutan tulang belakang
Nervous ni nak kene urut, macamana agaknya treatment diorg ni huhuhu

Mak aih takutnya, patah pulak tulang kita nanti kan hahaha. Yelah tak kisahlah tu, bila ramai yang datang tu maksudnya mesti rawatan diorang bagus kan. Kalau tak kawan opis saya tu pun mesti tak recommend kat saya.

urutan sakit belakang
Ha ni awal je macam ni, lepas tu bersedialah korang nak kene lentur tulang temulang semua hahaha, sakit huhuhuhu

Ha ini antara step awal treatment tu. Meniarap dan kiropraktor akan cek satu persatu sendi, saraf dengan tekan sana sini. Kat mana yang sakit tentulah kat situ lebih sikit urutannya. Tapi kan bukanlah nak kata urutan sangat tapi dia betulkan mana urat dan saraf yang tergeliat atau sakit tu.

Macam saya ni, sakit kat lower back, bila dia cek, dia akan cek satu badan. Semua tempat ditekannya. Dan sakit lower back membawak ke kaki, dan akhir sekali dia cek juga tulang belakang dari bawah ke tengkuk.

Dari tengkuk ke bahu dan ke tangan semualah. Memang sakit giler, ko rasa macam bunyi tulang patah, kruk krak!! Dan ko rasa sendi dan urat ko regang tapi sebenarnya sakit tu masa rawatan je. Tapi lepas tu LEGA sangat! Alhamdulillah.

Antara makanan berpantang selepas treatment

Rasa lega sikit tempat yang sakit ni. Dan selepas rawatan ni saya kene berpantang makan selama 2 minggu. Sila rujuk gambar di atas. Ikan tak boleh makan ea, sayur pun makan sawi jela jawabnya.

Memang kene pantang macam pantang lepas bersalin pulak aihhh. Ok treatment ni cajnya RM200 dan saya dinasihatkan untuk datang semula selepas 2/3 bulan untuk maintenance. Haishh dah macam kereta la pulak saya ni hahaha.

cara duduk yang betul dan tegak
Cara duduk yang betul ya
cara tegak kedudukan badan
Ha macam ni kedudukan betul tengok handphone

Sumber dari google

Apa yang saya belajar hari ni ialah cara berjalan, duduk dan mengangkat barang dengan betul. Betul dari segi kedudukan, posisi dan caranya ya. So tak boleh dah duduk style model silang kaki bagai, berdiri senget ala stylo hihu. So tegak-tegakkanlah posisi duduk, berjalan, angkat barang dan seangkatan dengannya. Semoga entri ini bermanfaat.


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

3 Comments

  • Ibu Mifzal posted on August 17, 2018 at 1:35 pm

    ainey dpt bygkan kesakitan tu sbb ainey pun pernah rasa sakit belakang yg amat. nak gerak pun sakit..huhu.. semoga lekas sembuh aju.
    Ibu Mifzal recently posted..IbuMifzal.Com Kini Dengan HTTPSMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on August 17, 2018 at 10:01 pm

    saya pernah kena sakit belakang ini…
    dia sekejap ok dan sekejap tak ok…
    saya ikthiar minum madu pada waktu lepas Zuhur sebelum masuk Asar..
    setakat ini alhamdulillah dah hilang dengan izin Allah SWT..

    boleh coba petua ini..lagipun tak rugi minum madu
    mrhanafi recently posted..Demam Rindu Sudah Melanda JiwaMy Profile

    Reply
  • Xplorasi Destinasi posted on August 27, 2018 at 11:46 am

    Baru saya tahu, ada juga tempat macam ni rupanya. Rasa berminat nak walk in pula. Memang kerap juga sakit belakang ni
    Xplorasi Destinasi recently posted..Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018My Profile

    Reply
  • Leave a Reply to mrhanafi Cancel Reply

    CommentLuv badge