Ada apa dengan Traveloka Sale-abration?
Promosi Traveloka Sale-abration di Matta Fair 2018 kembali lagi, hoyey!! Eh korang tau kan bagi yang nak travel pada harga yang mampu milik, selalunya event Matta Fair adalah yang sangat dinanti-nantikan. Mana taknya, time tu banyak syarikat pelancongan yang menawarkan harga dan pakej pelancongan pada harga murah dan mampu milik.

Hoyey jom pergi bercuti jom!!
Sebab tu korang boleh tengok, time Matta Fair, ya ampun beratur dan berduyun orang ke sana. Dan semestinya, para pengunjung ni dah survey beratus kali pakej mana yang berbaloi. Sebab lain musim, maka lainlah harganya kan.
Pendek kata yang penting kene buat homework, maksudnya tak semestinya kalau ke Matta Fair tu harganya semua murah. Tapi kene tengok-tengok juga sebab ada yang kata certain offer berbeza harga walau destinasinya sama. Tapi dengan Traveloka, promosinya memang adalah benar belaka 😊.
Hmm kali ini Traveloka nampaknya ada promosi best untuk korang. Kalau saya, saya suka ambil pakej sebab senang tak payah pening kepala fikir flight, hotel dan nak book kereta bagai. Hmm mana destinasi idaman korang? Kalau tanya saya, of courselah Korea!!
Percutian Musim Luruh ke Korea
Dah lama dah mengimpikan percutian bulan madu dengan suami tanpa anak-anak, okay! Bukan mudah nak merancang penerbangan sweet ni, dan kebetulan ada pulak Traveloka Sale yang mana murah dan berbaloi macam Matta Fair 2018.
Kalau dah ada promo macam ni memanglah tak boleh nak lepaskan peluang. Sebab peluang hanya datang sekali je, so just grab it! 😉Kenapa saya pilih Korea? Hmm sebab kat sana banyak tempat yang menarik untuk pencinta alam semulajadi macam saya ni.

Sumber dari www.travelje.com
Kalau nak tahu, musim luruh di Korea adalah pada bulan September, Oktober dan November. Ha sedang eloklah timing kami planning ni. Selama ni duk tengok kat TV je keindahan alam kat Korea, so kali ni nak tengok dengan mata sendiri, sure lagi cantik!
Sebenarnya keempat-empat musim pun ada tarikannya yang tersendiri. Sama ada musim salji, luruh, bunga dan panas. Tapi waktu musim luruh ni apa yang best, boleh tengok dedaunan pokok yang kebanyakannya berwarna oren. Hmm nampak gayanya hutan pun nampak cantik cenggini kan haha.
Antara tempat yang kami planning nak pergi ialah:-
Antara tempat menarik di Korea untuk dikunjungi
- Cheonggaecheon

Sumber dari www.travelje.com

Sumber dari www.travelje.com
Kalau nak tahu di tengah-tengah bandaraya Seoul ada satu sungai yang mana banyak pokok-pokok renek di tepi sungai tersebut. Kalau tengok daunnya berwarna-warni dan hanya boleh dilihat ketika musim luruh. Cantik kan? So ini pun menjadi salah satu tarikan untuk para pengunjung.
- Seoul Namsan Tower
Ha ini lagi satu tempat yang wajib untuk dikunjungi. Kat sini ada satu menara yang terletak di Puncak Bukit Namsan yang di sekelilingnya mempunyai hutan yang masih terjaga dengan baiknya. Kebanyakan orang akan recommend untuk datang ke sini, sebab apa?

Serius cantik kan

Berjalan kaki jauh pun tak terasa sebab cantik kiri kanannya
Sebab banyak jenis pokok yang tumbuh semulajadi dengan pelbagai bentuk rupa daun dan warnanya. Dapat bayangkan berjalan menikmati keindahan alam dan paling penting mengabadikannya sebagai kenangan terindah. Wow best!!
- Nami Island
Siapa pernah tengok cerita Winter Sonata? Ha kalau nak tahu inilah lokasi penggambaran diorang tu. Adui bestnya dapat ke sini sambil mengimbau zaman percintaan masa lalu hahaha.

Jadi tempat untuk photoshoot, memang cantik

Wow cantik kan, kalau berjalan lurus boleh terus ke hati awak chia chia chia hahaha
Dari pembacaan saya, ada 2 cara untuk sampai ke pulau ini, iaitu dengan menaiki feri ataupun zip wire, katanya macam cable car tu. Tengok gambar kat atas ni, rasanya tak sabar nak ke sana sambil mengambil gambar di celah-celah pokok maple. Kat pulau ni ada sejarahnya, macaman pulau ni diberi nama Nami dan sebagainya.
- Samcheongdong
Siapa nak tengok perkampungan lama masyarakat Korea? Katanya Samcheongdong ini adalah penempatan orang Korea dan berdekatan dengan perkampungan lama mereka. Ish teringin juga nak tengok macamana kehidupan mereka zaman dulu kan.
Selain tu, ada juga deretan café yang cantik dan semestinya sepanjang jalan tersebut ada pokok besar yang cantik dan terpegun melihatnya. Memang seronok mencuci mata melihat keindahan ciptaan Allah. Puashati kan dapat tengok tempat orang, yang mana pemandangan ni tak dapat di tempat sendiri. Apa lagi jom terjah Traveloka Sale-abration 2018 lah!!
Terma dan Syarat Traveloka Sale-abration 2018

Promosi Traveloka Sale-abration 2018
- Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera.
- Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. (Tertakluk kepada terma dan syarat).
- Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi!
- Booking period (flight): 4 September 2018 (Selasa) – 10 September 2018 (Isnin)
- Travel period: bila-bila masa sahaja.
Memang berbaloi! Serius berpuas hati sebab harganya sangat murah macam Matta Fair, confirm!! Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga final dan tiada harga tersembunyi.
Jangan risau dengan TRAVELOKA ! Traveloka adalah applikasi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun (15 million download). Kalau ada yang berminat nak travel ke destinasi lain, layari traveloka di https://www.traveloka.com/en-my/.
booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka
Menarik, bila la dapat nak bawa isteri jalan2 kat luar negara…
teringin sangat nak bawa isteri kesini… balik-balik tengok dalam tv je pla… ahahhaa..
Lepas trivago, muncul pulak traveloka. Hehe
Memang mudah dgn traveloka,berbaloi
Tapi I prefer waktu snow d Korea…jom serbu Matta fairrr
Traveloka memang terbaik, harga yang ditunjukkan pun adalah harga yang perlu dibayar tak macam certain agent yang ada fee tersembunyi. Ada promosi ni makin berbaloilah kalau gunakan traveloka untuk booking hotel atau tiket penerbangan.
wah menarik. traveloka memudahkan percutian.
teringin gak nak g korea. hehe