“Bang, aju gemuk tak?,” tanya saya.
“Abang rasa kita dah makan banyaklah sekarang ni,” jawab suami.
Hahaha bila kita tanya suami, saya gemuk ke tak? Dan suami tak jawab tapi balas dengan jawapan kat atas. So korang rase apa? Sentap kan sebab betullah tu badan ni dah naik.
Perempuan dah sinonim dengan nak cantik dan kurus. Tapi nak sedapkan hati mesti akan kata, takpelah tak kurus pun janji kita sihat. Dan bila dah sampai tahap pakai seluar dan kain dah rasa ketat sure akan risau beb! Anak dah 5 kot, lagilah kembang sana sini.

Seronok ada anak-anak dara ni, boleh tengokkan adik-adik
Terus nak diet dan dan tu jugak! Tapi masalahnya selalunya misi nak diet mesti ke laut sebab tak kuat tengok makanan sedap-sedap. Owh dugaan makanan apakah ini?.
Dan bermulalah misi nak diet kengkononnya. So kita mula dengan slow jog kat area taman perumahan ktorang. Semangat tu, tengoklah satu keluarga bangun awal dan bersiap pukul 7 keluar rumah.

Merenung masa depan ke tu? haha

Ha lengkap 7 orang satu family

Adam ni sabor jela
Kita tengok berapa lama boleh bertahan bersemangat macam ni kan hahaha. Sebelum jogging semua bergambarlah dulu. Saya rasa semangat lebih kepada nak posing je ni, jogging nya belum mula lagi hahaha. Yang si Ammar dan Dzar, kakak dan abangnya jaga sementara saya dan suami pergi jogging.

besar kan tempat ni, memang tak larat nak jogging walau satu pusingan kakaka
Tapi ada cerita kelakar, sambil lari sambil tanya suami, berapa jauh kita nak jog ni? Rupanya kene pusing satu taman ni. What? Jauhnya!! Last-last saya patah semula pergi ke anak-anak dan suami teruskan jogging sambil gelakkan saya. Hahaha teruk betul bini Zairul ni, sanggup patah balik sebab tak larat nak habiskan satu pusingan, besar kot tasik ni huhuhuhu.

Gaya mesti kene lebih walau jogging tak seberapa hahaha
Takpelah sambil tunggu suami habiskan larian dia, saya duk panaskan badan dengan senaman ringan. Sambil bergambar riang dengan anak-anak hihi. Takpelah janji dah berpeluh sikit oklah tu :).
Suka tengok shuben kita ni, suka betul dia dengan aktiviti riadah macam ni, dari saya tak minat nak bersukan, kita pun dah jadi semangat sama. Supportlah minat dia kan, so bolehla amalkan gaya hidup sihat dan jalani hari tua sama-sama.
Hmm kering pulak tekak walau senaman tak seberapa. Sarapan pun belum lagi ni hihihi. Macam biasalah, lepas jogging kita pi lepak mamaklah pulak, amacam on ke tak on? hahaha
Hihi.. Macam saya gak, salu ngelat. Dapat 3KM pun dah ok sgt2.. Huhu
aju, maintain je tgk..mana ada gemuk.
exercise bagus. tapi ainey blm lg start. adui..huruf M besar sgt.
Betul tu kalau nak pergi exercise ke joging ke wajib keluar pukul 7, kalau tak memang pergi sarapan saja la jawapnya
Kadang-kadang kami pergi beriadah ni bukan nak membakar kalori-kalori tu sangat. Tapi sekadar untuk keluar peluh sikit-sikit je. Sebab part yang paling best ialah menghabiskan masa bersama anak-anak. Maklumlah duduk perumahan yang terkurung je, sekali sekala ke taman atau padang, dia punya excited la..
Seminggu sekali bawa anak-anak hiburkan hati dengan beriadah macam ni bagus juga kan Aju