Inilah pisang lang yang ditunggu-tunggu.
Wahh mood happy sebab baru je dapat menuai hasil menanam pisang selepas setahun menanamnya.
Giler lama tanam pokok pisang ni rupanya, selepas setahun baru dapat hasilnya.
Kira kalau baby tu dah pandai berjalanlah kan hahaha.

Perkembangan si pokok pisang lang
Tapi walau lama pun menunggu, tapi tengok hasil tu, berbaloi-baloi kan? Besar bagak kan buah pisang ni. Awal-awal tahun dulu, kawan opis bagi anak pokok pisang ni.
Katanya pokok pisang tanduk, tapi bila dah dapat hasilnya, bukanlah pisang tanduk tapi namanya pisang lang. Tapi tak kisahlah pisang apapun, yang penting rasanya masih pisang kiki.


Inilah pisang lang yang ditunggu
Menanam ni bagi saya kene ada sabarnya. Mana taknya, setiap hari lalu tepi pokok tu mesti duk tanya,
“bilalah ko nak besar pokok,”?
Bila dah besar pulak,
“bilalah ko nak berbuah,”?
Bila dah berbuah, “bilalah buah ni nak masak ni,”?
Hahahah setiap hari bercakap dengan pokok pisang, pokok mangga chokanan dan pokok kelapa 😄


Tiba hari menuainya
Macam terapi pun ya. Seronok tengok pokok membesar dengan sihat dan menghijau. Owh lupa nak bagitau, pokok ni saya tanam lama juga, dalam 8 bulan, lepas tu berbuah dan ambil masa 3-4 bulan baru buahnya betul-betul matang.

Kongsi rezeki
Musim hujan lagi best, kerja menyiram pun dah tak rancak macam dulu, segar bugar pokok kene air hujan. Sekarang ni, inilah antara buah yang ada di rumah saya.
Buah pisang, buah jambu batu dan buah mangga, tapi tak ingat pulak jenis mangga apa.
So total semua pisang yang masak ni adalah 13 biji. Besar-besar buahnya.
Saya share dengan jiran-jiran, bagi kakak ipar sikit, mak sikit dan member opis.

So inilah hasilnya untuk yang suka menanam suka-suka ni. Pokok sayuran pun tanam juga tapi buat masa sekarang ni tengah berhenti jap sebab daunnya kene serang dengan belalang. Habis dimakan daun kacang panjang renek, daun pokok bendi dan sawi. Bunga si mangga tu pun dimakannya.
Aduila sabor jela dengan serangga ni. Ada juga buat racun sendiri guna cili kisar, campur bawang putih dan sabun, tapi tak jalan cara tu.
Yelah dia bijak kan, dia taulah mana boleh makan dan tak. Ada juga plan nak buat cantik-cantik lagi batas sayur tu, tapi tunggulah nanti dah siap saya cerita ya.

Hmmm yeay dah siap goreng buah pisang lang, guna tepung segera je mudah.
Goreng dengan minyak yang banyak. emmm syedappp!!!. Bekal ni saya bawa pergi ofis untuk dikongsi bersama dengan geng pejabat. Orang kata kalau berkongsi rezeki Insha Allah lagi meriah hasilnya kemudian hari.
Buat masa ni, anak pokok pisang lang ni adalah dalam 2 batang. Hmm tahun depanla kot baru dapat merasa, itupun kalau panjang umur :).
Berbudi pada tanah orang kata mendatangkan hasil lumayan.
Salam tuan tanah, tumpang bertanya. Kalau tanam pisang dalam kawasan perumahan, bila kita tebang pokoknya tu, nak dibuang ke mana ye? Lori sampah akan angkat atau tidak diterima ye?
Bestnya rumah ada laman boleh tanam pokok, orang yang duduk apartment ni mampu berangan je la
A very special site for me.Salam tuan tanah, tumpang bertanya. Kalau tanam pisang dalam kawasan perumahan, bila kita tebang pokoknya tu, nak dibuang ke mana ye? Lori sampah akan angkat atau tidak diterima ye?This tips will really help my clients projects.
Thanks for the great Post!
waalaikumusalam
Maaf lambat reply mesej tuan. Kami tebang pokok tu dan kumpulkan di tepi rumah dan akan ada lori kontraktor daun dan pokok akan kutip setiap 2 minggu sekali. Dia tak sama dengan lori sampah tu tapi kedua2nya dari pihak PBT.
assalam tuan…kalau saya nak beli anak pisang lang tuan melalui pos boleh ke? dapat 2,3 batang pun syukur sangat. puas rayau xde yang respon. Terima kasih.
nanti saya emel encik ya