Umum Yeay! Inilah pisang lang yang ditunggu-tunggu September 21, 2018

Spread the love

Pokok pisang lang

Wahh mood happy sebab baru je dapat menuai hasil menanam pisang selepas setahun menanamnya. Giler lama tanam pokok pisang ni rupanya, selepas setahun baru dapat hasilnya. Kira kalau baby tu dah pandai berjalanlah kan hahaha.

pokok pisang lang
13 May 2018. Waktu dah beberapa bulan ianya membesar, tapi tak ingat date bila menanamnya tu 🙂

Perkembangan si pokok pisang

Tapi walau lama pun menunggu, tapi tengok hasil tu, berbaloi-baloi kan? Besar bagak kan buah pisang ni. Awal-awal tahun dulu, kawan opis bagi anak pokok pisang ni. Katanya pokok pisang tanduk, tapi bila dah dapat hasilnya, bukanlah pisang tanduk tapi namanya pisang lang. Tapi tak kisahlah pisang apapun, yang penting rasanya masih sama kiki.

pokok pisang lang
18 June 2018. Waktu ni rasa nak lompat bintang tengok dah keluar buahnya. Pisang ni takde jantung kan.
buah pisang lang
22 June 2018. Bila dah keluar macam ni, terus kira berapa biji yang keluar. Banyak juga, huhuhu mak suka!!

Menanam ni bagi saya kene ada sabarnya. Mana taknya, setiap hari lalu tepi pokok tu mesti duk tanya, “bilalah ko nak besar pokok,”? Bila dah besar pulak, “bilalah ko nak berbuah,”? Bila dah berbuah, “bilalah buah ni nak masak ni,”? Hahahah setiap hari bercakap dengan pokok.

buah pisang lang
17 September 2018. Hari dinanti dah tiba, dari sehari ke sehari duk usha bila boleh ambik ni, ha dah boleh zasss!
buah pisang lang
Adus gebu bak hanggg!! Macam ada 2 sikatlah pisang ni, berbeza dengan pisang tanduk dia takde sikat dan buah pun tak banyak.

Tiba hari menuainya

Macam terapi pun ya. Seronok tengok pokok membesar dengan sihat dan menghijau. Owh lupa nak bagitau, pokok ni saya tanam lama juga, dalam 8 bulan, lepas tu berbuah dan ambil masa 3-4 bulan baru buahnya betul-betul matang.

anak pokok pisang lang
Berakhir sudah riwayat si pisang, so disambung oleh 2 anak pokok pulak.

Musim hujan lagi best, kerja menyiram pun dah tak rancak macam dulu, segar bugar pokok kene air hujan. Sekarang ni, inilah antara buah yang ada di rumah saya. Buah pisang, buah jambu batu dan buah mangga, tapi tak ingat pulak jenis mangga apa.

buah pisang lang dah masak
Huishhh 2 hari je dah masak semua serentak. Mohle agihkan ke jiran sikit, kawan opis sikit, mak kami sikit 🙂

So inilah hasilnya untuk yang suka menanam suka-suka ni. Pokok sayuran pun tanam juga tapi buat masa sekarang ni tengah berhenti jap sebab daunnya kene serang dengan belalang. Habis dimakan daun kacang panjang renek, daun pokok bendi dan sawi. Bunga si mangga tu pun dimakannya.

Aduila sabor jela dengan serangga ni. Ada juga buat racun sendiri guna cili kisar, campur bawang putih dan sabun, tapi tak jalan cara tu. Yelah dia bijak kan, dia taulah mana boleh makan dan tak. Ada juga plan nak buat cantik-cantik lagi batas sayur tu, tapi tunggulah nanti dah siap saya cerita ya.

pisang goreng lang
Rezeki kawan-kawan, saya tuang aje dalam bekas tu, datang je si suami disusunnya cantik-cantik, hmmm suamiku si engineer, semua pun ikut SOP huhuhu

Hmmm yeay dah siap goreng buah pisang lang, guna tepung segera je mudah. Goreng dengan minyak yang banyak. emmm syedappp!!!. Buat masa ni, anak pokok pisang lang ni adalah dalam 2 batang. Hmm tahun depanla kot baru dapat merasa, itupun kalau panjang umur :).


Spread the love

Tags : , , ,

7 Comments

  • Noriza Rahman posted on September 21, 2018 at 11:28 pm

    Berbudi pada tanah orang kata mendatangkan hasil lumayan.
    Noriza Rahman recently posted..Sambutan Hari Malaysia 2018 | Karnival Bersama ShakleeMy Profile

    Reply
  • Azwan posted on September 26, 2018 at 8:40 pm

    Salam tuan tanah, tumpang bertanya. Kalau tanam pisang dalam kawasan perumahan, bila kita tebang pokoknya tu, nak dibuang ke mana ye? Lori sampah akan angkat atau tidak diterima ye?
    Azwan recently posted..Macam Mana Nak Buat Apabila Syiling Terlampau Banyak?My Profile

    Reply
  • Pengetua posted on September 27, 2018 at 11:43 pm

    Bestnya rumah ada laman boleh tanam pokok, orang yang duduk apartment ni mampu berangan je la

    Reply
  • Online Income posted on October 14, 2018 at 9:21 pm

    A very special site for me.Salam tuan tanah, tumpang bertanya. Kalau tanam pisang dalam kawasan perumahan, bila kita tebang pokoknya tu, nak dibuang ke mana ye? Lori sampah akan angkat atau tidak diterima ye?This tips will really help my clients projects.
    Thanks for the great Post!

    Reply
    • ajumohit posted on October 18, 2018 at 9:00 am

      waalaikumusalam
      Maaf lambat reply mesej tuan. Kami tebang pokok tu dan kumpulkan di tepi rumah dan akan ada lori kontraktor daun dan pokok akan kutip setiap 2 minggu sekali. Dia tak sama dengan lori sampah tu tapi kedua2nya dari pihak PBT.

      Reply
  • Tun Aki posted on May 10, 2019 at 2:54 pm

    assalam tuan…kalau saya nak beli anak pisang lang tuan melalui pos boleh ke? dapat 2,3 batang pun syukur sangat. puas rayau xde yang respon. Terima kasih.

    Reply
    • ajumohit posted on May 10, 2019 at 3:28 pm

      nanti saya emel encik ya

      Reply

    Leave a Reply to ajumohit Cancel Reply

    CommentLuv badge