Bercuti ke Swiss Garden Beach Resort kali ni suami saya dah planned awal-awal. Tau-tau je katanya,
“Nanti kita bercuti ke Swiss Garden Beach Resort, Kuantan 3 hari 2 malam tau!,
” Ha? Bila tu?
“Cuti Hari Malaysia nanti,”.
“Mak aih time cuti tu, mesti jem tu bang,”.
Hmm dapat bini malas nak menempuh jem, husband dah booked kan hotel pun tak reti nak bersyukur hahaha. Nasib husband bukan jenis sentap, dia cool aje, that’s why I love my hubby hihi. Seronok nak bercuti sebab selalu duduk rumah je kan.
Bercuti dengan anak-anak
Kami ni kalau nak bercuti, selalu utamakan anak-anak je, yang penting diorang tu paling happy. Saya ni kat mulut je bising kata jemlah, penatlah, tapi bila dah sampai sana, saya pulak over excited lebih dari anak-anak :).
Ini kira pertama kali kami ke Swiss Garden Beach Resort, tapi ke Kuantan tu dah berkali-kali sebab dulu pun sekolah teknik kat sana 2 tahun. Zaman dulu Kuantan tak macam sekarang, dulu Kompleks Teruntum tu kira paling heaven lah nak pi shopping.
Tapi sekarang dah banyak shopping mall kat sana. Tapi kalau orang bandar ni nak ke Kuantan sebab utamanya nak view pantai dan makananlah kan, kalau nak shopping kat Key ell pun banyak ekk.

Cerianya muka kami pepagi kan haha
Bertolak pagi-pagi
Nah pagi-pagi lagi dah kejutkan anak-anak. Pukul 6 pagi semua dah siap mandi, ha bayangkan pukul 5 pagi dah bangun then anak yang kecik-kecik semua mandi air suam. Memang ya ampun bukan senang nak kejut sensorang mangkit pagi-pagi. Bersabar je, jangan marah-marah nanti mood spoil haha.
Ok, sambung cerita, beg baju masing-masing semua dah siap simpan dalam kereta dari malam semalam. Baju yang nak pakai pun dah siap asingkan. Jadi pagi tu takdelah kalut macam hape je kan. So bila semua dah siap, kita pun segera bertolak ke Kuantan!! Ha selfie satu dua kali. Adam takde dalam gambar ni sebab dah lena hanyut dalam mimpinya.
BACA -> Snorkeling di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu
Bercuti ke Swiss Garden Beach Resort yeay
Bila dah bertolak awal, so masing-masing pun laparlah nak sarapan. Abahnya belikan roti aje makan dalam kereta sebab target nak breakfast kat R&R Temerloh. Mak aih jauhnya hihihi. So depa bebudak ni sempat tidur dulu, baguihla korang tidur nanti bangun celik mata terus pergi makan je.

Makan time! Lapar giler memasing ha
Tu dia, makan time!! Lapaq bak ang!! Selepas sarapan dan lunch kami pun akhirnya sampai ke tempat dinanti-nantikan.
Penginapan selesa
Cantik kan biliknya? Besar dan best!! Nampak ada satu katil king kat situ, dan jawabnya anak-anak tidur bawah ya, dan memang dah standby toto pun untuk diorang.

Cantik bilik dia kan noks, best!

Bilik air pun besar dan selesa, ada bath tub lagik
Tara giler best bilik hotel ni. Fuhh cantiknya view dari bilik kami. Baguslah dapat view laut dan pool macam ni. Memang menarik sangat sebab view ni tenang je time pagi dan malam.

Bebudak memang tanya, ada bath tub tak? ha ini untuk korang huha huha

Ha ini balkoni untuk korang jemurlah baju mandi anak-anak sambil tengok pemandangan laut

Ha ini yang buat anak-anak tak sabra nak mandi kolam huhu
Tapi bebudak, memang lumrahnya nampak je pool terus menggelupur nak turun pergi mandi. Umanghai, sabar ya anak-anak, memula korang mandilah bath tub dulu ya. Nasib baik diorang nak, kalau tidak kenelah turun pulak pergi pool.

Ha abahnya tgh gym, diorang ni bermain sakan

Punya besar papan tulis, seronok tengok diorang happy

Paling suka main congkak, adam pair ngan saya
Yang bestnya dekat ground floor, siap ada bilik untuk anak-anak buat aktiviti diorang. Ada congkak, ada ruang playground, ada gymnasium untuk mak bapak.
Memang bestlah sebab time abahnya tengah exercise, kami berenam lepak kat sinilah. Dahla selalu pulak diorang request nak turun sini, seronok main congkak katanya. Hai nasiblah dekat, so ibu korang layankan ajelah.

Ha bapak-bapak punya game, nak tersedak tengok gelagat diorang ni haha

Si kecik ni lasak sangat, pasi pantai dimakannya pehhh
Dan inilah antara aktiviti kami semua semasa Bercuti ke Swiss Garden Beach Resort. hihi apsal semua pakai tshirt sama warna ni kan? muahahaha ini gathering geng kereta husband saya sebenarnya, saya pun musykil dengan husband ni sebab sekarang dia rajin berpersatuan hitu dan hini.
Hmm follow ajelah walau baru pertama kali kenal spouse memasing. Kitaorang kat sini 3 hari 2 malam, banyak aktiviti untuk family. Siap ada dinner lagi tau.
Mula-mula rasa janggal juga nak sesuaikan diri sebab kami first time join kelab berkereta macam ni, tapi kalau dah pandai bawak diri, its just a small matter bebeh!! 😂 A
nyway TQ hubby sebab gembirakan kami bercuti ke swiss garden hotel best, makan best, aktiviti pun best-best!! Next vacation please ngeeee
Terima kasih berkongsi cerita.
Boleh try pergi lepas ni.