Sanah helwah anak sulungku, dah 13 tahun pun kamu | Masih segar diingatan ibu, 13hb Oktober 2004, jam 1 petang, ibu duk ulang alik ke toilet 5/6 kali rasa nak buang air besar. Tapi tak berak pun, sekejap duduk, sekejap bangun dari workstation opis ibu. Ofismate pun naik hairan kenapa kerap pulak kita ulang alik depan dia kan.
Anak sulung ni biasanya kita memang takde pengalaman kan, jadi harapkan pandangan orang lain je. Bila call mak, terperanjat dia sebab mak kata itulah tanda nak beranak. Tapi disebabkan takde rasa sakit memulas, takdelah saya panik ke apa.
Tapi suamilah yang terus nak hantar saya ke HUKM risau dia kot-kot bininya tetiba nak meneran pulak kan. Waktu tu bulan puasa, suami tunggu saya di hospital sampailah ke malam. Waktu saya di wad, suami pandai-pandailah berbuka sendirian, sebab tak tahu bilalah bini dia nak bersalin ni. Tapi saya memang jenis yang lambat bersalin, sakitnya lama sangat berjam-jam lamanya tapi jalan lambat buka.

Sambut besday kat rumah kakak saya, waktu ni adik saya dan anak-anaknya dan mak saya pun ada sama. So lets celebrate hihi

Besday girl request red velvet, nah untuk kamu dan wan, besday mak saya 24.10.2018, so raikan sama2
Tapi once dah nak sampai 10cm memang cepat je jarak nak bersalin tu. Dan tepat jam 8.10 pagi, 14 Oktober 2004 ibu selamat bersalinkan kamu Kak Long secara normal dengan berat kamu waktu itu 3.02kg. Waktu tu doktor guna forsep untuk tarik kamu keluar, sampai berkesan lekuk kat dahi.
Tapi tanda tu slowly hilang hari ke hari. Kamu senang dijaga, tak banyak bunyi dan pandai berdikari sampailah ke besar ni. Banyak bantu ibu buat kerja rumah, tolong ibu masak, jaga adik, kemas rumah dan banyak lagi.

pandangan sisi tepi dan penjuru, rupa cantik molek, rasa pun bolehla sedap hihi
Kamu sangat ringan tulang, cepat hulur bantuan kalau ibu tengah kesusahan. Kalau time makan kat luar mesti kita share satu pinggan, kalau kamu makan apa-apa mesti ingat nak suap atau tinggalkan sikit untuk ibu. Aduii ibu touching sangat.

sambil menunggu makanan di kedai, kita posing dulu
Dalam pelajaran walau kamu kurang cerdik, tapi kamu rajin. Itu ibu paling suka. Subjek kegemaran kamu sekarang adalah matematik walau dulu itulah subjek kamu paling lemah. Alhamdulillah nampaknya bila dah makin besar ni, kamu makin matang dan terima pembelajaran dengan baik sekali.
Terima kasih sebab jadi anak yang baik walau kamu minat KPop. Hahaha takde kaitan ayat tu kan. Tapi itulah, walau kpop ke kepop ke, solat dan agama jangan lupa. Doa ibu abah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kamu. Adik-adik sentiasa sokong kamu.

Besday girl dapat present baju, seronok dia, Alhamdulillah
Jadi sempena besday si peminat Kpop ni, ibu hadiahkan baju Padini kat dia. Mula-mula dia nak baju H&M tapi bila dia tengok harga mahal sangat terus dia ubah fikiran pergi kedai sebelah. Huhuhu jimat duit ibu dia :). See baik kan dia? Hahaha tengoklah ibu abahnya, baik sangat tentulah anak pun bebaik ye dak? Sila jangan muntah darah ya.
Untuk anak ibu, semoga kamu sentiasa murah rezeki, dipanjangkan usia dan diberkati Allah. Jadilah anak penyejuk jiwa keluarga dan menggembirakan orang di sekeliling kamu, aamiin. Sekali lagi sanah helwah anak sulungku
Dah semakin dewasa anak puan Aju Mohit… Tahniah… Sekejap betul masa berlalu kan?
aah sekejap je masa berlalu, dah pun besar bebudak ni
“Dan tepat jam 8.10 pagi, 14 Oktober 2014 ibu selamat bersalinkan kamu Kak Long secara normal dengan berat kamu waktu itu 3.02kg.”
Maaf bertanya kalau lahir pada 14 Oktober 2014, mcm mana boleh dah umur 13 tahun ye. skrg baru tahun 2018.
hahaha typo di situ, tq sebab sudi singgah baca dan tinggalkan komen ๐